Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Thursday, March 4, 2010

KEHILANGAN UNTA DI PADANG PASIR

Diceritakan daripada Simak : Suatu hati Nu’man bin Basyir menyampaikan khutbah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “ Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hambaNYA tatkala dia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya. Sedangkan diatas haiwan tunggangan tersebut terdapat makanan dan minuman bekalannya.

“ Dia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu. Lalu, dia duduk berteduh di bawah pohon sambil berbaring, kerana dia benar-benar putus asa untuk bertemu kembali haiwan itu. Kemudian dia tertidur. Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menemuinya lagi. Dia berjalan lagi, namun gagal menemuinya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, tetapi masih gagal.

“ Namun sahaja apabila dia sampai kembali ke tempat tertidur sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangnya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian dia segera memegang tali tambatannya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t jauh lebih gembira dengan taubat seseorang daripada musafir yang menemui kembali untanya dipadang pasir.” (Riwayat Bukhari, no. 6308)