Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, March 27, 2011

It's all about your mind

‘’Tolonglah nasihatkan saya.’’

‘’Apakah mungkin awak akan berubah ? Hanya menerima tapi tiada tindakan… ’’. Pedas kata-kata itu menusuk.

Hanya membisu.

‘’ Kuda kalau kita tarik ia sampai ke kolam, andai dah memang dia tak nak minum, memang tak minum la kuda itu. Begitu juga orang yang bagi nasihat hanya mampu membantu mengingatkan saja. Kalau tuan badan tak nak berubah, tak berubah juga..’’.

‘’Tapi…’’ Masih mencari alasan.

‘’ it’s all about your mind..’’

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Wallahua'lam.

No comments: