Entah la. Sejak akhir-akhir jadi macam agak terlebih sensitif. Dan agak tak best sebenarnya jadi terlampau sensitif ni. Bukan takat kita je menyampah, orang sekeliling kita pun turut terkena tempiasnya. Kalau tempias minyak wangi ke tak pe lah juga.
Kadang-kadang soal balik diri, “Aku yang terlebih terasa atau dia yang dah melebih… aish.. sila bersangka baik.. yup.. aku yang terlebih mungkin…"
Lalu cuba kembali menyenyumkan muka.
Jadi pemendam perasaan gred A ni boleh mengakibatkan hypertension andai terus dibiarkan ia tertanam senyap bawah tanah. Takut jadi gunung berapi je akhirnya. Ramai terkorban nanti. Owh… sangat bahaya.. Maka berhati-hati la anda dengan saya. *warning ni … ^^ *
Penyelesaian:
Apa-apa pun yang berlaku, bertenang dulu.
Luahkan segala padaNya. Yup… segalanya. Sebab DIA kan Maha Mengetahui. Pemilik segala hati. Tiada hati yang terluka nanti.
Kita ini insan yang hanya memiliki daya dan kekuatan yang dialirkan Allah kepada kita. Makanya tiada yang lain yang mampu kita lakukan melainkan berserah segala-galanya kepada Allah swt. InsyaAllah…
Allah kurniakan kita wanita sifat mudah 'terasa' supaya kita lebih mudah menyelami dan lebih peka terhadap insan-insan di sekeliling kita...
Sebutir permata diperlubukan..
Memancar sinaran di kegelapan..
Biarpun tersimpan dalam lumpur..
Serimu takkan luntur..
Terlukis diwajah keriaangan, tergambar sebuah ketenangan..
Namun tak siapa yang mengerti..
Rahsia dalam hati, wanita tertawa, wanita menangis..
Wanita tersenyum, wanita berduka..
Biar apa yang menanti, kau tetap teguh berdiri..
Dalam satu perjuangan, yang tak berkesudahan..
Engkau korbankan segalanya..
Tak pernah pinta balasnya..
Kau titiskan airmata, namun tersenyum jua..
Wanita engkaulah sang Lantera..
Tanpamu sepilah persada maya..
Semoga kau damai sejahtera untuk selama-lamanya..
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment