Bismillah.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah saw telah bersabda yang mafhumnya:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Secawan Teh Pengubat Letih
Daripada Abu Zarr r.a. :
Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah saw berkata kepada Nabi saw: Wahai Rasulullah. Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.
Baginda bersabda yang mafhumnya: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah. Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.
(Hadis riwayat Muslim)
Mudahnya untuk bersedekah. Senyum pun dikira sedekah. Maka senyumlah tanda gembira dan ingin menggembirakan. ^^
Moga Allah redha.
Wallahua’lam.
1 comment:
MasyaAllah, satu ingatan tulus yang menyentap! sedekah, ringan di mulut, tapi berat pada timbangan Allah.
Post a Comment