Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, November 16, 2012

Doa dan Hijrah

Bismillah.

Alhamdulillah33.. Masih diberi nikmat Iman dan Islam. Masih diberi peluang untuk bernafas dan melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah a’la kulli hal.

Jika kita tahu betapa berharganya setiap saat yang dilalui, nescaya kita tidak tergamak mensia-siakan hidup ini. Jika kita sedar setiap detik kehidupan kita dicatat oleh malaikat, pasti kita tidak akan mebiarkan catatan buruk dan noda memenuhi lembaran kitab amalan.

Allahu Allah.

Hari berganti hari. Dan kini tahun berganti tahun.

Mungkin setiap hari kita sudah biasa dengan sesuatu amalan. Namun, kita perlu lebih matang dan memaknakan lagi amalan-amalan yang dilakukan. Jika dalam solat, bagaimana ingin memastikan agar kita lebih khusyuk. Dalam berdoa, bagaimana ingin agar makna doa itu lebih difahami dan dihayati. Jika sedang berkerja, bagaimana supaya kita tidak cepat boring dan lebih bersemangat.

Dalam kehidupan kita, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah. Sehingga kadangkala kita lebih selesa untuk berada di takuk lama.

Hijrah, perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku. Namun, kepercayaan yang tinggi kepada Allah s.w.t, InsyaAllah akan membantu kita untuk tetap teguh dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik.

Percaya untuk berjaya.. Percaya sebelum melihat sesuatu dan berusaha untuk melihat apa yang kita percaya itu lebih berharga dari percaya apa yang telah kita lihat. Usaha perlu terus dibuat walaupun kadang ia memakan masa yang lama.

InsyaAllah, moga Allah beri kita kekuatan untuk terus berhijrah menjadi hambaNya yang bertaqwa.

---

Gaza bermandi darah lagi. Allahu Allah.

Apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

Teruskan berdoa.. dan berhijrah.

Salam Maal Hijrah.

Wallahua’lam.

Sunday, October 28, 2012

Korban

Bismillah.

Aidiladha 2 tahun lepas suasana berbeza. Dikala semua ahli keluarga sebelah Mak berkumpul di rumah, saya menyambutnya di Kelantan. Pertama kali beraya di perantauan. Terasa lainnya berada berjauhan dengan keluarga. Cuma ingin mengutip hikmah di Bumi Darul Naim itu. Suasana yang sangat berbeza apabila berada di sana. 


Kali ini berpeluang bersama keluarga.

Dekat di mata, lebih dekat di hati. Mungkin kali ini, bukan jarak yang menjadi pengorbanan.

Perlu lebih menghayati As-Saffat:102.
Salam Eidul Adha. =)

Thursday, September 27, 2012

Bukan kampus lagi


Bismillah.

Terlalu pantas masa berlalu. Tak terasa Syawal dah melabuhkan tirainya. Hari demi hari pasti ada sejarah yang terlakar dan pastinya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Hari ni dah masuk 27 September. Macam semalam je baru 18 Jun. Alhamdulillah3x dah selesaikan LI 6 September yang lepas. 

Sekarang masih lagi memberi khidmat di tempat praktikal tempoh hari. Masih lagi mengutip butiran hikmah di situ sementara sebelum berhijrah ke tempat lain.

Antara rutin setiap sabtu ialah membersihkan akuarium ikan di ruang kerja. Tapi, disebabkan hari Sabtu lepas dan InsyaAllah sabtu ni juga bakal menghilangkan diri, maka aktiviti menukar air ikan dilakukan pagi tadi. Seronok je dapat tolong dan menyibuk sedut-sedut kotoran dan gantikan dengan air yang baru. Paling seronok, dapat kacau anak-anak ikan yang sangat kecil tengah berenang-renang. Subhanallah... sangat comel. Bila duk gantikan air ikan tu, terfikir betapa kita kena selalu refresh niat. Sebab, kalau tak 'dibersihkan', banyak 'kotoran' akan mempengaruhi hati kita.

Hari ni ada dua orang student untuk sesi pagi. Kedua-duanya remaja perempuan. Salah seorang tu baru daftar semalam dan masih malu-malu. Seronok je nak menyakat dia sebab buat lawak macam mana pun, dia hanya senyum je. Memang seorang yang sopan santun. Dalam beberapa bulan ni, masih belajar cara untuk memulakan dulu perbualan. Sebelum ini, lebih banyak diam dari memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang tidak dikenali. 

Sepanjang Latihan Industri sebelum ni, baru terasa banyak perbezaan dunia kampus dan alam pekerjaaan. Sememangnya di kampus kita sudah jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Tapi di alam pekerjaan, lagi pelbagai ragam yang ditemui. Dengan perbezaan umur yang jauh beza, pelbagai latar belakang yang ketara dan cara pemikiran yang tidak terjangka. 

Dan bila melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan cuba belajar sesuatu perkara baru dengan segera untuk diaplikasikan terus apabila ia diperlukan. Selain itu, secara automatik, kita akan berusaha untuk meminimumkan kesalahan. InsyaAllah.. akan cuba baiki kelemahan diri dari masa ke semasa. 

Lepas makan malam memang 'terpengsan' lepas telan panadol. >.< 

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Universti Kehidupan
Kampus Cawangan Darul Takzim.

Saturday, August 4, 2012

Bazir

Bismillah


Alhamdulillah. Sudah hari ke 15 Allah bagi peluang menikmati Ramadhan.

Ramadhan.

Mengapa saban tahun kita tidak malu untuk bazirkannya ?


Mungkin

Bismillah

Sepanjang perjalanan ini, banyak yang perlu ditempuh.

Entah.. kadangkala sedar-sedar, 'baldi' semangat semakin besar bocornya.

Penat...
bila sedang cuba untuk membina, pada masa yang sama dia merobohkannya sekelip mata.

Lari, bukanlah penyelesai masalah.

Mungkin aku yang terlalu cepat mengalah atau terlalu berharap.

Ya.. Mungkin.