Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, May 20, 2012

Usahawan

Bismillah


Batas insani: 
Jika tak memberi manfaat, jangan membahayakan; 
jika tak memperbaiki, jangan merusak; 
jika tak membangun, jangan menghancurkan.

-S.A.F-
---

Seronok 'bermain' masak-masak dengan gadis-gadis cantik lagi baik. Terharu sangat bila masing-masing saling memback-up bila ada kekurangan. Sentiasa tersenyum walaupun penat.

Penat berniaga banyak memberi erti. Gembira 3 hari 'berkampung' bersama mereka sebab banyak perkara baru yang dapat belajar.

Walaupun tak adalah untung mana, tapi Alhamdulillah dapat balik modal. Dan paling best sebab dapat memberi. Salah seorang gadis cantik tu kata, "Tak apalah.. gembira je sebab dapat tengok orang lain makan apa yang kita masak.."

Sepanjang 3 hari tu, kadang terfikir juga diri ni dah cuba sedaya tak menepati ciri-ciri usahawan muslim. Jujur tak dalam berniaga. Bancuh adunan waffle tu cukup rasa tak.. atau buat janji jadi je. Sapu jem tu nak kedekut atau bagi banyak. Masa buat adunan tu dengan hati terpaksa atau sambil berzikir dan bersemangat. 

Kadang-kadang Allah nak uji hambaNya ni bersyukur tak.

Hari pertama, jualan biasa-biasa je. Balik hati sedih.. Tapi malam tu berdoa moga esok lebih baik.

Hari kedua, jualan berganda. Masa tu rasa senyum sambil ke telinga. Tiba-tiba rasa kena 'panah'. Tersentap kejap bila tiba-tiba hati tanya.. "Eh, macam mana nak rasa bersyukur.."

Hari ketiga. Tiba-tiba menjunam. Jatuh. Rasa pagi tu memang tak ada orang datang. Tapi Alhamdulillah Allah tunaikan doa 'moga tak ada yang terbazir'. Allahu Allah.

=)

Walaupun bulan ni rasa 'baldi' semangat yang di bawa bocor tapi setiap persoalan yang terdetik dalam hati ni, Allah sentiasa jawab melalui 'perantaraan' makhlukNya.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Monday, May 14, 2012

Nilai

Bismillah

Menangis di hadapan Allah 
dan tersenyum di wajah saudara adalah paduan penyusun kejelitaan akhlaq dan rupa

=)


Kadang-kadang susah untuk terus tersenyum di hadapan saudara kan. Apatah lagi jika dibalik senyum yang terukir ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

---

3 hari meronda-ronda 'meneman' mereka menilai di setiap gerai sampai terhafal nama gerai dan jual apa.

Gerai ni kemas.

Gerai tu serabut.

Gerai ni macam kurang menarik.

Gerai tu tak ada banner.

Macam-macam komen betul. Mesti penjual dah boring tengok muka kami. Tapi kagum dengan semangat otak usahawan mereka. Kreatif.. !

Dalam menilai, banyak aspek yang dilihat. Kebersihan dah tentu. Kekemasan. Cara promosi. Dan dah tentu layanan yang best sebagai markah bonus. Penilai pun manusia biasa.

---

Jangan memandang sebelah mata sesuatu perkara yang baik itu walaupun ia nampak macam perkara kecil. Bila berdepan antara dua penilaian dalam kehidupan antara penilaian Allah dan penilaian manusia, biasanya penilaian siapakah yang lebih kita utamakan?

Ada orang boleh cakap, “Allah”. Tapi hakikatnya tidak selalu begitu. >.<

Wallahua'lam.

Friday, May 11, 2012

Adakah kita ?


Charger

Bismillah

Kadang kita lupa; 
hidup di dunia ini bukan hanya untuk bersaudara. 
Tapi juga untuk bermusuhan. 
Dengan syaitan;
yang nista & mengajak nista.
Itu juga kerana kadang kita lupa; 
bahwa perasaan yang harus tersandar kerana Allah dalam sempurnanya iman bukan cuma cinta; 
tapi juga benci.



Banyak kali ditegur hari ini tentang perubahan riak muka dan banyak termenung.

Sejak semalam rasa berdebar-debar.

"Nak 'charger'... "

---

Dia muncul tiba-tiba, lalu tersenyum..

Serius rindu nak tengok wajah dan senyumannya. Agak lama tak bersua muka. Alhamdulillah Allah bagi peluang dapat melepaskan rindu. 

Alhamdulillah... 

Allah hantar 'charger'.

=)

Dan sebelum malam menjelma, Allah gerakkan hati seseorang untuk berbicara. Duduk menatap wajahnya dan mendengar tiap butir kata.

Satu demi satu mendapat jawapan dariNya.

"Yakinlah pada Allah.. Apa-apa pun berlaku, kembali pada Allah."

'Charger' kedua.

Allahu Allah.

Wallahua'lam.

Tuesday, May 8, 2012

BESAR Hati

Bismillah

JANGAN BERKECIL HATI, adalah ungkapan yang sentiasa terngiang di telinga saya sejak hari itu. Setiap kali saya teringat kepada pesanan Abang Mohd Nor, saya bagai terbau aroma daun pokok pain yang memenuhi nostalgia pesanan Abang Mohd Nor petang itu, di tepi tasik Glendalough.

Pohon pain yang mendongak ke langit Ilahi, meredupi kelopak-kelopak Shamrock di bumi Irish yang penuh dengan seribu satu kenangan.

Selepas saya tiba di Malaysia, setiap hari menjadi bukti kepada saya betapa tepatnya nasihat Abang Mohd Nor itu kepada saya.

---

Ya, manusia memang pelbagai ragam.

Jika kita suka mengharap agar kebaikan kita dihargai dan disebut-sebut, saya kira kita tersilap planet. Hal itu perlu difikirkan semasak-masaknya oleh kita semua. Hanya dengan itu sahaja unsung hero yang ramai di tempat kerja, tidak berputus asa untuk terus melakukan kebaikan, biarkan tiada siapa yang peduli apatah lagi mahu menghargainya.

Kerana itu, pegang sahaja slogan GOD IS MY CEO. Buat kerja, biar jadi ibadah, itu sahaja justifikasinya.

Benar sekali, setelah begitu banyak kebaikan yang Allah curahkan kepada manusia, sedikit sahaja yang mahu berterima kasih kepada-Nya. Maka bagaimana pula kita, hamba Allah yang kerdil ini, boleh tidak lena malam hanya kerana jasanya tidak dikenang seseorang. 

JANGAN BERKECIL HATI. Kita kan hamba..!
*Petikan buku Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-MU.

---

Alhamdulillah, Di Hamparan Shamrock, Ku Seru Nama-Mu sudah berada di tangan. 

Betul la... buku tu membawa 'semangat dari sana'. Semalam selak-selak dan terbaca bahagian penutup; Di mana sahaja kaki ini berdiri.

Berkobar-kobar nak baca tapi tak sesuai sangat nak baca sekarang. Kena tunggu.. belajar sabar...

Teringat 'Rindu Bau Pohon Tin' dan 'Secangkir Teh Pengubat Letih'. 'Pengembaraan' yang cukup bermakna dan membuat hati semakin melonjak-lonjak ingin menjejakkan kaki ke bumi Jordan dan Turki. 

Wallahua'lam.

Wednesday, May 2, 2012

Bekalan

Bismillah

Sedang yang diwaspadai dalam persahabatan dengan orang mulia adalah; 
merasa sama; 
sedangkan selama ini kita hanya pemantul cahaya mereka.

---



Allah bagi peluang jejakkan kaki kat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tak pernah terfikir untuk sampai sini. Selalu dalam minda nak jejakkan kaki ke tempat-tempat lain yang mungkin lagi best pada pemikiran sendiri.

Berpeluang 'berborak-borak' macam-macam dengan Ustaz. 

" Lepas ni, awak fikirlah macam mana nak banyakkan wakaf untuk bekalan kat 'sana'. Nanti kita mati semua kita tinggalkan kecuali amal jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan. Janganlah kedekut untuk memberi." 

Masing-masing melangkah balik dengan riang sebab dapat ilmu-ilmu baru dan nasihat yang membakar semangat.




Coklat. Kiwi. Teh O Ais.

Walaupun Teh O Ais nampaknya 'merendah diri' tapi tak semestinya dia paling tidak sedap. Semua sedap dan masing-masing punya kelebihan sendiri. 

Lepas beberapa sedut Kiwi, mungkin tangan akan cepat-cepat mengambil Teh O Ais sebab nak menghilangkan manis yang terlampau.

Mungkin.

=)
Mr Danbo dah dapat teman baru, si JAD. Cemburu je tengok mereka.

Minggu ni, minggu kesedihan. Bakal ditinggalkan oleh si dia.

Sebenarnya tak mampu nak tengok wajah dia lama-lama. Dan tak mampu nak bertekad untuk jumpa dia sebelum dia melangkah pergi.

Tadi.. hanya memerhati dari jauh. Nampak dia dengan teman baiknya.

Diam je walaupun rasa nak menangis. Belajar tabahkan hati sebab lepas ni lagi ramai yang bakal menjarakkan diri.

:'(

Hati masih lagi cedera terkena tembakan peluru berpandu dari mulut seseorang. Khas Allah tujukan buat diri yang lemah ini agar lebih mengingatiNya dalam setiap tindakan.

Wallahua'lam.