Bismillah
Alhamdulillah... Program Sambutan Maulidur Rasul MKK dah selesai. Walaupun banyak 'kejutan' dan perkara-perkara yang tak terjangka, Alhamdulillah semua berjalan lancar. Moga-moga usaha yang sedikit ni, dikira sebagai ibadah dan menambah kecintaan kami kepada Rasulullah s.a.w.
Semangat kerjasama penting. Kadang-kadang tu memang akan ada yang buat kesilapan. Tapi tak boleh la nak saling menyalahkan. Sama-sama menampung kekurangan masing-masing. Agak terkesan dengan ayat salah seorang exco ni, ''Kalau tak ada salah seorang dari kalian, majlis ni tak akan jadi macam yang dah jadi tadi." Maknanya, semua penting dan ada peranan masing-masing.
Dalam kehidupan seharian pun begitu. Semua ada peranan masing-masing. Saling nasihat-menasihati. Iman tu kan sentiasa turun naik dan sentiasa perlu diperkukuhkan.
Sentiasalah ikhlas dalam melakukan setiap sesuatu. Kalau buat kerana manusia, belum tentu kita akan bersungguh kan.
Kadang-kadang memang susah nak buat sesuatu yang baik terutama menyerahkan jiwa dan harta ke jalan Allah. Kadang-kadang memang rasa terpaksa. Tapi andai istiqamah walaupun sedikit, InsyaAllah DIA akan bantu.
Hidup.. Bukan hanya ingin bahagia dunia tapi akhirat. Abi selalu pesan, 'Segala susah payah yang kita buat kat dunia ni agar senang di akhirat..'
*Hari ni, berkesempatan mendengar 'pengisian' dari mereka yang ku kagumi kerana berjaya dalam mendidik anak-anak menjadi hambaNya yang soleh dan solehah insyaAllah. Moga-moga Allah melimpah rahmat kepada mereka sekeluarga. Amiin.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment