Bismillah.
Alhamdulillah.. kaki yang melecet tu makin best pedihnya. Subhanallah.
Tak sakit pun sebenarnya, sekadar rasa pedih bila ia bergesel dengan stoking. Cara jalan macam la orang patah kaki. Wahai diri, usah la dikau terlalu mengada.
Alhamdulillah. Ada hikmahNya sakit yang terlalu kecil ini. Sekurang-kurangnya saya sedar kewujudan anggota yang bernama kaki ni. Selalu berjalan ke sana ke sini tanpa ingat yang saya ni ada kaki. Apatah lagi mengingati bahawa setiap langkah yang dibuat tu akan dinilai.. Semuanya akan ditanya kelak. Ke manakah diayunkan kakimu..
Astaghfirullahal a’zim.
Sehari sebelum kaki melecet, saya ada terhenti pada satu ayat al-Quran.
Firman Allah yang mafhumnya,
“Dan bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
(Luqman : 19)
“Dan bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
(Luqman : 19)
Masa baca tu saya terfikir yang saya selama ni duk jalan laju masa nak pergi kelas. Kadangkala tertinggal orang dibelakang.
“Tolonglah jangan terlalu energetic masa berjalan.” Tegur seorang sahabat.
“Pagi.. jalan kena laju sikit. Ni belum guna gear jalan biawak” Sambil senyum tiga selama beberapa saat.
“Petang pun sama je laju..” Kena tembak lagi. Tak sempat mengelak.
Dan hari ni.. saya lah orang paling belakang. Tarbiyyah. Allah nak didik saya supaya berjalan dalam keadaan bersederhana.
Kesimpulannya, bersederhanalah dalam semua perkara. =)
InsyaAllah. Moga Allah mengampunkan kita semua.
Wallahua’lam.
6 June 2011
Bumi Darul Iman
No comments:
Post a Comment