Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, August 11, 2010

Bukan segalanya tentang makan...




“ Hari ni tak payah makan tengahhari la. Petang nanti lepas kelas, baru makan. Ok?”, cadang si A.
“ Mana boleh.. Esok dah puasa. Hari nilah nak makan puas-puas.”, Jawab si B.
Tersenyum seketika mendengar dialog tersebut. Kakiku terus melangkah meninggalkan FST menuju ke kafe baru di asrama. Terasa lapar sebab masih belum makan apa-apa dari pagi.

“Banyaknya nasi ni kak..” Komenku melihat nasi yang membukit.
“Makan banyak sikit. Esok siang dah tak boleh makan.” Kata kakak tu sambil tertawa.
“Nampaknya akak sengaja nak membuli saya. Kekejaman sedang berlaku ni.”
Dan kakak itu masih tidak mengerti yang saya nak kurangkan kebukitan nasi itu. (perasan macam kakak tu boleh baca isi hati saya je..apakah?? )

Suasana petang semalam.. Sepertinya ramai manusia berpusu-pusu ke kedai makan. Mungkin mencari makanan. (yela...mungkin tidak untuk mencari basikal). Best juga duduk seketika di wakaf asrama IM sesambil memerhati pergerakan keluar masuk mahasiswa UMT melalui pagar belakang asrama.

Makan.. makan.. dan makan. Apakah itu yang masih berlegar di mindaku ini ? Bulan Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Puasa dalam islam bukan sekadar tidak makan dan tidak minum. Jika itu sahaja caranya,tujuan utama berpuasa tidak akan tercapai. Suruhan berpuasa merangkumi semua dimensi pembinaan individu dan juga masyarakat,pembinaan mental juga fizikal,emosi,kerohanian dan kemasyaratan. Puasa adalah merupakan aktiviti yang melibatkan aspek fizikal,mental dan spritual yang berjalan dengan serentak sekali. Ddengan kata lain, puasa adalah bersifat lahir dan batin,bukan sekadar tidak makan dan minum, malahan hati, perasaan dan pemikiran wajib kita kawal daripada pengaruh hawa nafsu. Matlamat penyucian minda dan jiwa sehingga mencapai kedudukan takwa dengan berpuasa belum tentu mampu mendatangkan natijah yang lebih mendalam jika hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Maksudnya,tidak makan dan minum adalah merupakan sebahagian daripada ciri-ciri puasa dalam Islam. Nmun Rasulullah saw mengajar kita supaya mencari manfaat yang lebih besar dalam puasa iaitu pembersihan hati dan jiwa sehingga lahir kualiti individu dan masyarakat yang cemerlang.



Semalam Ustazah Faizah ada mengingatkan tentang 6 rahsia puasa yang dipetik dari kitab Bimbingan Mukminin, Imam Ghazali.

1.Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.


2.Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.


3.Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.


4.Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”


5.Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.


6.Hatinya hendaklah bimbang di antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.


Andai ini yang terakhir...

Wallahua'lam.

No comments: