Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Friday, November 16, 2012

Doa dan Hijrah

Bismillah.

Alhamdulillah33.. Masih diberi nikmat Iman dan Islam. Masih diberi peluang untuk bernafas dan melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah a’la kulli hal.

Jika kita tahu betapa berharganya setiap saat yang dilalui, nescaya kita tidak tergamak mensia-siakan hidup ini. Jika kita sedar setiap detik kehidupan kita dicatat oleh malaikat, pasti kita tidak akan mebiarkan catatan buruk dan noda memenuhi lembaran kitab amalan.

Allahu Allah.

Hari berganti hari. Dan kini tahun berganti tahun.

Mungkin setiap hari kita sudah biasa dengan sesuatu amalan. Namun, kita perlu lebih matang dan memaknakan lagi amalan-amalan yang dilakukan. Jika dalam solat, bagaimana ingin memastikan agar kita lebih khusyuk. Dalam berdoa, bagaimana ingin agar makna doa itu lebih difahami dan dihayati. Jika sedang berkerja, bagaimana supaya kita tidak cepat boring dan lebih bersemangat.

Dalam kehidupan kita, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah. Sehingga kadangkala kita lebih selesa untuk berada di takuk lama.

Hijrah, perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku. Namun, kepercayaan yang tinggi kepada Allah s.w.t, InsyaAllah akan membantu kita untuk tetap teguh dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik.

Percaya untuk berjaya.. Percaya sebelum melihat sesuatu dan berusaha untuk melihat apa yang kita percaya itu lebih berharga dari percaya apa yang telah kita lihat. Usaha perlu terus dibuat walaupun kadang ia memakan masa yang lama.

InsyaAllah, moga Allah beri kita kekuatan untuk terus berhijrah menjadi hambaNya yang bertaqwa.

---

Gaza bermandi darah lagi. Allahu Allah.

Apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

Teruskan berdoa.. dan berhijrah.

Salam Maal Hijrah.

Wallahua’lam.