Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, November 27, 2011

1433

Bismillah..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Allah masih beri kesempatan untuk menikmati nikmat Iman dan Islam. Dan InsyaAllah moga turut menikmati nikmat Ihsan.. Amiin.

1 Muharam... Tahun Baru... Hijrah... Azam... 

Mengapa perlu berhijrah ? 

Sunnatullah.. Semua akan berubah. Hanya perubahan yang tidak berubah. Dan dah tentu Allah yang kekal. Kita akan terus berubah. Cuma antara ke arah kebaikan atau keburukan. Moga kita sentiasa berubah ke arah kebaikan. Amiin.. 

Dalam hijrah ada ketenangan dalam ketegangan, ada bantuan di kala kesusahan. ''Bersama Allah'' adalah sumber kekuatan. 

Cemasnya Saidina Abu Bakar tatkala kafir Quraisy memburu mereka. Jika mereka menundukkan sedikit saja muka ke muka pintu gua, nescaya akan kelihatan Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a. Cemasnya beliau bukan kerana bimbang diri sendiri, tapi kekasih hati yang dicintai. Kisah ini terpahat dalam ayat 40 surah At-Taubah..

"...... Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita..."

Wallahua'lam.

1 Muharram 1432 | 27 November 2011
Bumi Darul Iman.

3 comments:

Addien said...

Assalamualaikum, jemput ke WADi untuk membaca adakah sambutan awal Muharam itu ada di dalam Islam,,persoalan nya akan terjawab

http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

semoga kita semua mendapat kefahamn yang sebenar dalam Islam, insyaAllah..
kongsikan lah buat semua, apa di WADi untuk dikongsikan bersama semua

Ieqa Swetluv said...

terima kasih perkongsian ini tisha.. =)mudah2an Allah sentiasa bersama kita insyaAllah aminn =)

N.A.n.i said...

Amiin..InsyaAllah.. ^^