Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, July 11, 2012

Baru belaka

Bismillah.

Masuk minggu keempat berkenalan dengan tempat baru. Suasana baru. Kenalan baru. Pengalaman baru. Pelbagai rasa yang datang dan pergi. Namun, tak bisa diungkap dengan kata-kata mahu pun penulisan.

Tadi baru TERcountdown hari yang InsyaAllah bakal dilalui. Masih banyak lagi rupanya.


Yup.. perlu bersemangat. Selalu tersenyum membaca mesej dari insan Julai yang jauh nun di bumi Darul Naim. "Rajin-rajin kerja.." Bukan sekali dia hantar ayat yang best itu. 


Dan mesej dari peminat 'Sebelum Mata Terlena', "Betul kan niat.." Masih terngiang-ngiang lagi walau ia diingatkan sehari sebelum 18 Jun menjengah. 


Kata-kata semangat dari blogger tegar yang suka kirim gambar di WhatsApp juga sering membuka mata yang selalu sahaja 'layu' dengan dunia.


Dari pagi sampai ke petang, sesekali tangan gatal bermain tetikus komputer depan mata. Seksa juga menahan diri dari online walaupun komputer depan mata. Mata asyik menjeling. Tercabar juga walaupun rasanya dah baca SOLUSI yang tajuknya Ikhlas Dalam Berkerja. 
Dah janji pada diri, tak nak guna internet di situ. >.<

---

Banyak belajar tentang cara penyampaian sesuatu perkara. Kadangkala kita rasa satu perkara itu mudah tapi tidak bagi orang lain.


Minggu pertama dah jumpa orang yang kurang mahir menggunakan tetikus. Walaupun hanya ajar double-click pun diri sendiri dah menggaru kepala.


Hanya memberitahu cara menukar warna tulisan di slide pertama Power Point pun sudah membuatkan tekak terasa kering.


Begitulah juga dalam kehidupan seharian. Belum tentu apa yang kita katakan sekali lalu itu mampu difahami oleh orang lain. Selalu saja kita membayangkan 'A', tapi si penerima menerima 'a'.


Soalan tak terjangka dari salah seorang pelajar di situ, "Biasanya kalau keluar jalan-jalan dengan kawan atau keluarga, awak pakai pakaian macam masa pergi kerja juga ke ? "


"A'ah" 


"Skema je.." 

=.=''

Wallahua'lam.

Sunday, July 1, 2012

Kenangan 6:00

Tulips Stairs
Bismillah.

Masuk minggu ketiga berjauhan, dah main hantar-hantar gambar. Update perkembangan masing-masing. Tak rugi promote kat dia suruh install WhatsApp sebelum balik hari tu.

Gadis comel ni pun insan julai.

Mula berkenal rapat sebelum semester 5. Mungkin sebelum tu, tak pernah pun borak panjang dengan dia.

Beberapa minggu sebelum melangkah pergi, hadirnya antara yang banyak memberi semangat. Masa tu, Allah je tahu apa yang berlaku semuanya.

Dan jam 6 di hari-hari terakhir itu, antara waktu yang indah.

---

Dan dia yang lagi satu..

Gadis ceria yang punya buah hati si muka kotak itu juga turut menceriakan jam 6 petang di hari-hari indah.

Benci dia sebab dia membuatkan air mata ini mengalir menatap hadiah darinya.

Moga kalian sentiasa dalam redha dan jagaanNya.. Allahuma amiin.

*agak lama tidak mengupdate blog, terasa kaku. Huhu.

Wallahua'lam.    

Sunday, May 20, 2012

Usahawan

Bismillah


Batas insani: 
Jika tak memberi manfaat, jangan membahayakan; 
jika tak memperbaiki, jangan merusak; 
jika tak membangun, jangan menghancurkan.

-S.A.F-
---

Seronok 'bermain' masak-masak dengan gadis-gadis cantik lagi baik. Terharu sangat bila masing-masing saling memback-up bila ada kekurangan. Sentiasa tersenyum walaupun penat.

Penat berniaga banyak memberi erti. Gembira 3 hari 'berkampung' bersama mereka sebab banyak perkara baru yang dapat belajar.

Walaupun tak adalah untung mana, tapi Alhamdulillah dapat balik modal. Dan paling best sebab dapat memberi. Salah seorang gadis cantik tu kata, "Tak apalah.. gembira je sebab dapat tengok orang lain makan apa yang kita masak.."

Sepanjang 3 hari tu, kadang terfikir juga diri ni dah cuba sedaya tak menepati ciri-ciri usahawan muslim. Jujur tak dalam berniaga. Bancuh adunan waffle tu cukup rasa tak.. atau buat janji jadi je. Sapu jem tu nak kedekut atau bagi banyak. Masa buat adunan tu dengan hati terpaksa atau sambil berzikir dan bersemangat. 

Kadang-kadang Allah nak uji hambaNya ni bersyukur tak.

Hari pertama, jualan biasa-biasa je. Balik hati sedih.. Tapi malam tu berdoa moga esok lebih baik.

Hari kedua, jualan berganda. Masa tu rasa senyum sambil ke telinga. Tiba-tiba rasa kena 'panah'. Tersentap kejap bila tiba-tiba hati tanya.. "Eh, macam mana nak rasa bersyukur.."

Hari ketiga. Tiba-tiba menjunam. Jatuh. Rasa pagi tu memang tak ada orang datang. Tapi Alhamdulillah Allah tunaikan doa 'moga tak ada yang terbazir'. Allahu Allah.

=)

Walaupun bulan ni rasa 'baldi' semangat yang di bawa bocor tapi setiap persoalan yang terdetik dalam hati ni, Allah sentiasa jawab melalui 'perantaraan' makhlukNya.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Monday, May 14, 2012

Nilai

Bismillah

Menangis di hadapan Allah 
dan tersenyum di wajah saudara adalah paduan penyusun kejelitaan akhlaq dan rupa

=)


Kadang-kadang susah untuk terus tersenyum di hadapan saudara kan. Apatah lagi jika dibalik senyum yang terukir ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

---

3 hari meronda-ronda 'meneman' mereka menilai di setiap gerai sampai terhafal nama gerai dan jual apa.

Gerai ni kemas.

Gerai tu serabut.

Gerai ni macam kurang menarik.

Gerai tu tak ada banner.

Macam-macam komen betul. Mesti penjual dah boring tengok muka kami. Tapi kagum dengan semangat otak usahawan mereka. Kreatif.. !

Dalam menilai, banyak aspek yang dilihat. Kebersihan dah tentu. Kekemasan. Cara promosi. Dan dah tentu layanan yang best sebagai markah bonus. Penilai pun manusia biasa.

---

Jangan memandang sebelah mata sesuatu perkara yang baik itu walaupun ia nampak macam perkara kecil. Bila berdepan antara dua penilaian dalam kehidupan antara penilaian Allah dan penilaian manusia, biasanya penilaian siapakah yang lebih kita utamakan?

Ada orang boleh cakap, “Allah”. Tapi hakikatnya tidak selalu begitu. >.<

Wallahua'lam.