Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, December 10, 2013

Para Pencinta Sejati

Seorang pemuda menemui gurunya dalam keadaan pucat pada suatu pagi. 

"Wahai guru, semalam aku telah mengkhatamkan Al-Quran dalam solat malamku", ujar sang pemuda.

"Bagus nak. Nanti malam tolong hadirkann bayangan diriku dihadapanmu saat kau membaca Al-Quran itu. Rasakan seolah-olah aku sedang menyemak bacaanmu."

Keesokkan harinya, sang murid datang dan melaporkan pada gurunya, "Semalam aku hanya sanggup menyelesaikan separuh dari Al-Quran itu."

"Engkau sungguh telah berbuat baik." Sang guru menepuk-nepuk bahu pemuda itu. "Nanti malam kau lakukan lagi, tapi kali ini bayangkan para sahabat Nabi mendengar bacaan Al-Quran mu itu. Bayangkan mereka memeriksa bacaanmu."

Pagi-pagi keesokkannya pemuda itu mengadu, "Aduh.. semalam hanya sepertiga Al-Quran yang dapat ku lafazkan."

"Alhamdulillah, engkau telah berbuat baik." Kata gurunya sambil mengusap lembut kepala pemuda itu. "Nanti malam, bacalah Al-Quran dengan lebih baik. Hadirkanlah rasa bahawa Rasulullah s.a.w yang akan menyemak bacaanmu. Orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran itu." 

Seusai solat subuh berjemaah keesokkannya, sang guru bertanya, "Bagaimana solatmu semalam?"

"Aku hanya mampu membaca satu juzuk Al-Quran. Itu pun dengan susah payah", keluh sang pemuda.

"MasyaAllah, teruskan kebaikan itu, nak", kata sang guru sambil memeluk muridnya itu. " Dan nanti malam, tolong hadirkan Allah s.w.t dihadapanmu. Sungguh, sebenarnya Allah lah yang mendengar bacaanmu. Allah yang telah menurunkan Al-Quran. DIA selalu hadir dekat denganmu. Jika engkau tidak melihatNya, DIA pasti melihatmu. Ingat baik-baik. Hadirkan Allah, kerana DIA mendengar dan menjawab apa yang kau baca!"

Keesokkannya harinya, ternyata pemuda itu jatuh sakit. Sang guru pun datang menjenguknya. "Ada apa denganmu?", tanya sang guru.

Sang pemuda berlinangan air mata. "Demi Allah.. semalam aku tidak mampu menyelesaikan bacaanku. Hatta cuma Al-Fatihah pun tidak sanggup aku menamatkannya. Ketika sampai pada ayat, 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin' lidahku kelu. Aku merasa berdusta. Di mulut ku ucap 'KepadaMu ya Allah aku menyembah' tapi jauh di dalam hatiku aku tahu bahawa aku sering memperhatikan selain DIA. Ayat itu tidak mahu keluar dari lisanku. Aku menangis dan tetap saja tidak mampu menyelesaikannya." 

:: Petikan buku Dalam Dekapan Ukhuwah::

Monday, December 9, 2013

Sehangat Semangat

Sehangat Semangat

Dalam dekapan ukhuwah
kita merasakan kehangatan sahabat

Dia tahu kelemahan kita
Tetapi menunjukkan kekuatan kita

Dia merasakan ketakutan kita
Tetapi membangkitkan keyakinan kita

Dia melihat kekhawatiran kita
Tetapi membebaskan jiwa kita

Dia mengenal ketidakmampuan kita 
Tetapi memberi kesempatan.

:: Dalam Dekapan Ukhuwah ::

Sunday, October 27, 2013

Pulau Kukup

Bismillah.

Kicauan burung menghiasi pagi. Subhanallah, tanpa jemu mereka memuji-muji Allah.
Alhamdulillah masih diberi nikmat Iman dan Islam.

20 Oktober.

Pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Kukup, Pontian. Sebenarnya tu la kali pertama saya mendengar namanya. Menjejakkan kaki ke sana, moga-moga semakin dekat diri ini denganNya. Menghayati ciptaanNya sungguh memikat kalbu.  Sungguh.. Allah itu Maha Hebat.



Menikmati pulau yang hampir kesemuanya dipenuhi dengan bakau. MasyaAllah.. bakau sahaja entah ada berapa banyak jenis. Subhanallah33. Sesekali mengimbas kembali apa yang pernah dipelajari sewaktu kelas Biologi berkenaan bakau. Hehe.. merindui Miss Low Mee Siam, Cikgu Biologi sewaktu tingkatan 4 dan 5.


Deruan ombak di Tanjung Piai, Pontian sangat kuat. MasyaAllah. Sesekali mata melirik pada kapal-kapal besar yang lalu. Luasnya laut ciptaan Allah. Kalau dicampakkan manusia ke dalam lautan itu, sekelip mata sahaja hilang. Allahu Allah. Kerdil sungguh manusia ni. Tidak layak untuk kita sombong menumpang dibumi Allah ini.

Moga kesempatan mengembara ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia ini mengeratkan lagi ukhuwah kami.


Wallahua’lam.

Friday, May 31, 2013

Berkerjalah..

Bismillah. 

Subhanallah.. Maha Suci Allah, Tuhan yang menguasai segalanya. Alhamdulillah masih diberi peluang menikmati nikmat Iman dan Islam. Allahu Allah.

Berada di taman perumahan kampung halaman, menikmati cuti sekolah 2 minggu. Sepertinya terasa masih bergelar pelajar. 

Sedar tidak sedar hampir setengah tahun bersama-sama guru lain 'menabur benih' di SRIIN. Berada di sana, cukup terasa terlalu pantas masa berlalu. Hari demi hari. Minggu bertukar minggu. Dan bulan berganti bulan. Senyum tawa dan tangis adakala datang silih berganti. Tatkala cuti ini, terbayang-bayang wajah-wajah yang dirindui. Adeh.. 

Moga kalian baik-baik saja dan menjadi pejuang Islam yang ikhlas kerana Allah semata kelak. Amiin.

--- 

Saat Rabbnya bertanya, "Belum yakinkah engkau akan kuasaKu ?".
"Aku yakin. Hanya saja agar hati ini menjadi tenteram." Jawab Ibrahim dengan penuh yakin tatkala dia meminta Allah untuk menunjukkan bagaimana yang mati dihidupkan. 

Tetapi keajaiban itu tidak datang serta merta dihadapannya. Meski Allah bisa saja menunjukkan kuasaNya dalam satu kata, "Kun..!". Namun, Ibrahim harus bersusah payah menangkap lalu mencincang empat ekor burung. Lalu disusunnya jajaran bukit-berbukit dengan lembah curam untuk meletakkan cincangan burung itu. Baru akhirnya dia boleh memanggil dan beburung itu datang segera kepadanya. 

Disinilah rupanya keajaiban itu. Setelah sekian kerja yang memerah tenaga. 

Begitu juga dengan kisah Hajar dan bayinya yang terpaksa ditinggalkan Ibrahim. 

Ismail menangis kerana lapar dan kehausan. Maka, Hajar berlari, cuba mengais air untuk menjawab tangis putranya. Ada dua bukit di sana. Dan dari hujung ke hujung dia jejaki. Sama sekali tiada tanda. Berlari. Berbolak-balik tujuh kali. Mungkin dia tahu, tak pernah ada air di situ. Mungkin dia hanya ingin menunjukkan kesungguhannya kepada Allah. Sebagaimana telah dia yakinkan sang suami, "Jika ini perintah Allah, DIA tidak pernah menyia-nyiakan kami..!"

Maka keajaiban itu memancar. Zam zam !. Bukan. Bukan dari jalan yang dia susuri atau jejak yang ditorehkan di antara Safa dan Marwa. Air itu muncul dari kaki Ismail yang menangis. Dan Hajar pun takjub. Begitulah keajaiban datang. Terkadang tak terletak dalam ikhtiar-ikhtiar kita. 

Mari belajar dari Hajar bahwa makna kerja keras itu adalah menunjukkan kesungguhan kita pada Allah. Mari bekerja keras seperti Hajar dengan gigih, dengan yakin. Bahwa, Dia tak pernah menyia-nyiakan iman dan amal kita. Lalu, biarkan keajaiban itu datang dari jalan yang tidak kita sangka atas iradahNya yang Maha Kuasa. Dan biarkan keajaiban itu menenangkan hati ini dari arah manapun DIA kehendaki. 

Bekerja saja. Maka keajaiaban akan menyapa dari arah tak terduga. 

:: Petikan dari buku Dalam Dekapan Ukhuwah - Salim A.Fillah ::

Wallahua'lam.

Tuesday, December 11, 2012

Rujuk yang sohih


"Syeikh, apakah nasihat syeikh untuk kami belajar dan cara belajar ? " Tanya salah seorang pelajar semasa Program di Republik Czech.

"Dapatkan ilmu rujukan yang sohih dan guru untuk membimbing.." Jawab Ustaz Zaharuddin ringkas. 

"Mengapa itu yang menjadi cadangan syeikh ?"

"Pada zaman terlalu banyak sumber pengajian ilmu Islam sama ada dalam bentuk buku, artikel dan penulisan di Internet, ramai mudah tenggelam dalam dunia ilmu yang apabila tidak mampu ditangani dan dihadamkan dengan baik, ia menjadi barah dalam minda sehingga merosakkan sang murid. Manakala guru diperlukan kerana ia menjadi pengimbang dan pembimbing maklumat yang diperolehi, pun begitu jauhilah sentimen dan ketaksuban dengan seorang guru, kerana guru juga masih seorang pelajar dan boleh membuat silap.."

*Petikan buku Jangan Berhenti Berlari - UZAR 

Sunday, December 9, 2012

Fitrah Bertuhan Muncul Ketika Lemas Di Laut

Bismillah


Bertuhan itu fitrah manusia. Cara mengubati aqidah orang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan seperti orang ateis adalah dengan membuang mereka ke laut. Allah sendiri menyebut hal ini dalam Al-Quran.

Kenapa hanya ketika karam di laut dan bukannya ketika kesusahan di daratan ? Ini kerana karam di laut ialah satu situasi bahaya yang sangat ekstrem. Tiada tempat bergantung atau berpijak, di bawah mungkin ada jerung menanti untuk membaham, laungan meminta pertolongan tidak didengari sesiapa, kalau terminum air laut yang masin itu amat memeritkan. Segala-galanya tidak pasti.

Pada saat sebegini hanya Allah sahaja menjadi tempat bergantung. Ikrimah bin Abu Jahal yang keras permusuhannya dengan Rasulullah s.a.w akhirnya memeluk Islam setelah kapalnya karam dan dia hampir lemas dipukul ribut.

Ibn Kathir membawa kisah ini ketika mentafsirkan firman Allah yang bermaksud: “Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru melainkan Allah. Maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya). Dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah). (Al-Isra’ : 67)

Begitu juga dengan situasi si angkuh Firaun ketika hampir mati kelemasan. Firman Allah, mafhumnya: “Dan kami bawakan Israel ke seberang Laut Merah, lalu dikejarkan oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu) : ‘Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan aku adalah daripada orang yang berserah diri.” (Yunus: 90)

Alangkah indahnya kalau kita mengharap hanya pada Allah semata-mata dalam semua situasi sebagaimana semasa situasi ekstrem karam di laut. Alangkah eloknya sekiranya situasi di atas dibawa dalam hidup sepanjang hayat. Hanya Allah tempat bergantung.

Wallahu’alam.

Dipetik dari Majalah Al-Ustaz Isu 8
Oleh Abdullah Bukhari Abdul Rahim 

Friday, November 16, 2012

Doa dan Hijrah

Bismillah.

Alhamdulillah33.. Masih diberi nikmat Iman dan Islam. Masih diberi peluang untuk bernafas dan melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah a’la kulli hal.

Jika kita tahu betapa berharganya setiap saat yang dilalui, nescaya kita tidak tergamak mensia-siakan hidup ini. Jika kita sedar setiap detik kehidupan kita dicatat oleh malaikat, pasti kita tidak akan mebiarkan catatan buruk dan noda memenuhi lembaran kitab amalan.

Allahu Allah.

Hari berganti hari. Dan kini tahun berganti tahun.

Mungkin setiap hari kita sudah biasa dengan sesuatu amalan. Namun, kita perlu lebih matang dan memaknakan lagi amalan-amalan yang dilakukan. Jika dalam solat, bagaimana ingin memastikan agar kita lebih khusyuk. Dalam berdoa, bagaimana ingin agar makna doa itu lebih difahami dan dihayati. Jika sedang berkerja, bagaimana supaya kita tidak cepat boring dan lebih bersemangat.

Dalam kehidupan kita, ada sesuatu yang lebih susah daripada susah iaitu berubah. Sehingga kadangkala kita lebih selesa untuk berada di takuk lama.

Hijrah, perlu bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku. Namun, kepercayaan yang tinggi kepada Allah s.w.t, InsyaAllah akan membantu kita untuk tetap teguh dalam menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik.

Percaya untuk berjaya.. Percaya sebelum melihat sesuatu dan berusaha untuk melihat apa yang kita percaya itu lebih berharga dari percaya apa yang telah kita lihat. Usaha perlu terus dibuat walaupun kadang ia memakan masa yang lama.

InsyaAllah, moga Allah beri kita kekuatan untuk terus berhijrah menjadi hambaNya yang bertaqwa.

---

Gaza bermandi darah lagi. Allahu Allah.

Apabila kita diberitahu doa adalah senjata mukmin, ketahuilah jika dia faham syarat-syarat doa dimakbulkan, nescaya dia akan berusaha menjadi mukmin yang lebih baik, agar doanya untuk Gaza tidak terhijab, oleh kecelaan diri sendiri.

Teruskan berdoa.. dan berhijrah.

Salam Maal Hijrah.

Wallahua’lam.

Sunday, October 28, 2012

Korban

Bismillah.

Aidiladha 2 tahun lepas suasana berbeza. Dikala semua ahli keluarga sebelah Mak berkumpul di rumah, saya menyambutnya di Kelantan. Pertama kali beraya di perantauan. Terasa lainnya berada berjauhan dengan keluarga. Cuma ingin mengutip hikmah di Bumi Darul Naim itu. Suasana yang sangat berbeza apabila berada di sana. 


Kali ini berpeluang bersama keluarga.

Dekat di mata, lebih dekat di hati. Mungkin kali ini, bukan jarak yang menjadi pengorbanan.

Perlu lebih menghayati As-Saffat:102.
Salam Eidul Adha. =)

Thursday, September 27, 2012

Bukan kampus lagi


Bismillah.

Terlalu pantas masa berlalu. Tak terasa Syawal dah melabuhkan tirainya. Hari demi hari pasti ada sejarah yang terlakar dan pastinya setiap yang berlaku ada hikmahNya. Hari ni dah masuk 27 September. Macam semalam je baru 18 Jun. Alhamdulillah3x dah selesaikan LI 6 September yang lepas. 

Sekarang masih lagi memberi khidmat di tempat praktikal tempoh hari. Masih lagi mengutip butiran hikmah di situ sementara sebelum berhijrah ke tempat lain.

Antara rutin setiap sabtu ialah membersihkan akuarium ikan di ruang kerja. Tapi, disebabkan hari Sabtu lepas dan InsyaAllah sabtu ni juga bakal menghilangkan diri, maka aktiviti menukar air ikan dilakukan pagi tadi. Seronok je dapat tolong dan menyibuk sedut-sedut kotoran dan gantikan dengan air yang baru. Paling seronok, dapat kacau anak-anak ikan yang sangat kecil tengah berenang-renang. Subhanallah... sangat comel. Bila duk gantikan air ikan tu, terfikir betapa kita kena selalu refresh niat. Sebab, kalau tak 'dibersihkan', banyak 'kotoran' akan mempengaruhi hati kita.

Hari ni ada dua orang student untuk sesi pagi. Kedua-duanya remaja perempuan. Salah seorang tu baru daftar semalam dan masih malu-malu. Seronok je nak menyakat dia sebab buat lawak macam mana pun, dia hanya senyum je. Memang seorang yang sopan santun. Dalam beberapa bulan ni, masih belajar cara untuk memulakan dulu perbualan. Sebelum ini, lebih banyak diam dari memulakan sesuatu perbualan dengan orang yang tidak dikenali. 

Sepanjang Latihan Industri sebelum ni, baru terasa banyak perbezaan dunia kampus dan alam pekerjaaan. Sememangnya di kampus kita sudah jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Tapi di alam pekerjaan, lagi pelbagai ragam yang ditemui. Dengan perbezaan umur yang jauh beza, pelbagai latar belakang yang ketara dan cara pemikiran yang tidak terjangka. 

Dan bila melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan cuba belajar sesuatu perkara baru dengan segera untuk diaplikasikan terus apabila ia diperlukan. Selain itu, secara automatik, kita akan berusaha untuk meminimumkan kesalahan. InsyaAllah.. akan cuba baiki kelemahan diri dari masa ke semasa. 

Lepas makan malam memang 'terpengsan' lepas telan panadol. >.< 

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Universti Kehidupan
Kampus Cawangan Darul Takzim.

Saturday, August 4, 2012

Bazir

Bismillah


Alhamdulillah. Sudah hari ke 15 Allah bagi peluang menikmati Ramadhan.

Ramadhan.

Mengapa saban tahun kita tidak malu untuk bazirkannya ?


Mungkin

Bismillah

Sepanjang perjalanan ini, banyak yang perlu ditempuh.

Entah.. kadangkala sedar-sedar, 'baldi' semangat semakin besar bocornya.

Penat...
bila sedang cuba untuk membina, pada masa yang sama dia merobohkannya sekelip mata.

Lari, bukanlah penyelesai masalah.

Mungkin aku yang terlalu cepat mengalah atau terlalu berharap.

Ya.. Mungkin.

Wednesday, July 11, 2012

Baru belaka

Bismillah.

Masuk minggu keempat berkenalan dengan tempat baru. Suasana baru. Kenalan baru. Pengalaman baru. Pelbagai rasa yang datang dan pergi. Namun, tak bisa diungkap dengan kata-kata mahu pun penulisan.

Tadi baru TERcountdown hari yang InsyaAllah bakal dilalui. Masih banyak lagi rupanya.


Yup.. perlu bersemangat. Selalu tersenyum membaca mesej dari insan Julai yang jauh nun di bumi Darul Naim. "Rajin-rajin kerja.." Bukan sekali dia hantar ayat yang best itu. 


Dan mesej dari peminat 'Sebelum Mata Terlena', "Betul kan niat.." Masih terngiang-ngiang lagi walau ia diingatkan sehari sebelum 18 Jun menjengah. 


Kata-kata semangat dari blogger tegar yang suka kirim gambar di WhatsApp juga sering membuka mata yang selalu sahaja 'layu' dengan dunia.


Dari pagi sampai ke petang, sesekali tangan gatal bermain tetikus komputer depan mata. Seksa juga menahan diri dari online walaupun komputer depan mata. Mata asyik menjeling. Tercabar juga walaupun rasanya dah baca SOLUSI yang tajuknya Ikhlas Dalam Berkerja. 
Dah janji pada diri, tak nak guna internet di situ. >.<

---

Banyak belajar tentang cara penyampaian sesuatu perkara. Kadangkala kita rasa satu perkara itu mudah tapi tidak bagi orang lain.


Minggu pertama dah jumpa orang yang kurang mahir menggunakan tetikus. Walaupun hanya ajar double-click pun diri sendiri dah menggaru kepala.


Hanya memberitahu cara menukar warna tulisan di slide pertama Power Point pun sudah membuatkan tekak terasa kering.


Begitulah juga dalam kehidupan seharian. Belum tentu apa yang kita katakan sekali lalu itu mampu difahami oleh orang lain. Selalu saja kita membayangkan 'A', tapi si penerima menerima 'a'.


Soalan tak terjangka dari salah seorang pelajar di situ, "Biasanya kalau keluar jalan-jalan dengan kawan atau keluarga, awak pakai pakaian macam masa pergi kerja juga ke ? "


"A'ah" 


"Skema je.." 

=.=''

Wallahua'lam.

Sunday, July 1, 2012

Kenangan 6:00

Tulips Stairs
Bismillah.

Masuk minggu ketiga berjauhan, dah main hantar-hantar gambar. Update perkembangan masing-masing. Tak rugi promote kat dia suruh install WhatsApp sebelum balik hari tu.

Gadis comel ni pun insan julai.

Mula berkenal rapat sebelum semester 5. Mungkin sebelum tu, tak pernah pun borak panjang dengan dia.

Beberapa minggu sebelum melangkah pergi, hadirnya antara yang banyak memberi semangat. Masa tu, Allah je tahu apa yang berlaku semuanya.

Dan jam 6 di hari-hari terakhir itu, antara waktu yang indah.

---

Dan dia yang lagi satu..

Gadis ceria yang punya buah hati si muka kotak itu juga turut menceriakan jam 6 petang di hari-hari indah.

Benci dia sebab dia membuatkan air mata ini mengalir menatap hadiah darinya.

Moga kalian sentiasa dalam redha dan jagaanNya.. Allahuma amiin.

*agak lama tidak mengupdate blog, terasa kaku. Huhu.

Wallahua'lam.    

Sunday, May 20, 2012

Usahawan

Bismillah


Batas insani: 
Jika tak memberi manfaat, jangan membahayakan; 
jika tak memperbaiki, jangan merusak; 
jika tak membangun, jangan menghancurkan.

-S.A.F-
---

Seronok 'bermain' masak-masak dengan gadis-gadis cantik lagi baik. Terharu sangat bila masing-masing saling memback-up bila ada kekurangan. Sentiasa tersenyum walaupun penat.

Penat berniaga banyak memberi erti. Gembira 3 hari 'berkampung' bersama mereka sebab banyak perkara baru yang dapat belajar.

Walaupun tak adalah untung mana, tapi Alhamdulillah dapat balik modal. Dan paling best sebab dapat memberi. Salah seorang gadis cantik tu kata, "Tak apalah.. gembira je sebab dapat tengok orang lain makan apa yang kita masak.."

Sepanjang 3 hari tu, kadang terfikir juga diri ni dah cuba sedaya tak menepati ciri-ciri usahawan muslim. Jujur tak dalam berniaga. Bancuh adunan waffle tu cukup rasa tak.. atau buat janji jadi je. Sapu jem tu nak kedekut atau bagi banyak. Masa buat adunan tu dengan hati terpaksa atau sambil berzikir dan bersemangat. 

Kadang-kadang Allah nak uji hambaNya ni bersyukur tak.

Hari pertama, jualan biasa-biasa je. Balik hati sedih.. Tapi malam tu berdoa moga esok lebih baik.

Hari kedua, jualan berganda. Masa tu rasa senyum sambil ke telinga. Tiba-tiba rasa kena 'panah'. Tersentap kejap bila tiba-tiba hati tanya.. "Eh, macam mana nak rasa bersyukur.."

Hari ketiga. Tiba-tiba menjunam. Jatuh. Rasa pagi tu memang tak ada orang datang. Tapi Alhamdulillah Allah tunaikan doa 'moga tak ada yang terbazir'. Allahu Allah.

=)

Walaupun bulan ni rasa 'baldi' semangat yang di bawa bocor tapi setiap persoalan yang terdetik dalam hati ni, Allah sentiasa jawab melalui 'perantaraan' makhlukNya.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Monday, May 14, 2012

Nilai

Bismillah

Menangis di hadapan Allah 
dan tersenyum di wajah saudara adalah paduan penyusun kejelitaan akhlaq dan rupa

=)


Kadang-kadang susah untuk terus tersenyum di hadapan saudara kan. Apatah lagi jika dibalik senyum yang terukir ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

---

3 hari meronda-ronda 'meneman' mereka menilai di setiap gerai sampai terhafal nama gerai dan jual apa.

Gerai ni kemas.

Gerai tu serabut.

Gerai ni macam kurang menarik.

Gerai tu tak ada banner.

Macam-macam komen betul. Mesti penjual dah boring tengok muka kami. Tapi kagum dengan semangat otak usahawan mereka. Kreatif.. !

Dalam menilai, banyak aspek yang dilihat. Kebersihan dah tentu. Kekemasan. Cara promosi. Dan dah tentu layanan yang best sebagai markah bonus. Penilai pun manusia biasa.

---

Jangan memandang sebelah mata sesuatu perkara yang baik itu walaupun ia nampak macam perkara kecil. Bila berdepan antara dua penilaian dalam kehidupan antara penilaian Allah dan penilaian manusia, biasanya penilaian siapakah yang lebih kita utamakan?

Ada orang boleh cakap, “Allah”. Tapi hakikatnya tidak selalu begitu. >.<

Wallahua'lam.

Friday, May 11, 2012

Adakah kita ?


Charger

Bismillah

Kadang kita lupa; 
hidup di dunia ini bukan hanya untuk bersaudara. 
Tapi juga untuk bermusuhan. 
Dengan syaitan;
yang nista & mengajak nista.
Itu juga kerana kadang kita lupa; 
bahwa perasaan yang harus tersandar kerana Allah dalam sempurnanya iman bukan cuma cinta; 
tapi juga benci.



Banyak kali ditegur hari ini tentang perubahan riak muka dan banyak termenung.

Sejak semalam rasa berdebar-debar.

"Nak 'charger'... "

---

Dia muncul tiba-tiba, lalu tersenyum..

Serius rindu nak tengok wajah dan senyumannya. Agak lama tak bersua muka. Alhamdulillah Allah bagi peluang dapat melepaskan rindu. 

Alhamdulillah... 

Allah hantar 'charger'.

=)

Dan sebelum malam menjelma, Allah gerakkan hati seseorang untuk berbicara. Duduk menatap wajahnya dan mendengar tiap butir kata.

Satu demi satu mendapat jawapan dariNya.

"Yakinlah pada Allah.. Apa-apa pun berlaku, kembali pada Allah."

'Charger' kedua.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Tuesday, May 8, 2012

BESAR Hati

Bismillah

JANGAN BERKECIL HATI, adalah ungkapan yang sentiasa terngiang di telinga saya sejak hari itu. Setiap kali saya teringat kepada pesanan Abang Mohd Nor, saya bagai terbau aroma daun pokok pain yang memenuhi nostalgia pesanan Abang Mohd Nor petang itu, di tepi tasik Glendalough.

Pohon pain yang mendongak ke langit Ilahi, meredupi kelopak-kelopak Shamrock di bumi Irish yang penuh dengan seribu satu kenangan.

Selepas saya tiba di Malaysia, setiap hari menjadi bukti kepada saya betapa tepatnya nasihat Abang Mohd Nor itu kepada saya.

---

Ya, manusia memang pelbagai ragam.

Jika kita suka mengharap agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, saya kira kita tersilap planet. Hal itu perlu difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua. Hanya dengan itu sahaja unsung hero yang ramai di tempat kerja, tidak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan, biarkan tiada siapa yang peduli apatah lagi mahu menghargainya.

Kerana itu, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO. Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya.

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. 

JANGAN BERKECIL HATI. Kita kan hamba..!
*Petikan buku Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-MU.

---

Alhamdulillah, Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu sudah berada di tangan. 

Betul la... buku tu membawa 'semangat dari sana'. Semalam selak-selak dan terbaca bahagian penutup; Di mana sahaja kaki ini berdiri.

Berkobar-kobar nak baca tapi tak sesuai sangat nak baca sekarang. Kena tunggu.. belajar sabar...

Teringat 'Rindu Bau Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh Pengubat Letih'. 'Pengembaraan' yang cukup bermakna dan membuat hati semakin melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke bumi Jordan dan Turki. 

Wallahua'lam.

Wednesday, May 2, 2012

Bekalan

Bismillah

Sedang yang diwaspadai dalam persahabatan dengan orang mulia adalah; 
merasa sama; 
sedangkan selama ini kita hanya pemantul cahaya mereka.

---



Allah bagi peluang jejakkan kaki kat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tak pernah terfikir untuk sampai sini. Selalu dalam minda nak jejakkan kaki ke tempat-tempat lain yang mungkin lagi best pada pemikiran sendiri.

Berpeluang 'berborak-borak' macam-macam dengan Ustaz. 

" Lepas ni, awak fikirlah macam mana nak banyakkan wakaf untuk bekalan kat 'sana'. Nanti kita mati semua kita tinggalkan kecuali amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan. Janganlah kedekut untuk memberi." 

Masing-masing melangkah balik dengan riang sebab dapat ilmu-ilmu baru dan nasihat yang membakar semangat.




Coklat. Kiwi. Teh O Ais.

Walaupun Teh O Ais nampaknya 'merendah diri' tapi tak semestinya dia paling tidak sedap. Semua sedap dan masing-masing punya kelebihan sendiri. 

Lepas beberapa sedut Kiwi, mungkin tangan akan cepat-cepat mengambil Teh O Ais sebab nak menghilangkan manis yang terlampau.

Mungkin.

=)
Mr Danbo dah dapat teman baru, si JAD. Cemburu je tengok mereka.

Minggu ni, minggu kesedihan. Bakal ditinggalkan oleh si dia.

Sebenarnya tak mampu nak tengok wajah dia lama-lama. Dan tak mampu nak bertekad untuk jumpa dia sebelum dia melangkah pergi.

Tadi.. hanya memerhati dari jauh. Nampak dia dengan teman baiknya.

Diam je walaupun rasa nak menangis. Belajar tabahkan hati sebab lepas ni lagi ramai yang bakal menjarakkan diri.

:'(

Hati masih lagi cedera terkena tembakan peluru berpandu dari mulut seseorang. Khas Allah tujukan buat diri yang lemah ini agar lebih mengingatiNya dalam setiap tindakan.

Wallahua'lam.