Diceritakan daripada Simak : Suatu hati Nu’man bin Basyir menyampaikan khutbah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hambaNYA tatkala dia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya. Sedangkan diatas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman bekalannya.
“ Dia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu. Lalu, dia duduk berteduh di bawah pohon sambil berbaring, kerana dia benar-benar putus asa untuk bertemu kembali haiwan itu. Kemudian dia tertidur. Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menemuinya lagi. Dia berjalan lagi, namun gagal menemuinya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, tetapi masih gagal.
“ Namun sahaja apabila dia sampai kembali ke tempat tertidur sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangnya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian dia segera memegang tali tambatannya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya dipadang pasir.” (Riwayat Bukhari, no. 6308)
Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Thursday, March 4, 2010
Saturday, February 6, 2010
SUSAH NAK DAPAT DOA ORANG…
Ye.. susah kan nak dapatkan doa orang. Mungkin ada sahabat akan minta kat kita,
“doakan aku yer…”. Biasa jawapan yang akan diterima “InsyaAllah…”. Adakah kita teringat nak doakan sahabat kita tadi.. Hmm.. mungkin ada yang teringat.. dan mungkin ada yang kelupaan. Kalau minta doa dari mak dan ayah, InsyaAllah akan didoakan..
Tetiba cam nak cite satu cerita ni..
Satu malam tu, kami ada test. Lecturer dah ingatkan kena bawa kertas sendiri tuk kertas jawapan. Tapi ada gak kawan2 sekelas yang terlupa nak bawa. So, masing2 akan minta la kat org yang bawa kertas lebih. Sorg sahabat ni, dia mmg bawa kertas lebih.. Jadi ramai la yang minta kat dia. Kertas dia yang banyak tadi pun jadi la nipis.. Tetiba ada yang bersuara, “ Kalau akak jual tadi mesti untung..”. Yang si sahabat ni, hanya tersenyum. Tetiba aku dengan tak malunya bersuara (ceh..konon2 jadi wakil si sahabat td..) “ Tak pe, tak payah bayar..tapi korang kena doakan akak ni dipermudahkan jawab test jap lagi,
ok? ” Maka, yang lain pun bersetuju. Sahabat tadi hanya tersenyum. “Harga kertas tu tak de nilainya kalau nak dibandingkan dengan doa”…
Tapi..pe2 pun marilah kita sama2 doakan untuk insan2 lain gak.. Jangan kedekut doa. Mungkin dengan kemurahan itu, ada insan lain yang turut mendoakan anda…

Sunday, January 24, 2010
HARAPAN / HARAPAN IHSAN
Sehari-hari melintasi jalan
Sehari-hari melihatkan teman
Tak ada yang peduli kesusahan
Tiada yang pedulikan keimanan
Mengenang mereka yang telah pergi
Menenangkan diri yang amat sepi
Berlinangan air mata jatuh ke pipi
Bertandang bermohon pada Ilahi
Moga hidayah kan tiba
Moga dibukakan mata
Merasakan kehibaan
Hilangkan kedukaan
Demi masa yang ditunggu kita bersatu
Berkongsi harapan seperti yang dijanjikan
Kau dan aku beriringan selamatkan keimanan
Bukti insan dan cintanya pada Tuhan
(Devotees feat. Bro Salleh Brothers)
Lagu/lirik/susunan muzik: Dak mie (Bro. Azmi Barongan
ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu
Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu
Saturday, January 23, 2010
Marah...???

Manusia diciptakan oleh Allah dengan memiliki berbagai-bagai bentuk emosi. Marah salah satunye.. anda pernah marah ??
Marah ni ada baik ada buruknya.. Imam al-Ghazali ada menyatakan, perasaan marah laksana ubat yang berguna tetapi haruslah digunakan secara berhemah agar berperanan mengubati penyakit yang dideritai... kiranya mcm dadah la jugak.. elok2 leh jadi ubat, tetiba leh membinasakan klu teramik lebih.
Bahaya..bahaya..
Menurut Imam Ghazali lg, marah itu sebenarnya cebisan nyalaan api yang bersumberkan daripada api neraka yang menyala-nyala dan sampai naik ke hulu hati. Ia ibarat bara api yang bersemadi dalam lubuk hati insan, ibarat sekam bara api di dalam batu..
Cuba anda lihat orang yang sedang marah...cmne wajahnya ketika itu.. Tengok perubahan fizikal pn dh lain macam kn. Agak-agak mcm mana keadaan kat dalam..kt hati dia.. So, agak2 mcm mn pula muka kita time marah..?? Mesti hodoh kn..
Mana la kte perasan sbb bkn kte dpt tgk muka kte sendiri..
Ayuh la kte mengawal emosi. Jangan marah-marah. Senyum selalu.. Ceria selalu. Nikmatilah hidup anda dgn sebaiknya... bkn ditemani rasa marah...
Subscribe to:
Posts (Atom)