Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, June 13, 2010

Melentur Buluh..



Kini...

Hari tu, sekali lagi mak cik minta tolong untuk menjagakan anak jagaannya.Smiley Kebetulan musim cuti ni, adik-adik yang lain ada. Boleh tolong tengok-tengokkan kanak-kanak yang sangat baik dan bersopan santun itu. Smiley(ayat skema)

Nasib sorang lagi kanak-kanak tu tak ada. Namanya Naufal. Umur baru 3 tahun kalau tak silap. Budak ni memang tersangat la pandai berkata-kata dan ‘bersopan santun’. Seringkali saya yang patah semangat nak tanya soalan banyak2 kat dia. Pernah saya bertanya soalan kat dia.
“Naufal dah makan”
“Dah”
“Makan apa ?”. Saya tanya lagi. Mesra alam la kononnya.
“Makan makanan la.” Dengan muka agak selamba, dia menjawab.Emoticon Lepas tu, malas dah nak tanya sebab asyik kena ‘bom’Smiley dengan jawapannya yang menarik. Huhu..

Tapi yang hari tu, ada 3 orang adik-beradik. Salah seorang dari mereka ni perempuan. Dan yang paling penting, banyak cakap. Aduh..Emoticontak larat nak layan dia cakap. Bukan apa, kurang mengerti bahasa kanak-kanak.Smiley Saya lebih suka memerhati gelagat mereka bertiga. Saya perasan dia cuba praktikkan apa yang dia pernah pelajari di sekolah tadikanya. Contoh, masa dia nak tidur atau makan, dia akan cakap “Cikgu kata kita kena baca doa dulu. Nanti syaitan duk dekat dengan kita”. Saya tersenyum melihat reaksi dia. Yang bestnya, siap dia ajak adiknya baca doa juga. Salah seorang adik saya suka menyakat adik dia. Apalagi, dia pun marah. “Janganlah.. berdosa. Allah tak suka la”. Smiley

Dulu.

Renungkan Kisah Ini.

Kisah anak lelaki Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. Ketika itu adalah hari raya, namun anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak lain yang memakai pakaian baru. Si ayah berlinangan air mata melihatnya.
“Mengapa ayah menangis ?” Tanyanya.
“Anakku, ayah khuatir jika hatimu hancur luluh melihat kanak-kanak lain melihatmu memakai pakaian lama itu.”
Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur kecuali hati orang yang tidak mendapat keredhaan Allah atau menderhaka kepada ibu bapanya. Dan saya sangat mengharapkan keredhaan Allah dan keredhaanmu”, jawab si anak.

Jika soalan sebegitu ditanya kepada anak-anak sekarang, entah apa jawapannya itu. Bukan saja kanak-kanak, mungkin jika ditanya pada golongan dewasa.. tidak tahulah jawapan apa yang akan diberikan oleh mereka. Dan mungkin kita juga.Smiley

Adakah kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa atau anggota masyarakat telah bermuhasabah mencari kesilapan diri.Smiley Justeru, marilah kita membetulkan keadaan tanpa menyalahkan orang lain.



Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya :
“ Wahai anak muda, sesungguhnya saya akan mengajarmu beberapa kalimah. Jagalah Allah, nescaya Dia akan balas menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapati-Nya ada di hadapanmu. Apabila kamu inginkan sesuatu, mintalah pada-Nya. Jika mohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Andainya dikumpulkan seluruh umat untuk memberi manfaat kepadamu,. tidak akan memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu, mereka tidak akan dapat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Wallahua’lam.

No comments: