Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, May 22, 2011

Manusia vs Haiwan

Bismillah.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menikmati nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menikmati hari ini yang sungguh indah dan mendamaikan jiwa-jiwa yang sentiasa mengingatiNya.

Apa khabar iman kita saat ini ?

Apakah masih menggunung rindu pada Rasulullah saw ? Berapa banyak selawat yang meniti dibibir ? Dan adakah sunnah baginda diikuti ?

Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kita semua. Bukankah kita semua bersaudara selagi kita berpegang pada ‘tali’ yang sama.

Jom belajar memaafkan.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang diantara kamu dan orang-orang yang pernah kamu musuhi diantara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(Al-Mumtahanah : 7 )

Manusia VS Haiwan

Firman Allah yang mafhumnya,

“Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan”

(Al-Maidah: 55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling keterdepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehidupan makhluk tersebut mengikut ketetapan Tuhan Pemilik sekalian alam.

Logiknya lembu tidak pernah cuba menjadi singa supaya nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tidak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan kehidupan spesiesnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namun, manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

Keyakinan, penghayatan dan pelaksaan tuntutan kalimah tayyibah itu sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Moga-moga Allah golongkan kita semua dalam golongan hambaNya yang beriman dan mendapat keredhaanNya. Amiin.

Wallahua’lam.

No comments: