Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 23, 2011
Tulislah..!!

Alhamdulillah.. baru selesai membaca Nota Hati Seorang Lelaki. Menarik.. Sangat menarik perkongsian dalam buku tulisan Ustaz Pahrol Md. Juoi ini.
Baru perasan, tersangat la lama saya nak menghabiskan baca buku ni. Tercatat dihelaian terakhir, 15 Oktober 2010. Dan hari ni, 23 Januari 2011.
Beli je 15 Oktober, tapi mula membacanya entah berapa hari bulan. Sebab masa tu tengah baca Nota Fikir untuk Zikir, hadiah dari seorang sahabat saya.
Lambat.. Bukan apa, saya suka bawa buku ini masa pergi makan petang. Boleh la baca sementara tunggu makanan sampai. Satu hari satu topik je baca. Tersangat la kejam bagi yang menunggu giliran nak pinjam buku ni..
“Cepat la.. nak pinjam.” Ujar seorang sahabat sekelas saya.
“Sabar.. tak habis lagi.”
“Aduh.. ni membaca ke mengeja..”, perli sahabat saya itu.
“A’ah.. mengeja sambil kira berapa banyak perkataan ada dalam buku tu”. Tergelak dia mendengar lawak yang tak berapa kelakar itu..
So ?
Dan hari ni sebenarnya saya nak kongsi satu ayat dari buku ni.. Punyalah lama baca kan, tapi satu ayat je nak kongsi..
“Tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. ”
Dari hati ke hati . Barulah pembaca akan terkesan. InsyaAllah..
Wallahua’lam.
# Baru perasan gak, sepertinya hobi saya suka membeli buku bukan membaca buku.. Oh.. tidak..!! Sila-sila la berubah ye...
# Suka membaca pun tapi kalau tak amalkan, macam tak guna gak.. Jadi, baca-bacalah dan selamat beramal
Thursday, January 20, 2011
Fanzuru
Mata ini..telah melihat pelbagai ragam dunia..
Mata kasar ini..
Banyak menilai hanya pada muka..
Tidak pada dasar..
Mata bulat ini..
Sukar benar mahu berbaik sangka..
Ada sahaja yang salah, tidak kena..
Maka aku kini..
bersaksi dengan mata..
Wahai mata..
Kamu tidak boleh melihat sendiri..
Kamu perlu melihat dengan HATI!
Dan itulah yang mereka kata..
melihat dengan..
MATA HATI!
Maka lihatlah..
Lihatlah dengan mata hati..
Agar dapat kita..
memahami..
erti hidup sebenarnya...
Sunday, January 16, 2011
Mendekat ke Makin Menjauh..?

“Eh, kenapa awak tak pakai tudung. Awak tahu tak berdosa tak pakai tudung ni. Nanti dihumban ke neraka..” Katanya ketika menegur beberapa orang pelajar perempuan yang sedang duduk bersembang.
Tersentap saya yang mendengarnya. Bukan kerana salah content yang disampaikan Cuma bagi saya cara pendekatan yang digunakan agak kurang sesuai.
“Saya bercakap soal isi, soal content, awak bercakap soal pendekatan, soal container, begitu ? Sejak bila pula soal pendekatan lebih penting daripada soal isi ?”
“Sejak kita tahu betapa pentingnya cara menyuap nasi yang tepat ke dalam mulut. Nasi memang penting, tetapi kalau cara menyuapnya tak tepat.. macam mana? Agak-agak nasi itu masuk tak ke mulut ? Silap-silap melencong ke hidung awak ”
Gunalah pendekatan yang tepat
Al-Quran mengajar begitu. Allah memperkenalkan diriNya mengikut cara yang sistematik dan berkesan.
Cara pertama, menerusi Al-Quran, Allah tidak perkenalkan namaNya dulu. Allah terlebih dahulu mengajak manusia berfikir siapa yang menjadikan alam ini. Siapa yang menjadikan matahari, mengatur planet, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ? Ayat Al-Quran tentang itu diturunkan dulu. Dia Tuhan yang mengajar, Dia Tuhan yang menjadikan, menumbuhkan , mengatur dan sebagainya. Semua Dia, Dia, Dia… Kemudian, barulah surah al-Ikhlas, ‘Katakan Dialah Allah Tuhan yang Esa’.
Mengapa ?
Supaya kita merasai kebesaran dan kehebatanNya sebagai bukti kewujudanNya. Dalam sastera, kita diajar tak cukup sekadar mengatakan ‘rumah itu indah’ tetapi perlu diperkukuhkan gambaran keindahan itu dengan lebih terperinci agar kita terasa. Misalnya, tiangnya yang berukir, atapnya yang disusun seakan berombak-ombak, tangganya, pintunya, tiangnya… dan sebagainya.
Jadi, Tauhid perlu diajar bersama Sains.
Cara kedua, Allah memperkenalkan sifat-sifatNya yang lembut, baik, pemurah, penyayang dahulu sebelum memperkenalkan sifatNya yang Maha Membalas, punya seksa yang maha pedih dan sebagainya.
Mengapa ?
Sebab Allah nak menimbulkan rasa dekat, rasa cinta dan rasa sayang para hamba terhadap diriNya. Dengan rasa cinta dan sayang itu barulah hambaNya merapatkan diri. Datanglah pengabdiaan dengan rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkanNya sifat-sifat yang menggerunkan seperti Dia memiliki seksa yang amat pedih, Maha Pengancam dan sebagaiNya. Rasa cinta dulu baru rasa takut.
Wallahua’lam
