Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Monday, November 7, 2011

Siapa yang lebih baik ?

Bismillah.

Siapa pun kita, pasti ada yang lebih tua dari kita. Dan dah tentu ada yang lebih muda dari kita. 'Perjalanan' hidup manusia.

Andai perjalanan ini terisi dengan kebaikan dan manfaat, bersyukur la kita. Moga membawa kepada 'penghujung' yang baik (Amiin).

Andai sebaliknya.. Irhamna ya Rahman..
Saya sangat tersentuh menonton rancangan Wanita Hari Ini tengahhari tadi. Perkongsian dari Irma Hasmie, Nora dan Akma AF.

Kisah penghijrahan mereka.. Kisah pengorbanan mereka.

Bukan mudah.

Andai kita di tempat mereka, mampukah kita bertahan..

Hanya berkata di mulut.. mudah. Kadang terdetik, 'aku lebih baik'. Astaghfirullah..

Teladanilah Saidina Abu Bakar r.a.

"Tiada seorang pun yang aku lihat dia lebih tua daripadaku melainkan aku berkata (pada diriku sendiri): 'Nescaya dia lebih baik daripadaku kerana telah mendahuluiku dalam beribadah dan berbuat taat kepada Allah.' Dan tiada seseorang pun yang aku lihat dia lebih muda dariku daripadaku melainkan aku berkata: 'Dia lebih baik daripada diriku kerana aku pasti telah mendahului (melebihinya) dalam berbuat maksiat.''

Wallahua'lam.

No comments: