Firman Allah yang mafhumnya :
"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)
Thursday, January 22, 2009
indahnya senyum keredhaanmu..
Aku hairan dengan orang Mukmin. Dapat nikmat pun dia memperolehi pahala. Dan diuji dengan kesusahan pun dapat pahala.Orang Mukmin yang sejati, bila ALLAH susahkan dia, dia berfikir, tentu ALLAH mahu beri dia pahala sabar. Pahala sabar itu bighairi hisab tanpa dihitung-hitung. Kalau kebaikan biasa diberi ganjaran satu persepuluh atau paling-paling tinggi satu hingga tujuh ratus, tetapi pahala sabar, ALLAH mungkin balas dengan tujuh juta atau seisi langit dan bumi; terpulang pada ALLAH untuk memberinya. Patutlah orang Mukmin boleh senyum gembira dengan ujian kesusahan yang diberikan oleh ALLAH SWT, sebab dia tahu dia akan diberi pahala. ltulah yang dimaksudkan dengan Hadis di atasBila dapat nikmat atau kesenangan seperti sihat badan, ada duit, dapat suami, dapat isteri, dapat cahayamata, dapat makan minum dan sebagainya, dia sedar dan insaf bahawa nikmat itu datang daripada ALLAH. Oleh itu dia sentiasa rasa syukur kepada ALLAH SWT, Aku mesti gunakan nikmat ni kerana ALLAH. Aku mesti tingkatkan perjuangan, aku mesti tambah kebaikan, sebab ALLAH beri kebaikan kepada aku. Oleh itu dia dapat pahala. Yakni pahala syukur atas nikmat yang ALLAH beri.Sekiranya dia dapat kesusaュhan pun, dia dapat pahala. Jauh sekali bezanya dengan kita. Kita bila diberi nikmat, nikmat itu menjadi bala, mendatangkan dos. BiIa diuji dengan kesusahan pun ia menjadi bala. Yang senang pun kita dapat bala, yang bala jadi dua kali bala. Kalau seseorang itu memandang kecil pada ALLAH, waktu senang dia akan lupakan ALLAH. Jangan sangka kesenangan boleh mendekatkan dia dengan ALLAH. Kesusahan lebih baik baginya. Dia akan sedar dirinya hamba. Sakit gigi pun dah tak tahan. Selama ini aku ingat aku ini hebat, gagah. Bila diuji baru terpelengok. Rupanya aku ni hamba. Baru kita terasa diri kita kecil, dan ALLAH itu besar. Jadi memang elok kita diuji. Tapi sekiranya memang tak pernah kena uji, kalau diuji pun hanya dengan ujian yang kecil-kecil, bukan ujian yang besar-besar, bila diberi ujian lebih sikit, kita rasa kitalah yang paling berat diuji di antara manusia-manusia. Sakitnya jiwa kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)