Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, July 21, 2010

Didik Diri | Ikhlas

“Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.”
(QS, Shaad 38 : 82-83)

“Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.
(QS Al-Hijr, 15 : 39-40)


Mengapa iblis tidak dapat menyesatkan orang-orang yang ikhlas?

Kerana ketika kita ikhlas kerana Allah SWT, kita berserah apa sahaja kepada Allah SWT. Ketika itu kita tidak lagi berada di wilayah kekuatan kita tetapi di wilayah kekuatan dan kekuasaan Allah SWT. Kita mengikut dengan jiwa yang berserah kehendak Allah SWT. Mana mungkin iblis atau syaitan dapat menandingi kekuatan Allah SWT.

Pastinya ikhlas KERANA ALLAH SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti kita lakukan semua kerja kita kerana Allah SWT. Apabila kita ikhlas kerana Allah SWT, pasti ikhlas kita merangkumi semua

Bagaimana membina kesedaran agar jiwa kita ikhlas?

Kita perlu SEDAR sepenuhnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Kita dijadikan oleh Allah SWT dengan memiliki pelbagai tanggungjawab yang telah ditetapkan.

Kesedaran tanggungjawab kita kepada Allah SWT memastikan kita akan melaksanakan segala tanggungjawab kita kerana Allah SWT. INILAH IKHLAS. Orang yang dekat dengan Allah SWT memiliki kesedaran tertinggi akan hal Allah SWT. Mereka tidak pernah rasa kecewa di dalam melaksanakan tanggungjawab kerana Allah SWT.

Setiap kerja kita diminta untuk dimulakan dengan “Dengan nama Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang” menunjukkan bahawa kita melakukan kerja atas nama Allah SWT.

Bersama-samalah kita tingkatkan kesedaran kita, InsyaAllah kita akan ikhlas di dalam melakukan kerja.

"Orang yang ikhlas tidak memikirkan ikhlas atau tidak tetapi memikirkan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT itu telah dilaksanakan dengan baik atau belum. Itulah ikhlas dan ia hadir tanpa perlu difikirkan."

Ya Allah.. bantulah kami dan kami memohon agar kami tergolong dalam golongan yang ikhlas dalam apa jua yang kami lakukan agar ianya semua keranaMu..Amiin...

Wallahua'lam...

No comments: