Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, July 30, 2010

Hanya Sekadar Diari | 2 Minggu ni..

Alhamdulillah..selesai sudah Minggu Mahasiswa dan Pesta Konvo. Minggu2 yang dipenuhi dengan kesibukan. Allahu Rabbi. Sungguh.. ku teruji dengan pembahagian kerja yang banyak dalam masa yang ada. Mungkin hambaMu yang lemah ini tidak pandai memanfaatkan masa-masa yang ada. Dan syukur padaMu kerna masih mengingatkan hambaMu ini melalui insan2 yang ada disekelilingku. Syukran juga buat insan yang sering bertanya tentang tarbiyah dan pengisian rohani.

Meniti hari-hari dengan pelbagai tanggungjawab. Kadangnya rasa seperti masih belum ku laksanai semua tanggungjawab itu. Ya Allah.. apakah yang mampu ku katakan bila ditanya tentang amanah itu kelak. HambaMu yang lemah ini sering terlepas pandang banyak perkara. Ya Rahman.. Hanya keampunanMu ku harapkan.

Banyak perkara yang ku lalui dan banyak perkara yang ku pelajari. Dan pelbagai manusia yang ku temui. Dalam ramai-ramai insan yang baru ku kenali sepanjang 2 minggu ini, entah mengapa tiba-tiba hati tertarik melihat seorang insan ni. Sungguh… ku jatuh cinta pandang pertama padanya. Mungkin ketenangan wajahnya yang membuatkan ku sangat-sangat ingin mengenalinya. TakdirNya, semasa pesta konvo, kami sama-sama menjadi urusetia dan ditugaskan pada jadual yang sama. Tenang melihat dia tersenyum. Rasa dah 3 hari tak jumpa dia. Terlupa pula mahu bertukar-tukar nombor telefon dengannya. Apa-apa pun, ku pelajari banyak perkara sepanjang bersama dia. Selain tu, banyak perkara juga ku lalui bersama sahabat-sahabat lain. Kadangnya mudah untuk mulut berbicara, " Erti Hidup Pada Memberi"..tapi diri ini masih tidak mampu mengaplikasikannya lagi... Terima Kasih semua kerna menjadi sebahagian yang melengkapi hidup ini… Alhamdulillah.. Moga-moga kita dapat aplikasi dalam kehidupan ini demi redhaMu Ya Rabbi..

Tersenyum seketika ku ketika membaca komen dari adik-adik usrah tentang diriku ini semasa kami melakukan aktiviti “Pandangan Pertama Anda Tentang Dia”. Hati membisikkan sesuatu. Perkara ini lagi. Isu yang sama sewaktu zaman persekolahanku. Masih belum mampu ku ubah persepsi pertama insan lain terhadapku. Betullah kata seorang sahabatku dan seringkali dia menasihatkan agar senyum sokmo. =)

Hampir 2 minggu ku tinggal bersendirian dalam bilik ni. Alhamdulillah semalam, pelajar-pelajar rayuan asrama yang berjaya dah mula masuk bilik. Dan begitu juga bilik ni turut menerima penghuni2 baru. Tak tahu la nak ungkap perasaan macam mana. Nak kata gembira..mungkin. Nak kata sedih.. entah la.. Kemungkinan bercampur baur. Maklumlah.. dulu single sekarang bakal berteman. Cuma tu la.. terkaku seketika ketika mereka melangkah masuk ke dalam bilik ni. Ku hanya mampu menghadiahkan senyuman menyambut kehadiran mereka tanpa sepatah kata. Hanya menjawab bila ditanya dan kemudian senyum. Tetiba teraplikasi konsep bercakap bila perlu. Stress kejap. Huhu.. Nasib la 2 hari ni, mereka cuma masukkan barang je. Tak tidur sini lagi. Jadi..belajar2 la biasakan diri dengan suasana baru dan sesi taaruf bakal bermula kelak..Ya Allah.. moga dipermudahkan segala urusan kami.. Amiin..InsyaAllah..

Lagi satu, Alhamdulillah tadi ketika on d way nak balik bilik, Allah takdirkan ku terserempak dengan seorang rakan sekelasku dari tingkatan 4 hingga 5. Sebenarnya dia dah 3 tahun belajar kat sini, amik diploma. Maknanya setahun lepas, kami sama-sama belajar di sini. Pernah sekali dua ternampak dia tapi tak berkesempatan bertegur sapa. Dan akhirnya tadi.. kami terjejak kasih di tengah jalan. Sekarang, dia jadi pelajar tahun satu degree. Allah.. syukur sangat2. Dan sepanjang perjalanan balik bilik, ku tersenyum sendirian teringatkan zaman persekolahan kami..

Sekian.. terima kasih kerna sudi membaca..hehe.. ^^

Wallahua’lam.

2 comments:

Nurfadhilah Ismail said...

salam...
alhmdulillah,da abis pun bace entry akak ni.
k.tisya,bley x explain ckit pasal "erti hidup pada memberi".
ana x berape fhm la...syukran...:)

fadhilah_h46kmj

anyone said...

apa kata andai saudari lawat
saifulislam.com =)