Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 23, 2011
Tulislah..!!
Alhamdulillah.. baru selesai membaca Nota Hati Seorang Lelaki. Menarik.. Sangat menarik perkongsian dalam buku tulisan Ustaz Pahrol Md. Juoi ini.
Baru perasan, tersangat la lama saya nak menghabiskan baca buku ni. Tercatat dihelaian terakhir, 15 Oktober 2010. Dan hari ni, 23 Januari 2011.
Beli je 15 Oktober, tapi mula membacanya entah berapa hari bulan. Sebab masa tu tengah baca Nota Fikir untuk Zikir, hadiah dari seorang sahabat saya.
Lambat.. Bukan apa, saya suka bawa buku ini masa pergi makan petang. Boleh la baca sementara tunggu makanan sampai. Satu hari satu topik je baca. Tersangat la kejam bagi yang menunggu giliran nak pinjam buku ni..
“Cepat la.. nak pinjam.” Ujar seorang sahabat sekelas saya.
“Sabar.. tak habis lagi.”
“Aduh.. ni membaca ke mengeja..”, perli sahabat saya itu.
“A’ah.. mengeja sambil kira berapa banyak perkataan ada dalam buku tu”. Tergelak dia mendengar lawak yang tak berapa kelakar itu..
So ?
Dan hari ni sebenarnya saya nak kongsi satu ayat dari buku ni.. Punyalah lama baca kan, tapi satu ayat je nak kongsi..
“Tulislah sesuatu yang memang kita yakini, alami dan rasakan. ”
Dari hati ke hati . Barulah pembaca akan terkesan. InsyaAllah..
Wallahua’lam.
# Baru perasan gak, sepertinya hobi saya suka membeli buku bukan membaca buku.. Oh.. tidak..!! Sila-sila la berubah ye...
# Suka membaca pun tapi kalau tak amalkan, macam tak guna gak.. Jadi, baca-bacalah dan selamat beramal
Thursday, January 20, 2011
Fanzuru
telah melihat pelbagai ragam dunia..
Mata kasar ini..
Banyak menilai hanya pada muka..
Tidak pada dasar..
Mata bulat ini..
Sukar benar mahu berbaik sangka..
Ada sahaja yang salah, tidak kena..
Maka aku kini..
bersaksi dengan mata..
Wahai mata..
Kamu tidak boleh melihat sendiri..
Kamu perlu melihat dengan HATI!
Dan itulah yang mereka kata..
melihat dengan..
MATA HATI!
Maka lihatlah..
Lihatlah dengan mata hati..
Agar dapat kita..
memahami..
erti hidup sebenarnya...
Sunday, January 16, 2011
Mendekat ke Makin Menjauh..?
“Eh, kenapa awak tak pakai tudung. Awak tahu tak berdosa tak pakai tudung ni. Nanti dihumban ke neraka..” Katanya ketika menegur beberapa orang pelajar perempuan yang sedang duduk bersembang.
Tersentap saya yang mendengarnya. Bukan kerana salah content yang disampaikan Cuma bagi saya cara pendekatan yang digunakan agak kurang sesuai.
“Saya bercakap soal isi, soal content, awak bercakap soal pendekatan, soal container, begitu ? Sejak bila pula soal pendekatan lebih penting daripada soal isi ?”
“Sejak kita tahu betapa pentingnya cara menyuap nasi yang tepat ke dalam mulut. Nasi memang penting, tetapi kalau cara menyuapnya tak tepat.. macam mana? Agak-agak nasi itu masuk tak ke mulut ? Silap-silap melencong ke hidung awak ”
Gunalah pendekatan yang tepat
Al-Quran mengajar begitu. Allah memperkenalkan diriNya mengikut cara yang sistematik dan berkesan.
Cara pertama, menerusi Al-Quran, Allah tidak perkenalkan namaNya dulu. Allah terlebih dahulu mengajak manusia berfikir siapa yang menjadikan alam ini. Siapa yang menjadikan matahari, mengatur planet, yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan ? Ayat Al-Quran tentang itu diturunkan dulu. Dia Tuhan yang mengajar, Dia Tuhan yang menjadikan, menumbuhkan , mengatur dan sebagainya. Semua Dia, Dia, Dia… Kemudian, barulah surah al-Ikhlas, ‘Katakan Dialah Allah Tuhan yang Esa’.
Mengapa ?
Supaya kita merasai kebesaran dan kehebatanNya sebagai bukti kewujudanNya. Dalam sastera, kita diajar tak cukup sekadar mengatakan ‘rumah itu indah’ tetapi perlu diperkukuhkan gambaran keindahan itu dengan lebih terperinci agar kita terasa. Misalnya, tiangnya yang berukir, atapnya yang disusun seakan berombak-ombak, tangganya, pintunya, tiangnya… dan sebagainya.
Jadi, Tauhid perlu diajar bersama Sains.
Cara kedua, Allah memperkenalkan sifat-sifatNya yang lembut, baik, pemurah, penyayang dahulu sebelum memperkenalkan sifatNya yang Maha Membalas, punya seksa yang maha pedih dan sebagainya.
Mengapa ?
Sebab Allah nak menimbulkan rasa dekat, rasa cinta dan rasa sayang para hamba terhadap diriNya. Dengan rasa cinta dan sayang itu barulah hambaNya merapatkan diri. Datanglah pengabdiaan dengan rasa cinta. Selepas itu barulah diperkenalkanNya sifat-sifat yang menggerunkan seperti Dia memiliki seksa yang amat pedih, Maha Pengancam dan sebagaiNya. Rasa cinta dulu baru rasa takut.
Wallahua’lam
Saturday, January 15, 2011
Thursday, January 13, 2011
Tak bisa berulang
Semalam, setelah habis kelas jam 10 malam, terus masuk meeting. Semester ini ada beberapa kelas pada waktu malam.
Beberapa hari ini agak kelam kabut dengan beberapa perkara. Syukur.. Alhamdulillah dipermudahkan.
“Dai’e tak ada masa untuk berpangku tangan”, kata seorang sahabat mengingatkan ketika kami sedang berbicara berdua semalam.
“Di fikirannya sentiasa berfikir dan berfikir tentang permasalahan ummah.” Tambah dia lagi. Saya semakin memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan.
“Kadang kala kita tak perasan yang kita ni perasan hebat sampai memandang rendah pada insan lain.”
“Jadi nak pandang macam mana ?” Tanya saya agar dia meneruskan bicara.
“Janganlah anggap insan lain yang kurang faham itu musuh, sebaliknya mereka adalah mad’u kita. Ingat tu, tanggungjawab kita. Dan tanggungjawab itu tidak akan terlaksana hanya dengan memandang tapi perlunya tindakan.”
“Bertindak pun perlulah berterusan dan bukan bermusim. Manusia juga cepat bosan bila kita asyik berbicara perkara yang sama. Jadi, perlulah divariasikan cara penyampaian. Cara penyampaian banyak dan tidak terhad hanya pada kata-kata. Kenalah fikir macam mana…”
Demi Masa
Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.” Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu’jam Maqayis al-Lughah.
Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu’siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba’ ayat 14 yang mafhumnya,
“Dan Kami menurunkan dari awan (mu'siraat) , air hujan yang mencurah-curah.”
Awan ialah mu’siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-’asr di mana awan akan ‘diperah‘ bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu ‘memerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.
Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong. Amal perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu beramal dengan sebenarnya. InsyaAllah.
Jom check balik kualiti masa kita. Masa yang telah berlalu tidak akan bisa diulang kembali... Manfaatkan masa = manfaatkan umur.
Wallahua'lam
Tuesday, January 11, 2011
Teman bicara
Kadang lelah itu menyapa. Membuatkan saya terdiam. Berfikir sejenak ke mana harus saya lemparkan jauh-jauh perasaan itu. Manusia mahu dia didengari.
Ya.. Saya tahu itu. Namun sejauh mana saya menjadi seorang pendengar ?
Namun, bila saya mendengar, seakan hati bertanya kembali. Mendengar hanya dengan telinga atau dengan mata hati ?
Fokus saya mendengar hilang lagi dipagut pelbagai soalan. Mendengar kerana kasihkan dia atau kasihan…?
Sukar untuk ditafsirkan segalanya…. Kadangnya ada satu perasaan hadir yang membuatkan saya bertahan untuk terus mendengar.
“Allah akan menguji kita melalui orang yang kita sayang ”. Dan bait kata-kata itu sering membuatkan ku berfikir dan terus berfikir.
Saya perhatikan dia. Jauh dari pandangan mata kasar, dia sedang bertarung dengan diri sendiri. Allah masih beri dia kekuatan untuk terus menghadapi segalanya. Cekal. Walau kadangnya dia kelihatan begitu lelah dengan dugaan yang datang tanpa henti. Subhanallah..
Moga-moga segala yang dilalui tidak pernah mematahkan semangatnya. Allah sedang menguji kita sahabat. Namun sedarlah…. Allah sentiasa bersama kita..
Sunday, January 9, 2011
Cerita Kita
Saturday, January 8, 2011
Menuju wawasan
Thursday, January 6, 2011
Nota Untukku
Sunday, January 2, 2011
Jari..
"
Renung dalam-dalam. Kewajipan solat
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan.....
Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.
Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil.
Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".
Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.
Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.
Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah anda??
Nah...naik kepada jari ketiga.
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.
Zaman remaja ditinggalkan.
Alam dewasa kian menjengah.
Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh.
Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan.
Jari Anda
Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk.
Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat.
Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini.
Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.
Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari.
Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar.
Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhir kalam,
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???""
Wallahualam.
Saturday, January 1, 2011
Selak diari 2010..
Januari
9: Larian Hijrah. Pertama kali bersama-sama menjayakan program di UMT. Agak memeningkan sebab masa tu kena jaga bahagian pendaftaran. Bergelumang dengan nama-nama orang.
18: Berkesempatan turut serta Konsert Amal Nazrey Johani Tour De Tahfiz di UniSZA. Sebelum tu, kat UMT tolong jual tiket. Jumpa orang je promote.. jumpa orang je promote..
Februari
12 : Jumpa sahabat-sahabat matrik. Rindu sangat kat kalian. Terkenangkan masa yang telah berlalu ketika di matrik dulu. Banyak yang kita telah lalui bersama.
Mac
18 : Arwah Pak Ndak meninggalkan kami secara mengejut. Masa tu, tak dapat balik Muar. Setiap yang hidup pasti merasai mati.
April
3 : Sekali lagi dikejutkan dengan pemergian bapa saudara. Arwah Pak Long menyusul. Dan sekali lagi tidak dapat pulang ke Muar. Masa tu ada final exam.
June
Banyak walimah masa ni. Maklumlah cuti sekolah.
Ustz Wan & K.Aina
A.Fiti & K.Aisyah
Jumpa sahabat-sahabat masa sekolah rendah dulu. Lama tak jumpa. Masing-masing dah banyak perubahan.
Julai
Sibuk dengan Pesta Konvo dan Minggu Mahasiswa.
Berkenalan dengan sahabat baru yang simple dan sederhana saja orangnya, tapi membuatkan ku selalu ingin berjumpa dengannya.
Ulangtahun kelahiran. Terima kasih sahabat-sahabat yang ku kasihi InsyaAllah kernaNya. Moga Allah saja yang membalas segalanya dengan sebaik-baik balasan. Terasa seperti ada keluarga di sini. Yang lembut tak semestinya lemah. Yang gagah tak semestinya kuat. Apa-apa pun yang berlaku, jangan pernah putus asa dengan rahmatNya.
Tiba-tiba sumone sudi nak pergi pantai denganku. Meleraikan kekusutan dijiwa. Masa ni tengah dilema nak pilih A or B. Akhirnya, tertamak pilih dua-dua..Huhu.. Hadapilah sem ni dengan pelbagai dugaan.
Ogos
10 : Konvensyen MPP IPTA 2010 kat Kajang. Kutip banyak pengalaman baru. Berpeluang tengok siaran langsung AQ..
Ramadhan di Terengganu. Banyak yang perlu dihadapi masa ni. Allah..Allah..Allah.. Ku rindu Ramadhan. Masihkah berpeluang untukku ketemu dengannya lagi..
September
Beraya di Muar.
2 Syawal : Mendapat khabar sahabat sekelas masa sekolah terlibat dengan kemalangan tempoh hari. Sayu melihat keadaan dia. Kuatnya hati dia.
3 Syawal : Lawat Fazilah lagi tapi bersama sahabat-sahabat lain. Sempat pergi beraya ke rumah Ustaz Wan.
5 Syawal : Konvoi raya bersama sahabat-sahabat sekolah. Lama sangat tak jumpa ramai-ramai macam ni. Alhamdulillah diberi peluang olehNya untuk kami bertemu. Sangat gembira.. Alhamdulillah…
26 : Seseorang datang rumah..
Oktober
Musim luruh.. Tiba-tiba terjatuh cinta dengan dedaun momiji.. Subhanallah.. indah ciptaanMu.
Bulan ni sangat2 sibuk yang teramat dengan assignment yang berlampak dan bertalu-talu tanpa henti..
15 : Dalam sibuk2 pun, leh lagi pergi Konvensyen Mahasiswa kat Perak. Tetiba teringin sangat nak pergi Perak..
November
Final mula datang.. menyelinap segenap ruang.. Konon2nya tak nak balik Muar la sebab naik cuti ada paper lagi. Namun akhirnya, takdirNya membawa ku terbang meneroka bumi Darul Naim. Raya di perantauan buat pertama kalinya.
26 : Perlantikan AJK Surau Al-Irfan. Moga-moga semangat AJK baru terus marak.. dan melaksanakan amanah dengan sebaiknya.. InsyaAllah..
Disember
3 : Peristiwa penting dalam hidup. Hanya Allah yang tahu segalanya.
Dah mula cuti…
29: Kembali ke bumi UMT.
31: Seorang 'budak' datang bilik, katanya rindu sama saya.. hehe...
Wallahualam...