Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, September 1, 2010

Merdeka..

Alhamdulillah masih lagi kita bernafas saat ini. Alhamdulillah masih menikmati nikmat Iman dan Islam. Hari demi hari berlalu. Baru perasan lama gak tak update blog. Tiada entri baru. Hehe.. lama la sangat kan.. Hakikatnya baru beberapa hari. Tapi dikira lama tu beberapa hari. Diari yang kena tulis pakai pen dan tidak perlu online untuk meng’post pun tak ter’update. Bukan apa, diari tu duk menyorok kat rak buku tu. Jadi kuranglah keperasanan ku terhadap wujudnya ia. Kalau letak merata-rata nanti, habis bocor la segala benda rahsia dalam tu.. Bahaya2..

Dalam seminggu dua lepas, suasana UMT agak kesibukan dengan beberapa program. Mungkin sesiapa yang tak amik tahu memang la tidak tahu akan wujudnya kesibukan kat UMT ni. Ha.. ayat apakah yang ku gunakan ni ? Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa perkara yang terlepas pandang.

Hari ni (masa menaip ni) merupakan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke-53. Eh, betul ke ? Rasa cam kali ke 21 je ku sambut merdeka. Hm.. kompius jap. Betulla kan kalau ikut kiraan. Dah2.. jangan layan pertanyaan yang bisa buat anda juga turut kompius membaca entri ini.

Merdekakah kita ?

Adakah sambutan merdeka hanya bermakna dengan kibaran Jalur Gemilang di merata-rata tempat, bunyi dentuman mercun dan bunga api atau jeritan Merdeka3x di kala jam di Dataran Merdeka tepat jam 12 ?

Mungkin secara teorinya, Malaysia bebas dari penjajahan penjajah. Jepun termasuklah kan tupper ware (bekas) penjajah. Jadi sesiapa yang duk belajar kat sana, kita boleh la halang dari kembali ke Tanah Melayu. hehe.. Maaflah sahabat-sahabatku yang duk belajar kat sana. Gurauan semata.

Namun.. adakah jiwa rakyat Malaysia bebas dari ‘penjajah’ ? Merdeka.. bukan bererti bebas melakukan apa saja yang kita mahukan. Tapi pengertian merdeka adalah bebeas atau tidak terbelenggu dengan mana-mana anasir luar selain pergantungan sepenuhnya pada Pemilik jiwa kita.

Di bulan Ramadhan ini, kita diberi peluang untuk muhasabah diri kembali. Mampukah kita mengendalikan Encik Nafsu kita tanpa kehadiran ‘mentor’nya. Persoalan yang diajukan pada diri sendiri.

Tahun ni, tanggal 30 Ogos, saya ditakdirkan mengikut sahabat saya ke rumah keluarga angkatnya. Bersama kami ada lagi seorang sahabat. Maknanya kami bertiga. Rumah keluarga angkat sahabat saya ini dekat je dengan UMT. Tak delah jauh sangat. Masa kami bermalam di situ, yang ada hanyalah ummi (ibu angkat sabahabatku) dan dua orang anak lelakinya yang berusia 11 dan 15 tahun.

Lepas balik solat terawikh, kami duduk menonton TV sambil berbual-bual beberapa perkara. Seronok berbual dengan ummi kerana dia banyak berkongsi tentang pengalaman dalam hidupnya dan juga beberapa perkara yang berkaitan dengan isu semasa. Pada mulanya, kami beramai-ramai menonton cerita Sarjan Hassan. Akhirnya, tinggal la saya dengan adik (panggilan untuk yang berusia 11 tahun tu). Adik ni jenis cakap berterus terang sikit dan agak ramah orangnya. Memang bestla duk berbual dengan dia.

Sambil menonton rancangan tersebut, tangan membelek-belek buku ‘Kembara Hamba Mencari Cahaya’ karya Hilal Asyraf. Buku milik seorang sahabat saya yang dah dipinjam sekian lama tapi masih belum di baca. Banyak je masa ada, cuma diri ini saja belum mampu berbicara dengan waktu. Selak bab kedua buku tu, terdiam seketika melihat tajuk Berbica Dengan Waktu yang menyentuh tentang fiqh Awlawiyyat.. Ya..hidup manusia perlu disusun dengan baik. Yang utama diutamakan, yang penting didahulukan dan yang tak urgent dikemudiankan.

Firman Allah yang mafhumnya,
“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugiaan..” (Al-Asr : 1-2)

Sabda Rasulullah yang mafhumnya,
“Daripada kebaikan Islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya (tidak bermakna).”

Jadi, Jom Berbicara Dengan Waktu..

Sepanjang menonton TV tu banyak kali juga la kena dengan si adik ni yang akhirnya membuatkan saya hanya tersenyum. Bukan kena apa, kadang-kadang lawaknya itu membuatkan saya terfikir beberapa perkara yang jarang saya sedar sebelum ini.

Sebelum melangkah ke bilik meninggalkan adik di ruang tamu, mata saya tertangkap ayat di salah satu helaian buku yang masih berada di tangan.

Rasulullah s.a.w telah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang mafhumnya,

“Sesungguhnya orang yang paling saya cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya, dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara), mutasyaddiqun (yang berbicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihiqun.” Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun, tetapi siapakah mutafaihiqun itu ?” Rasulullah menjawab, “Mutakabbirun (orang yang sombong).”
(Riwayat at-Tarmizi)

Sama-samalah kita memupuk akhlak mulia dalam diri. InsyaAllah..

Tetiba teringat ayat yang selalu disebut oleh seorang pensayarah ni.. “It’s all about attitude..”

Sama-samalah kita memerdekakan jiwa dan berusaha memupuk akhlak mulia dalam diri.
Tinggal lagi beberapa hari kita akan berada di Madrasah Tarbiyyah Ramadhan ini. Ingatan untuk diri sendiri, teruskan mendidik jiwa disamping mencari Lailatul Qadar… bukan Lailatur Kamdar.

Wallahua’lam.

No comments: