Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, September 30, 2010

Kerna Kami milik-Mu


2 Syawal 1431H.

Apabila melangkah masuk ke situ, mata terus mencari. Mencari dia yang hampir 2 tahun tidak ku temui dan langsung tidak ku dengar khabarnya. Tiba-tiba mata terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring di salah satu katil di situ. Kami saling memandang. Dahinya berkerut. Mungkin terkejut dengan kehadiranku.

Ku terkelu melihat dia. Memandangnya sayu dan sedayanya menguntumkan senyuman. Ku cuba menahan dari empangan air mata yang kian sarat pecah apabila memandang kain selimut yang menutupi kakinya. ‘Allah..Allah..Allah.. Kami layak diuji kerna kami milikMu Ya Rabbi’, hati berbisik.

Dia menghadiahkanku sekuntum senyuman. Ku lihat dia cuba memberi kekuatan pada dirinya dan juga diriku. Masihku ingat semalam tatkala mendapat satu mesej pesanan ringkas dari salah seorang sahabat sekolahku mengkhabarkan keadaan sahabat kami itu. Bisakah dia menerima takdirMu.

Masih terngiang-ngiang lagi ayat dari mulutnya yang membuatkan ku hilang bicara mendengarnya. Dalam senyuman hambar dia meluahkan. “Dah jadi OKU aku ni ya..”

Sabar. Segalanya hanya pinjamanNya. Hanya itu mampu ku katakan. Tidak mampu lagi ku menuturkan kata-kata lain mendengar luahan hati dari seorang ibu pula. Kabur pandangan saat berita tentang apa yang menimpa anaknya itu sampai ke telinganya. Ku lihat ada butir-butir permata membasahi pipi ibu itu.

Bibir mudah mengucap sabar. Tapi hatilah yang remuk menderita.

Sabarlah sahabatku, Allah sedang menguji kita.

3 Syawal 1431H.

Ku lihat wajahnya ceria menyambut kehadiran kami. Ku tahu dia cuba sembunyikan apa yang dia rasa. Hari ni ku memberi ruang untuk sahabat-sahabat lain berbicara dengan dia.

Ku melihat katil sebelah sahabatku. Seorang wanita yang umurnya dalam lingkungan 50an. Tangannya berbalut. Di bahagian dagunya kelihatan kesan jahitan. Dia tersenyum melihat ku melangkah mendekatinya.

Tiada setiap satu pun yang berlaku pada kita melainkan ia adalah takdirNya. Ujian ada yang berbentuk kesusahan dan kesenangan. Kita menganggap ia kesusahan apabila hati kita tidak mahu menerimanya sedangkan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Kadangnya kita lupa yang kesenangan juga merupakan ujian.

Ya Allah, ku mohon kurniakanlah kami kekuatan untuk menghadapi segalanya.

4 Syawal 1431H

Kali ini dia menggelakkan ku. “Muka kamu lagi..”

Ku tersenyum mendengar gurauannya. Hanya beberapa hari yang ku datang menjengukmu ini belum mampu membayar 2 tahun yang dah berlalu.

5 Syawal 1431H

Konvoi raya sahabat-sahabat sekolahku singgah di rumahnya.

Terkaku seketika apabila ku melihatnya duduk di kerusi roda itu. Entah mengapa ku tak mampu memandang wajahnya. Sungguh..

Hatiku sayu melihat dia. Dan saat itu, ku tak mampu membendung air mata dari terus mengalir.

“Apa yang ada disisimu akan lenyap, dan apa yang ada disisi Allah adalah kekal. Dan Kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” Mafhum (16:96)

Wallahua’lam..

Sunday, September 26, 2010

Palsu vs Ori

Cantik dalam kepalsuan..


Jadilah dirimu yang sentiasa berubah ke arah kebaikan. Bukan bersembunyi disebalik kepalsuan.

Kini...

Terus membisu..

Mencari hikmah atas segalanya

29 September 2010
Terengganu

Thursday, September 16, 2010

Manusia bisa berubah


Terkadang hati terdetik bertanya, kenapa....

Di sinilah kita perlu memahami.

Dengan memahami fitrah perubahan inilah, kita akan menghasilkan rasa hendak mengambil berat akan diri dan orang lain. Dengan memahami perkara inilah, kita akan lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga diri. Dengan memahami perkara inilah, kita akan bergantung lebih kepada Allah SWT.

Firman Allah yang mafhumnya:

“(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”
(Ali-Imran ayat 8)

Moga-moga, perubahan-perubahan yang Allah berikan kepada kita dalam kehidupan ini hanyalah kehidupan ke arah kebaikan semata-mata. Moga-moga, Allah mengubah kita dan mengubah manusia di sekeliling kita ke arah kebaikan.

Amiin..InsyaAllah.

Wallahua'lam.

Tuesday, September 7, 2010

Kad raye

Alhamdulillah.. masih lagi berpeluang menikmati hari ini. Dah 28 Ramadhan. Rasanya seperti baru semalam meyambut kehadiran 1 Ramadhan. Lagi beberapa hari nak menyambut kehadiran Syawal kan.

Beberapa hari ni sibuk mengemas rumah (bizi tu..) Bukan apa, asal kemas je ada pula yang tolong ‘kemas’ balik. Geram je…

Sedang mengemas2, tiba-tiba fokus ku terganggu. Ternampak pak cik posmen lalu. Lalu je, tak singgah pun rumah ni. Teringat kembali masa zaman persekolahan. *muncullah awan kat atas kepala*

Di kala zaman main hantar-hantar kad raya. Beli kad raya banyak2.. Hantar kat kawan2. Hehe.. Lepas tu, paling gembira bila ada orang reply kita punya kad raya. Excited je buka kad raya, sedangkan tahu je skema ayat yang diorang akan tulis. Tapi entah.. gembira je.



------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum…

*Apa khabar ?
*Puasa penuh tak tahun ni ?
*Baju raya berapa pasang ?
*Banyak tak buat kuih raya kat umah ?
*Nak duit raya, datangla umah kite…
*Kite nak minta maaf kalau ada salah silap.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri . Maaf Zahir & Batin.

Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas.

Yang ikhlas,
Sahabatmu.

-------------------------------------------------------------------

Dan paling best, pergi beraya ramai2 ke rumah kawan2. Masa tu, berbasikal. Ayah ibu gembira menyambut kehadiran kami. Masa tu, tau la mereka yang anak-anak mereka berkawan dengan siapa masa kat sekolah.

Sekarang.. ada je saya mesej2 sahabat2 mengucapkan selamat hari raya dan saya pun menerima mesej reply. Tapi kadangkalanya bukan kita yang taip pun. Sekadar men’forwardkan mesej yang kita dapat. Tu saya la kot. Mungkin anda yang membaca entri ni menaip sendiri ayat mesej tu.

So ?

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya ??

Hulurkan kemaafan, panjangkan tali silaturrahim, eratkan ikatan hati dan padamlah api kebencian. Benamkan kebencian, tanamkan benih kasih saying, suburkan perpaduan dan tingkatkan keyakinan sesame insan.

Bersamalah kita, ikhlaskan hati dalam menghulur kemaafan. Bukan hanya mengucap maaf sekadar mengikut adat.

Sebarkan Kemaafan, ia menambah seri AidilFitri.

Id Mubarak ! Kullu’am, wa antum bi khair. Moga Allah menerima amalan kita. Amiin..InsyaAllah.


Saya memohon seribu satu kemaafan atas segala kesilapan zahir dan batin. Sama ada secara tak sengaja atau sengaja , yang pernah saya lakukan, sedang atau akan lakukan. Maaf juga andai pernah mengambil hak kalian dan tidak melaksanakan amanah yang diberikan dengan sempurna. Maaf sekali lagi. Andai masih berat untuk memaafkan saya, mohon dikhabarkan pada saya.

Terima kasih kerna menjadi sebahagian yang menyempurnakan hidupku. Ku hanya manusia biasa yang sering melakukan kesilapan.

Wallahua’lam.

Friday, September 3, 2010

Muhasabah Ramadhan

Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan
Indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan
Lapar dan dahaga

Lalu di manakah puas kita
Adakah masih ditahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh

Oleh sembilu dosa dan duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir