Bismillah.
Sem ni berkesempatan mengambil subjek ''Islam dan Ekonomi'' sebagai subjek elektif. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang dan ruang.
Kelas pertama pagi khamis lepas. Seronok yang teramat sangat bila dengar olahan dari Dr Asyraf. Saya belasah panggil Dr, Ustaz.
InsyaAllah, akan belajar berkaitan dengan ekonomi dan mualamat. Berkenaan zakat, riba', urusan bank dan insyaAllah macam-macam lagi. Harap-harap dapat apply dalam kehidupan sebab perkara-perkara ni antara perkara yang masih kurang faham. Kadang-kadang berkerut-kerut muka dengar pasal isu duit, halal haram yang terlepas pandang yang disampaikan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kat IKIM selama ni.
Masa kelas pertama, ustaz banyak terangkan tentang Islam sebagai cara hidup. Sangat tertarik dengan analogi yang diberikan.
''Bayangkan saya menanggung segala perbelanjaan kamu. Memberi tempat tinggal. Apa yang kamu minta, saya bagi. Jadi, satu hari saya minta kamu basuh kereta saya. Agak-agak, tergamak tak kamu nak minta upah dari saya..''
Masing-masing diam.
"Mungkin tidak kan. Kamu akan buat apa yang saya minta sebab kamu rasa terhutang budi dengan saya. Jadi, cuba fikir balik tentang kehidupan kita. Selama ni kita berhutang terlampau banyak dengan Allah, yang mencipta kita.. yang memberi apa kita perlu.. malah memberi ganjaran atas ketaatan kita. Kalau ikut logik, agak-agak kalau Allah tak bagi pahala tapi meminta kita melakukan apa yang disuruh, wajar tak? Tapi Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. ''
Selain tu, ustaz ada sentuh berkenaan akhlak.
''Agak-agak kenapa orang Jepun baik dari segi 'akhlak'nya ? ''
''Pada pandangan saya, mereka meletakkan nilai pandangan yang sama pada sesuatu perkara.'' Terang ustaz lagi.
Masa tu macam terbayang salah satu tajuk dalam buku Satu Rasa Dua Hati oleh Ustaz Pahrol. Ibu bapa perlu mempunyai 'nilai pandangan' yang sama dalam sesuatu perkara. Dalam buku tu, ustaz Pahrol menamakannya sebagai 'penapis'.
Contoh situasi,
Si anak nak keluar rumah tanpa menutup aurat.
Bapa: Ni kenapa tidak tutup aurat ? Pergi tukar baju.
Ibu : Ala.. tak apa. Budak-budak lagi. Lagi pun bukan pergi mana pun, nak pergi belajar kat rumah kawan je.
Boleh menimbulkan kecelaruan minda disitu.
---
Jadi, bersediakah kita untuk menjadi ibu bapa? Dan bersediakah kita untuk 'terjun' ke dalam lautan masyarakat yang pelbagai ?
Untuk berkata itu mudah, tapi pelaksaannya perlukan mujahadah.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment