Bismillah.
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya,
“Sesungguhnya Allah berfirman yang mafhumnya, ‘Aku bersama hamba-Ku selagi mana ia mengingati-Ku dan kedua-dua bibirnya bergerak (untuk berzikir).’ ”
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Alhamdulillah masih menikmati nikmat Iman dan Islam. Dan masih diberi peluang menikmati hari ini.
Hari ini saya jadi penjaga kanak-kanak. 3 orang berusia dalam 3 hingga 5 tahun dan seorang lagi bayi 5 bulan.
Kalau tempoh hari saya terjumpa tentang buku ‘Tuesday with Morrie’, maka hari ini kanak-kanak ni mengharungi ‘Saturday with Miss A’.
Bukan mudah untuk menjaga kanak-kanak. Sangat memerlukan kesabaran yang tinggi. Mesti kanak-kanak tu pelik tengok saya yang kadangkala baik dan kadangkala tiba-tiba menjadi garang.
“Kakak ni ok ke tak sebenarnya?” Nasib soalan tu tak terkeluar dari mulut mereka kan.
Sebelum ni ada juga membaca artikel dan mendengar input berkaitan skill keibubapaan. Seperti yang dijangka, praktikalnya kadangkala membuatkan diri kalut. Ia bukanlah semudah seperti yang dibaca atau didengar.
“Min, jangan tepuk kat perut adik.” Saya terlepas cakap ayat tu. Sepatutnya kena cakap ayat yang positif dan beritahu apa yang sepatutnya dilakukan. Bukan hanya ayat larangan.
Hmm..
Banyak lagi kena belajar ni..
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment