Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, October 29, 2010

Bagaimana dibesarkan..

* Jika manusia dibesarkan dalam suasana kritikan,

Ia akan belajar mengutuk

* Jika manusia dibesarkan dalam suasana permusuhan,

Ia akan bersikap melawan

* Jika manusia dibesarkan dengan terlalu bertolak ansur,

Ia tak mengerti kesabaran

* Jika manusia dibesarkan dengan galakan,

Ia akan menjadi lebih berkeyakinan

* Jika manusia dibesarkan dengan pujian,

Ia akan menghargai dirinya

* Jika manusia dibesarkan dengan kejujuran,

Ia akan belajar erti keadilan

* Jika manusia dibesarkan tanpa ugutan, deraan @ tekanan,

Ia akan berdikari

* Jika manusia dibesarkan dengan dihargai apa-apa kebaikannya,

Ia akan menyayangi dirinya

* Jika manusia dibesarkan secara mahabbah,

Ia akan berkasih sayang sesama manusia.


Biarlah kesudahan kita di Syurga...

Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.

Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.

Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.

Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.

Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.

Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.

Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.

Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.

Dia hamba, kita juga hamba.

Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.

iluvislam

Wallahua'lam....

No comments: