Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, February 22, 2011

Saya bukan budak 1 tahun

~saya bukan menangis, tapi habuk masuk mata ~

PANDANGAN HIDUP SEORANG BUDAK BERUMUR 1 TAHUN

· Jika saya nak sesuatu, maka ia milik saya

· Jika saya beri sesuatu pada kamu dan berubah fikiran kemudian, maka ia tetap milik saya

· Jika saya memiliki sesuatu seketika dahulu, maka ia milik saya

· Jika sesuatu itu milik saya, ia tak akan jadi milik orang lain, walau apa pun terjadi

· Jika kita membina sesuatu bersama-sama, setiap kepingan itu adalah milik saya

· Jika ia kelihatan seperti kepunyaan saya, maka ia milik saya

Dan saya bukan lagi budak umur 1 tahun yang perlu berperangai macam tu.....

Friday, February 18, 2011

Buaya lalu

Alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati saat ini. Syukur masih lagi menikmati nikmat Iman dan Islam. Sejauh manakah kita mensyukuri segala-galanya.

Agak lama rasanya tak mencoretkan sesuatu kat sini sehingga ternampak kelibat Encik Buaya si Lintang (Film Laskar Pelangi) melintas depan blog tadi dan sempat snap satu gambar .Sibuk atau penyibuk ? Ketandusan idea untuk menulis mungkin. Kekangan masa… banyak betul alasan yang akan tersenarai nanti. Tahu ayat, “Jangan banyak beri alasan. Hidup biar betul-betul hidup, jangan hanya jadi hidup-hidupan”, tapi kenapa masih mencari alasan kan.

Jauh disudut hati memang nak luahkan banyak perkara disini. Seperti selalu..

… tapi Dia lebih mengerti kenapa…

Bulan ni banyak perkara yang mengejutkan berlaku. Pakej hadiah dari Allah. Mungkin ingin menguji di mana tahap tindak balas hambaNya ini. AturanNya, siapa yang tahu. Manusia merancang dan diberi peluang untuk memilih.

Firman Allah yang mafhumnya,

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

(Al-Balad : 10)

Namun, apa-apa yang berlaku… ingatlah pilihanNya adalah yang terbaik untuk hambaNya.

“Manusia…. Hidup biar ada pilihan.” Tegas sahabat saya mengingatkan.

Mata masih terkebil-kebil. Otak ligat berfikir menghadamkan ‘hidangan’. Pilihan… Pilihan… Pilihan….

Ya.. terlalu banyak pilihan didepan kita. Namun disebabkan kerabunan ilmu membuatkan pilihan yang ada tampak kabur.

p/s:

1. Cik Nur Atisha, sila belajar menghargai orang lain.

2. Terima kasih pada insan yang bagi hadiah mengejutkan. Hadiah itu masih buatkan saya tersenyum sampai hari ini… ^^

Wallahua’lam.

Wednesday, February 9, 2011

..........


Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Sunday, February 6, 2011

Di puncak tapi rasa rendah

Panggilan jihad.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dijalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya disisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan.”

(9:20)

“Ayuh, panggilan jihad di medan dapur memanggil…”, ujar seorang sahabat dari dapur. Ku tersenyum sambil melangkah menuju ke dapur. Bukan geli hati mendengar ayat itu. Tapi menggelakkan diri kerana ku masih lemah lagi untuk bertempur di medan itu.

“Jangan pandang rendah medan ni.. Penting tau. Para mujahid perlukan tenaga untuk terus berjuang.” Tambah seorang lagi sahabatku.

“Iye.. kena mantopkan diri ni. Kata nak jadi isteri dan ibu kepada para mujahid. Tangan yang menghayun buaian mampu menggocang dapur.. hehe.”

Saat disuruh merasa makanan tiba-tiba teringat peristiwa di rumah tempoh hari. Ketika mak minta ku merasa makanan yang sedang dimasak itu sudah cukup rasanya atau belum.

“Ok dah kot” Jawab ku bersahaja.

“Kot ? Cuba yakin sikit.” Pedas adikku menembak. Tak perasan dia baru menjengah ke dapur tadi.

“Yela.. Garam lagi sikit..” Muka merah menahan malu. Tembakan tepat terkena batang hidung sendiri. Masalah kurang yakin dengan diri sendiri.

Bila agaknya nak mengasah bakat didapur ?

Kat asrama tak boleh masak, makanan beli je. Lapar je order kat kedai.

Ahh.. alasan lagi.

Apa-apa pun, ku sangat gembira bertemu sahabat-sahabat. Lama tak ketemu mereka.

Peka kan hatimu

“Hati yang beriman sangat peka dengan segala unsur rabbani disekelilingnya. Sentiasalah suburkan iltizam.” Ringkas pesan Abi tapi sangat mendalam.

Masing-masing khusyuk mendengar. Suasana disekeliling yang tenang mendamai kalbu. Kicauan burung berzikir memuji kebesaranNya. Subhanallah.. Maha suci Allah, Tuhan yang menjadikan.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun”

( 17: 44)

Kerdilnya diri. Selalu alpa dalam menunaikan hak-hakNya.

Kepenatan tadi masih bersisa. Kaki masih lagi menggigil kelenguhan. Sepertinya segala tenaga yang dikumpul semalam hilang tatkala kaki menjejak di puncak kaki bukit pagi tadi.

Penat. Hati masih mengeluh.

Tersentak seketika bila mendengar pesan abi sebelum berangkat pulang. “Hati yang beriman sangat peka dengan segala unsur rabbani disekelilingnya.” Ayat itu berulang-ulang ditayang di benak fikiran.

Kesal.

Baru ku sedar, ku gagal meneliti dan menghayati ayat-ayat manzurah sepanjang berada di situ. Maknanya, hatiku masih belum peka.

Fikiran diterjah firman Allah yang mafhumnya,

“Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada”

(22: 46)

Allah..Allah…Allah…

Dalam perjalanan balik, lagu Adab dan Sopan dendangan Rabbani membuatku berfikir jauh.

“Sabarlah Jika Dibenci

Jangan Berdendam Di Hati

Terhadapnya Kita Hormati

Moga Hidup Saling Diberkati”

Ustaz yang memandu asyik mengulang ayat itu. Cuba ku selami ayat itu. Mata masih lagi memandang diluar tingkap, memerhati keindahan alam ciptaanNya.

Diriku masih terlalu jauh dariNya.. ~

Saturday, February 5, 2011

Adab dan Sopan

Ingatlah Pesan Junjungan
Amalkan Adab Dan Sopan
Pada Ibu Guru dan Kawan
Moga Hidup Tenang Dan Aman

Buat Baik Berpada Pada
Tabiat Buruk Dijauhkan
Akhlak Baik Semua Suka
Sampai Mati Dalam Ingatan

Sabarlah Jika Dibenci
Jangan Berdendam Di Hati
Terhadapnya Kita Hormati
Moga Hidup Saling Diberkati

Janganlah Berdusta
Dan Berkata Nista
Bersabar Sahaja
Jika Kita Dicerca

Janganlah Menghina
Menuduh Menfitnah
Serahkan Kepada Allah
Jika Kita Ditohmah