Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Wednesday, June 30, 2010

Nil Mengalir Songsang

Nil Mengalir Songsang
oleh Zaid Akhtar
I

Sham,

Nil masih lagi mengalir tenang, sekalipun hakikatnya tidak pernah reda dengan kemaksiatan yang dilakukan oleh pemimpin dan rakyatnya. Aku seperti Nil itu. Khabarku masih baik. Cuma hidungku ini masih selesema bahana ribut pasir Khamasin yang mengamuk di Kaherah dua minggu lalu. Langit kemerah-merahan sebelum menjadi gelap-gelita. Hatta, ramai yang menyangka kiamat akan berlaku pabila siang bertukar malam serta-merta.

Sememangnya aku harus terkejut menerima kunjungan warkahmu beberapa hari yang lalu. Empat tahun tanpa sebarang berita memaksa aku beranggapan bahawa engkau tidak lagi mengenangi diri ini. Ya, zaman menengah yang manis - sebelum bergelar mahasiswa - telah kita tinggalkan. Kini aku menghampiri tahun akhir pengajian. Tinggal di Hayyu Sabi'e bersama dua orang temanku. Kalut juga memikirkan panggilan pulang yang kian menjelang datang. Harapan ayah ibu, keluarga, orang kampung, sewaktu mahu berangkat ke sini dulu, semakin acap terngiang. Dan sewajarnya aku tertarik dengan suratmu yang masih semesra dulu. Banyak persoalan yang kaulontarkan - terutama tentang Bumi Kinanah ini.

Sekadar yang kumampu, akan kuberitahu. Lantaran, sekalipun telah lebih seribu hari aku di sini - selaku seorang wanita - tidak semua tempat wajar kujejaki. Kehidupanku berlangsung sekitar Hayyu Sabi'e, Hayyu Thamin, Hayyu A'shir, Kaherah, dan universiti. Mahu bicara tentang apa ya? Membalas keluhanmu di dalam surat terhadap senario pemimpin arab, biarlah aku menyentuh tentang fenomena di sini, terutama sejarah negara ini. Sejarah Republik Arab Mesir yang bermula apabila berlakunya revolusi pimpinan Gamal Abdul Nasser. 23 Julai 1952 adalah tarikh keramat yang menyaksikan tumbangnya institusi beraja kuku besi selama ini. Beliau mati awal 70-an, seterusnya digantikan oleh Anwar Sadat yang menandatangani Perjanjian Camp David sebelum menemui ajalnya di tangan pengiringnya Khaled Islamboli - harga yang harus dibayar di atas perjanjian tercela itu. Pun begitu, Al-Azhar kekal unggul sebagai institusi ilmu Islam terulung sejak satu mileneum.

Biarpun menghadapi serangan pemikiran Barat yang menggila, yang cuba menggugat kestabilannya, namun para ulama tetap bersatu mempertahankannya. Siswazah-siswazah berketrampilan masih berjaya dihasilkan saban tahun untuk kembali memimpin umat di segenap pelosok dunia. Sehingga ke hari ini, Muhammad Sayid At-Tantawi masih lagi menerajui al-Azhar. Ah, tokoh Syeikhul Azhar yang seorang ini.

Barangkali kerana fatwanya yang sering kontroversi, para pelajar lebih mengenang kepergian Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawie yang tawaduk itu. Sebetulnya aku baru saja selesai imtihan. Bukan lagi Daur Mayu macam dulu, tapi Al-Azhar sudah beberapa tahun mempraktikkan sistem semester.

Cuti ini tidak ke mana-mana. Masa akan kuhabiskan dengan menghadiri kelas-kelas tafaqquh di samping menyertai program-program persatuan. Kala dalam pengajian inilah sebaik-baik masa untuk menyiapkan diri menghadapi masyarakat kelak. Setagal lagi, ada tanggungjawab yang menanti. Jadi, usah terlupa, aku ingin mendengar cerita-ceritamu pula dari Lembah Urdun.
Menikmati hasil kepekaanmu meladeni senario pergolakan di rantau sebelah sini.

Nilofar
Kaherah
29 Jun 1999

Sham masih terkasima apabila menerima surat bercop Madinah Nasr, Kaherah itu. Semacam tidak percaya. Penantiannya selama ini berakhir juga.

Dia tersenyum sendiri. "Alhamdulillah. Ada harapan…," bisiknya perlahan, antara dengar dengan tidak. Wajah lembut menawan bermata jeli segera memenuhi ruang mata. Dia belum betah melupakan kemesraan silam, apalagi membiarkan ia terpadam. Uzair yang ralit membaca, sempat menangkap kalimat itu. "Harapan apa?" Sham menunjukkan sampul surat bercorak papirus buatan Mesir. Uzair masih lagi belum faham. Tanpa sebarang jawapan, dengan senyuman yang masih melebar, Sham menghadapi monitor, dan terus sahaja membalas:

Nil,

Terima kasih. Aku juga tidak percaya engkau masih menganggapku sebagai sahabat, walaupun sekian lama terpisah jauh.

Aku masih lagi mengenang dunia persekolahan yang riang. Yang nyata, jarak bukanlah pemisah yang berupaya mengasingkan kita. Nostalgia silam masih terkulum kemas. Aku bersetuju dengan kata-katamu. Ya, seharusnya kita yang berada di Timur Tengah peka dengan kemelut rantau yang senantiasa bergelora ini. Jadikan ia iktibar paling mahal dalam rangkaian pengalaman sepanjang hayat. Aku tertarik amat dengan perbicaraanmu tentang Perlembahan Nil dan sosiopolitiknya. Walaupun ringkas, namun padat intinya.

Tetapi, apa kurangnya di Bumi Isra' ini? Mungkin engkau hanya mengenali Jordan sebagai negara yang rajanya berketurunan Rasulullah SAW, dan punya permaisuri yang demikian jelita. Sejarahnya, sosiopolitiknya, masa depannya, tidak seindah yang disangka. Malah khalayak selalu disogokkan dengan penipuan dan lakonan yang bersinambungan. Jordan asalnya tidak wujud. Yang ada hanyalah Sungai Jordan yang terletak dalam Palestin. Namun, sejurus berlakunya Revolusi Besar Arab, dan tersungkurnya Khilafah Uthmaniyyah di tangan Kamal Attaturk, sejarah asalnya tidak boleh dipakai lagi.

Hasil penjajahan Barat dan perpecahan arab, negara-negara di Asia Barat wujud begitu pesat. Maka, muncullah Arab Saudi, Jordan, Syria, Lebanon, dan Palestin (belum dicampur negara-negara di Teluk). Dan semestinya tidak ramai yang ambil tahu penyelewengan fakta sejarah ini malah tidak mengenali siapa sebenarnya pengasas negara Jordan ini - Syarif Hussin. Seperkara lagi, negara bersistem monarki ini, terlalu kerap bertukar Perdana Menteri. Melucukan. Serasanya, hingga kini jumlahnya hampir mencecah angka 40 sejak kemerdekaan Jordan pada 1946. Pimpinan yang tidak serasi dengan politik rajanya, akan dicantas bila-bila masa.

Aku bermastautin di Irbid, bandar ketiga terbesar di negara ini, 40 km dari sempadan Jordan-Israel. Penempatan yang hampir dengan kampus membolehkan kami berjalan kaki ke kuliah. Dengan jumlah pelajar Melayu yang kian susut tahun demi tahun, tidak sukar untuk kami mengenali setiap penuntut di sini. Dan semestinya kefasihan Lughah Arabiah lebih terjamin memandangkan Jordan tidak seteruk Mesir, Arab Saudi, dan negara-negara arab lain yang punya lahjah sendiri dan pekat 'ammienya.

Peluang untuk bertutur bahasa arab fushah terbuka luas. Namun segalanya bertolak dari diri kita juga - kebijaksanaan kita memanfaatkan suasana. Kembali berbicara soal Dataran Syam; tidak sah tanpa menyentuh Yahudi - bangsa terlaknat zaman-berzaman.

Kebencian terhadap Yahudi terlalu membuak di hati. Malah aku tinggal berjiran dengan pemuda Palestin yang punya memori ngeri. Satu keluarganya ditembakYahudi, dan dia jadi pelarian. Di sini, setiap hari melihat tampang Yaser Arafat yang berucap terketar-ketar di televisyen akan membibit rasa jelak yang tidak sedikit. Kami tidak pernah percaya dia akan membela bangsanya, sebaliknya mengkhianatinya. Lelaki nasionalis-sekularis tua itu tidak pernah menguntungkan Islam.

Apabila membaca buku 'Al-Yahudiyyah' tulisan Dr. Ahmad Syalaby, kau akan tahu betapa jijiknya bangsa paling pengecut itu. Betapa halusnya dan telitinya jarum-jarum dan strategi mereka. Kau tentu pernah mendengar tentang gagasan Israel al-Kubra, dari Nil hingga ke Furat; juga pertubuhan seperti Rotary dan Lions yang didalangi Freemason. Agen mereka ada di mana-mana.

Tetapi yang lebih menyedihkan adalah pemimpin-pemimpin arab yang kurasakan lebih hina dan munafiq. Jangan terkejut jika aku pernah membaca betapa Gamal Abdul Nasser itu pengkhianat besar (pastinya sumber ini tidak didapati di Mesir) yang telah bersekongkol dengan Yahudi di balik tabir. Memang dia politikus yang pendiam, tetapi oportunis dan licik. Malah ada kajian yang mendakwa latar belakangnya diragui. Dia berdarah Yahudi? Nil, tentunya kau dapat mengesan emosiku yang naik memuncak bila berbicara soal kemelut di Timur Tengah.

Pastinya sudah lumat kautelan hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya berbunyi: "Barangsiapa yang tidak 'ihtimam' terhadap hal ehwal orang-orang mukmin, maka ia bukan dari kalangan kami." Aku sebetulnya terlalu sedih dengan suasana pergolakan di sini. Sandiwara bodoh yang dilakonkan oleh munafiq moden dalam penjajahan bentuk baru. Perang Salib sebetulnya belum lagi berakhir.

Akhir-akhir ini aku kian kerap membaca tentang Mesir. Gerak hati mahu ke sana, tetapi segalanya baru perencanaan. Rasanya, tidak salah kiranya aku mahu melawat Medan Tahrir tempat Sofia Hanim Zaghlul dan Huda Sha'rawie mencetuskan "Tahrir al-Mar'ah", Piramid dan Sphinx di Giza, Kota Solahuddin di Iskandariah, dan menyaksikan pertemuan dua laut di Dumyat - di samping menziarahi teman-teman seperjuangan. Dan aku juga mahu kembara mencari suatu kepastian!

Shamsul Azly
Irbid
14 Julai 1999

II

"Jadi kau ke Mesir cuti soifi ni?" Sham mengangguk. Tangannya mencapai sekeping surat yang diunjukkan Uzair. Melihat tulisan tangan di sampul, sudah tahu daripada siapa. Terasa tidak sabar mahu mengetahui isinya. "Ramai lagi akhawat di sini, masih memilih yang Azhariah? Tarbiahnya ' kan sama." "Sama tapi tak serupa. Yang pertama itu lebih membekas di jiwa," jawab Sham dalam nada selamba, seraya tergelak kecil melihatkan sahabatnya menggeleng-geleng. "Aku ada membaca: Sungai Nil mengalir songsang. Betul?" tanya Uzair lagi sebelum berlalu. Sham sengih. Soalan itu tidak menarik perhatiannya. Dadanya berdebar-debar kencang. Tanpa lengah, bucu surat dikoyak, lalu isinya dikeluarkan.

Dia mula membaca:

Sham,

Benarlah, seperti katamu, kepekaan adalah deria yang paling mahal. Justeru, aku membalas suratmu ini, biarpun naluriku semacam kurang enak. Kepastian apakah yang kauinginkan? Aku kagum dengan kepekaan dan kesedaranmu yang sampai tahap itu. Nyata thaqafahmu jelas mantap, dan siapa sangka boleh membantu menolakmu suatu hari nanti menjadi politikus terkemuka, atau paling tidak penulis politik. Ya, pokoknya kemahuan dan keikhlasan dalam perjuangan. Majalah Al-Wa'yu Al-Islamie yang kubeli kelmarin menyebut tentang gerakan Ikhwanul Muslimin di pelosok Tanah Arab, tanpa menyatakan pergerakan pertubuhan itu di tempat kelahirannya - Mesir. Ia gerakan atau 'harakah' mujaddid Islam yang pertama selepas terkuburnya Khilafah Uthmaniyyah pada 1924. Gerakan yang menghidupkan kembali kewajipan jihad dan berusaha menegakkan daulah Islamiyah di maya pada ini. Diasaskan di Ismailliyah oleh As-Syahid Hasan al-Banna pada 1928. Jelasnya, Hasan bukanlah seorang filsuf, tetapi daya pemikirannya dan tahap kefahamannya terhadap Islam mendahului zamannya.

Kitab "Majmu' Rasa'il Hasan al-Banna" ada menjelaskan dasar pemikiran dan idea-idea bernasnya. Namun, dunia Islam dirasakan terlalu awal menyaksikan kematian mujaddid kurun ke-20nya ini lewat 12 Februari 1949. Ah, semua pendokong gerakan Islam semestinya mengingati peristiwa pembunuhan beliau di hadapan ibu pejabat pertubuhan Syu'banul Muslimin oleh mereka yang kemudiannya terbukti dari kalangan Polis Rahsia Mesir. Mengusik tentang dua dataran ini, sering peranan mahasiswa menjadi persoalan. Soal kita yang bergelandangan ke mari untuk mengutip ilmu-ilmu Allah.

Segalanya bertolak dari niat. Tapi niat itulah yang selalu disalah terjemahkan. Masih ramai yang ke Timur Tengah untuk mengejar segulung syahadah, tanpa memikirkan betapa thaqafah Islamiyyah dan pengalaman berorganisasi sangat penting. Pembentukan sahsiah da'ie sewajibnya bermula di sini - sekadar tazkirah untuk kita bersama. Akan tetapi, engkau kurasakan masih lagi Sham yang aku kenali.Yang kental semangatnya, berjiwa besar, juga iltizam dengan prinsip dan dasar perjuangan. Dan aku terus-terusan segan dengan persahabatan ini. Sejak zaman persekolahan, malah sehingga kini, aku masih gagal mengatasimu dalam bidang apa pun. Semakin panjang surat ini kukarang, semakin terasa bersalahnya. Mungkin inilah suratku yang terakhir, justeru usah aku kau hubungi lagi.

Engkau belum mengerti, Sham, bahkan aku sendiri begitu berat untuk memahamkanmu. Kemalangan telah membunuh kedua orang tuaku dalam sekelip mata. Kami kehilangan tempat bergantung. Adik-beradikku dibela oleh saudara-mara. Dan aku sendiri tidak tahu hitam putih masa depanku, lantas merelakan diri ini… biarpun aku sebenarnya belum bersedia. Akhbar hari ini menyebut, Hosni Mubarak mengugut Sudan yang dikatakan terlibat dalam konspirasi membunuhnya lewat letupan bom berhampiran istananya baru-baru ini. Sedihnya.

Sesama negara Islam yang berjiran - malah berkongsi air Sungai Nil- masih lagi bercakaran. Namun Nil kekal seperti dulu. Mengalir songsang dari selatan ke utara. Menerima apa saja yang berlaku di perlembahannya. Pun aku seperti Nil itu. Pasrah. Menerima seorang 'Azhari' untuk memimpin si yatim piatu yang masih samar-samar hari depannya ini, dan menemaniku sepanjang hayat. Sham, teruskan perjuanganmu. Maafkan dan lupakan aku. Aku bakal isteri orang!

Nilofar
Kaherah
26 Ogos 1999

Sham melipat surat dua helai yang baru selesai dibacanya.

Tubuhnya bergetar, disandarkan ke kusyen. Menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan. Dia berdiri, melangkah masuk ke kamar,dan menghempaskan tubuh di tilam. Atmanya sedikit terusik. Dalam hati diam-diam mengakui.

Benarlah, Nil itu mengalir songsang!


Glosari
Tahrir al-Mar'ah - pembebasan wanita
Soifi - musim panas
Akhawat - saudara-saudara perempuan
Majmu' Rasa'il Hasan al-Banna - Kumpulan Risalah Hasan al-Banna

Tuesday, June 29, 2010

Bongkah Ais..


Pembentukan kelakuan manusia bermula dari dalam. Sistem KEYAKINAN (iman) akan membentuk pandangan hidup, yang kemudiannya membentuk NILAI seseorang (apa yang dirasai benar, baik dan betul). Nilai ini kemudiannya membentuk SIKAP. Sikap itulah yang melahirkan KELAKUAN. Kelakuan yang dilazimi akan melahirkan PERWATAKAN. Perwatakan yang sinonim dengan peribadi seseorang itulah yang membentuk PERSONALITI..

Wallahua'lam..

Saturday, June 26, 2010

Majlis Walimah Ustaz Izuan


Buat Ustaz dan Zaujah...
Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada mereka,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan mereka dengan redha-Mu
Jadikanlah mereka Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan mereka
Dengan menjadikan perkawinan mereka ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan mereka kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin...
Allahumma Amiin……
Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke majlis walimah Ustaz Mohd Izuan Bin Abd Ghani. Siapakah beliau ? Senior sekolahku batch SPM’02.

Beliau dilahirkan di Muar Johor pada 18 Feb 1985.Anak pertama dari 6 orang adik beradik bagi pasangan En.Ghani Bin Ali dan Pn. Misah Bte Thalib.Sangat meminati Bahasa Arab dan Tamadun Islam. Pernah menuntut di Jami'ah Ahl Al-Bayt, Jordan..

Dulu masa sekolah, saya agak respect pada batch Ustaz. Masa tu, saya form 1. Batch ustaz banyak menerajui sekolah, kelab n persatuan dan asrama juga. Kalau tengok gaya diorang pun sesuailah sebagai pemimpin dan memang sesuai dipanggil kakak n abang. Kehadiran Ustazah Zuliana yang turut mengajar kelas saya, pun seakan-akan banyak membawa perubahan pada sekolah dan asrama

Tapi kalau datang balik ke sekolah sekarang, yang form 5 dan form 6 pun nampak tak seperti sebagai senior. Huhu..Mungkin tu hanya pada pandangan mata saya je. Tidak selayaknya untuk saya menghakimi manusia. Mungkin merekalah insan-insan yang akan membawa perubahan yang lebih baik seperti yang Ustazah Zuliana dan batch Ustaz Izuan lakukan. InsyaAllah..

Moga masing-masing sedar akan tanggungjawab yang dipikul termasuklah diri ini.

Wallahua’lam.

Friday, June 25, 2010

Ubat Hati


Kaki terus melangkah.. meneruskan pembelajaran di sekolah kehidupan ini. Kadangkala ku rapuh dalam langkah. Hati ingin bersenang. Mengharapkan rehat sedangkan belum lagi bermula apa-apa lagi.

Jiwa manusia tak jauh bezanya dengan anggota tubuh yang lain. Tangan akan lelah jika terus mengangkat. Kaki akan lenguh jika terus berlari. Mata akan berair jika tak henti menatap. Dan, lelahnya jiwa ketika semangat kian surut.

Ada sesuatu yang aneh dirasakan Ka’ab bin Malik. Entah kenapa, sahabat yang begitu dekat dengan Rasulullah ini merasa enggan untuk segera berangkat bersama yang lain menuju Tabuk. Padahal, hampir tak seorang pun yang luput dari perang besar ini. Semuanya siap ikut serta. Paling tidak, memberikan sumbangan yang mereka ada. Ada apa dengan Ka’ab?

Selama ini, hampir tak satu pun peluang jihad disia-siakan Ka’ab. Tapi di Tabuk ini, ia merasa kalau ladang gandumnya yang sedikit lagi perlu dituai benar-benar menyibukkannya. Ah, nanti saja. Nanti saja, akan saya kejar rombongan Rasulullah itu. Nanti, dan nanti. Akhirnya, Ka’ab benar-benar tertinggal hingga peperangan yang memakan waktu sekitar satu setengah bulan itu berakhir.
Mungkin, bukan cuma Ka’ab yang sempat merasakan keanehan itu. Kita pun secara sedar atau tidak, pernah merasa ada sesuatu seperti berbolak baliknya hati. Semangat untuk aktif tiba-tiba mengendur. Dan keasyikan pun muncul saat diri cuma sebagai penonton.

Manusia memang bukan malaikat. Kadar keimanan manusia pun boleh naik turun. Macam termometer juga. Itulah di antara kelemahan manusia. Dan saling memberi nasihat adalah ubat agar lupa tidak mengakibatkan futur.

Firman Allah yang mafhumnya,
“Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan…”
(22: 78)

Rasulullah saw. pernah memberi nasihat yang mafhumnya, “Sesungguhnya agama Islam itu mudah dan tidaklah orang yang berlebihan dalam beragama melainkan ia akan dikalahkan olehnya.” (HR.Bukhari)

Dalam hadits lain, Rasulullah saw. bersabda yang mafhumnya, “Berbuatlah sesuai dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah tidak akan merasa bosan sampai kamu sendiri yang merasa bosan. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang terus-menerus sekali pun sedikit.” (Mutafaq ‘alaih)

Dalam keadaan begini, ku harus kuatkan kaki melangkah. Usah biarkan diri lemah dipujuk nafsu dan syaitan yang semakin gembira, gelak tergolek-golek.


Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Moga diriku, dirimu dan kita semua digolongkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT. Amiin..InsyaAllah.
Wallahua’lam.

Thursday, June 24, 2010


"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Mafhum 14:7)

Ritual Tanpa Amali

Tertarik saya untuk berkongsi tentang beberapa perkara yang terkandung di ruang cetusan oleh Prof. Dr. Sidek Baba di Majalah Solusi isu ke 20.

Islam Pernah Gemilang

4 Faktor Islam mampu membina tamadun di Andalusia dan Sicily lebih 600 tahun.

1.Sinergi atau hubungan ulama atau ilmuwan dengan umara atau pemimpin sangat baik.
Pada zaman al-Ma’mun, Harun al-Rashid, al-Mansur dan Umar al-Aziz umpamanya, kerjasama ulama umara amat luar biasa. Mereka bukan sahaja berbincang dan berkongsi pandangan mengenai hal-hal agama tetapi juga hal-hal berkaitan sains dan teknologi.

2.Jenis ilmu yang dikembangkan sepadu
Ilmu ‘mengurus diri’ dan ilmu ‘mengurus sistem’ bergerak seiring. Ibn Sina menghafaz al-Quran pada usia kanak-kanak, menguasai pelbagai bahasa, tahu asas tafsir dan falsafah, tahu logik, bahasa arab serta pakar dalam bidang matematik dan perubatan.

3.Tradisi pengkaryaan dan kesarjanaan amat cemerlang sekali.
Mereka lakukan kajian dan menulis karya yang hebat. Ibn Sina menghasilkan lebih 300 kitab dan tersohor, antaranya kitab perubatan, al-Qanun, yang diterjemahkan dalam bahasa Latin dan Ibrani dan digunakan di universiti di Eropah sebagai sumber rujukan penting ilmu perubatan.

4.Tradisi keilmuan Islam amat terbuka untuk menerima manfaat berbanding tamadun lain.
Seawal perang Badar, Rasulullah s.a.w membenarkan tawanan bukan Islam mengajar anak-anak orang Islam membaca dan menulis sebagai syarat pembebasan.

Ritual Tanpa Amali

Ritual sangat penting dalam Islam, tetapi ritual harus memancarkan amal dan cara hidup. Ini yang kekurangan dalam kalangan sebahagian besar orang Islam. Mengikut sejarah, Tanah Melayu menerima Islam pada abad ke-13. Pada abad inilah Baghdad jatuh ke tangan Tartar. Islam yang datang ke Malaysia tidak datang bersama-sama tamadun. Sebab itulah karya-karya keagamaan lebih banyak memberi tumpuan kepada bidang tasawuf dan rohaniah.

Hari ini al-Quran dibaca tetapi inti sari isinya tidak dikaji. Akhirnya umat Islam hanya mendapat faedah rohaniah daripadanya tetapi bukan faedah ilmu dan tamadun.

Persoalannya..

Di mana kita ?
Wallahua'lam...

Tuesday, June 22, 2010

Rindu pada Laut..

Meniti hari-hari bersama keluarga sebelum bermulanya sem baru. Lagi beberapa hari saja lagi. Sekejap je masa berlalu dalam sedar atau tidak. Memikirkannya membuatkan ku gelisah.

Menyingkap kembali

Usah biarkan kegelisahan ini membuat ku buta mata hati lagi. Pernah saja kegelisahan yang teramat itu membuatkan ku tidak menjumpai diri ini. Hilang entah ke mana. Resah dan gelisah menghuni jiwa dan fikiran. Tertekan sangat. Terlupa tempat kembali segala masalah.

Saat itu, syaitan mula menghasut. Perasaan benci mula membuak-buak. Benci dengan semua orang yang ada disekelilingku. Orang call, tak angkat. Orang mesej, tak balas. Orang ym, kadangkala je berbalas. Tu pun, entah apa yang dibalas. Tidak ku endahkan segala yang berlaku di sekeliling. Terjejas kehidupan seharian. Sehingga kelas pun sampai tak pergi sebab tak sedar ada kelas masa tu. Ada tu boleh pulak pergi kampus masa tak ada kelas sebab ingatkan ada kelas. Teruk sangat masa tu. Tapi ada yang lagi teruk. Assignment yang pensyarah suruh hantar masa tu pun tak sentuh. Dah la tak buat, tak ada perasaan bersalah langsung bila tak hantar assignment masa tu. Nasib baiklah, pensyarah tu perasan pastu dia bagi masa lebih tuk buat. Ada je benda yang lagi teruk ku lakukan. Namun biar Dia saja yang tahu segalanya. Allah je yang tahu bagaimana ku melalui hari-hari itu. Deritanya hidup bila kita kurang memberi.

Tatkala itu.. rasa lemah sangat. Akhirnya membawa diri. Selalu time petang-petang, berjalan la ke pantai seorang diri. Merenung laut biru yang sangat luas. Mendengar desiran ombak yang mendamaikan kalbu. Ku tenang merenung di sebalik ayat manzurah yakni alam ciptaanNya. Sedarlah.. apabila hati ini tenang ketika melihat laut, bukanlah kerana laut itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana laut itu “dekat” dengan Allah yang menciptanya. Rupanya, hati kita akan menjadi tenang apabila kita memandang sesuatu ciptaan langsung daripada Allah s.w.t.

Namun bila ku jejak kembali ke asrama, gelisah itu menyapa lagi. Fikiranku tidak tenang. Mujurlah Allah itu masih mengasihi hambaNya ini. Akhirnya, melalui kata-kata seorang sahabat.. hatiku tersedar. “Mengapa tidak mencari diri di sepertiga malam ?”.
Terima Kasih sahabatku..


Moga kita semua diberi kekuatan dalam usaha meletakkan DIA dihati.. InsyaAllah..

Wallahua’lam.

Monday, June 21, 2010

Setiap Kali

Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberian-Mu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelahku sahaja

Setiap kali ditimpa musibah
Ku mengeluh risau bertambah gelisah
Hingga terlupa pada-Mu Allah
Tempat kembali segala masalah

Oh Tuhan Yang Maha Penyayang
Leraikanlah aku dari keluh kesah

Yang membelenggu jiwa dan fikiran
Ditambah dengan hasutan syaitan

Kurniakanlah kepadaku ketabahan
Singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini

Seandainya diri ini
Mampu meraih cinta keredhaan-Mu
Seandainya akulah insan yang terpilih
Pimpini hidupku

Saturday, June 19, 2010

Mee Bandung VS Kopok Lekor


Mee Bandung & Sirap Bandung
VS
Kopok Lekor

Mee bandung VS Kopok Lekor

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat juga saya menikmati mee bandung Muar. Sepanjang duk Terengganu rasanya tak pernah jumpa mee bandung yang betul-betul mee bandung. Entah la.. ada tu, cam rasa mee hailam pun ada. Huhu.. Pandai je komen masakan orang sedangkan sendiri pun tak pandai masak. Apa nak jadila. Tak leh jadi calon isteri ni. Hmm..

Kalau masa kat Terengganu, otak duk sibuk teringat-ingatkan mee bandung. Makanan yang ada depan mata pun pandai je komen-komen. Bila dah kat muar ni, tekak macam nak makan kopok lekor pulak. Bukan setakat tu, siap terbayang-bayang ayam masak tiga rasa kat kedai ex-student. Apakah ??

Koreksi Diri => Bersyukur

Inilah masalah problem manusia (aku le tu) yang tak pandai bersyukur. Bila sesuatu benda tu ada depan mata, buat-buat macam tak nampak je. Tapi bila dah tak ada, baru terasa. Ish..tak patut betul.

Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada sering di risaukan. Itulah sikap kita yang mungkin sering kita terlepas pandang. Selalu lupa dengan nikmat yang sedang kita nikmati. Sedangkan Allah dah aturkan segalanya dengan indah sekali.

“Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya”
(Mafhum Asy-syura:36)

Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit pasti tidak akan bersyukur dengan yang banyak.

Oleh itu, sentiasa bersangka baiklah dengan Allah.
Firman Allah yang mafhumnya:
“Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa saja yang kamu inginkan”
(Hadis Qudsi)

Doa

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan Jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)".
(Mafhum Al-Ahqaf : 15)

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh".
(Mafhum An-Naml : 19)

Thursday, June 17, 2010

Lewatku sedari..

Hari tu terdengar kembali lagu Sendiri ini kat IKIM.FM. Tiba-tiba feeling terlebih dengar lagu ni. Napa ye ?

Mungkin sebab teringat insan yang selalu berada di sisi tapi sekarang terpaksa berjauhan untuk seketika. Jauhnya kami terpisah. Huhu. Harapnya tidak terlewat untuk saya sedari nilai cintanya.. (T_T)

SENDIRI

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana

Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api

Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu

Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku

Harapanmu padaku tidak kuendahkan

Nasihatmu madu penyembuh luka

Pabila bersamamu hilang dukaku

Lewat ku sedari nilai cintamu

Pabila kau tiada lagi disisiku

Belaianmu kini masih terasa

Restu darimu membawa ku ke syurga

Lewat kusedari nilai cintamu

Pabila kau tiada lagi di sisiku

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi

Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali

Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu

Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri

Kerna kita kan akhirnya sendiri

Wednesday, June 16, 2010

Bila Nasi Minyak mula terhidu..

Musim cuti sekolah ni, banyak betul undangan ke majlis walimah. Makan nasi minyak je nampaknya. hehe.. Alhamdulillah.. Tahniah....
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Majlis Perkahwinan A.Fiti dan Kak Aisyah

Hadiah untuk tetamu


Pernah dengar tak kalimah ‘Baitul Muslim'?
Atau kadang-kadang orang ada sebut juga baitul dakwah dan sebagainya. Pernah dengar? Saya dengar perkataan Baitul Muslim ini, semenjak saya berada di tingkatan 4. Masa itu, masih muda sangat lagi. Jadi, memang seronok kalau masuk bab-bab kahwin ini. Orang kata, perkara masa hadapan ni memang seronok kalau bincang. Lagi-lagi kalau masuk bab cinta-cinta ni.

Baitul Muslim yang membincangkan perihal hendak membina sebuah kehidupan berkeluarga yang diredhai ALLAH, pada awalnya saya anggap adalah satu konsep yang mengajar kita cara-cara memilih pasangan dengan baik. Saya nampak bahawa Baitul Muslim ini adalah satu konsep supaya lelaki perempuan tahu bercinta dengan betul. Saya yakin, ramai yang beranggapan seperti saya.Tapi, bila saya membesar, rupanya anggapan saya itu silap.

Baitul Muslim hakikatnya bukanlah setakat berkenaan dua insan, yang satu lelaki dan yang satu lagi perempuan. Tetapi hakikatnya, Baitul Muslim itu lebih lagi dari sekadar hubungan dua insan. Baitul Muslim adalah salah satu tangga dari tangga-tanga ke arah pembinaan ummah yang diredhai ALLAH sebenarnya.

Masyarakat itu, terbentuk dari keluarga, keluarga itu terbentuk dari individu.Sebab itu, Baitul Muslim ini bukanlah satu konsep menceritakan perihal cinta lelaki perempuan, atau cara memilih pasangan yang betul. Tetapi, Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai ALLAH, keperluan mencari isteri@suami yang diredhai ALLAH, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan ALLAH, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat.

Dan semua itu, bukan bermula dari kita hendak mencari pasangan. Tetapi, itu semua bermula sedari saat kita berseorangan. Pengislahan diri, adalah permulaan ke arah pembinaan Baitul Muslim sebenarnya.Hal ini, saya sedari ketika Cikgu Azmi Bahari, seorang guru di MATRI berkongsi pandangan berkenaan hal Baitul Muslim ini." Perkara Baitul Muslim ini, bukanlah kita fikirkan bila hampir nak kahwin. Sepatutnya hal ini kita fikirkan semenjak kita remaja lagi. Sebab perkara ini bukan perkara kecil. Perkara ini perkara besar"Ya. Sebab, Baitul Muslim bukannya fasal nak kahwin dengan siapa, nak kahwin macam mana. Baitul Muslim hakikatnya adalah projek hendak membina ummah. Maka, hendak membina ummah ini, perlu kita mulakan dengan diri sendiri.Sebab itu, hal ini bukan untuk kita fikir ketika hampir kahwin. Kita perlu fikir semenjak kita remaja lagi.

Tapi ramai salah anggap. Mereka kata, mereka tidak mahu berfikir akan hal pembinaan keluarga ini kerana mereka tidak mahu masuk campur hal cintan cintun semasa belajar. Sebenarnya, anggapan bahawa Baitul Muslim adalah konsep cintan cintun adalah anggapan yang tertolak. Baitul Muslim, adalah konsep pembinaan ummah. Berfikir berkenaannya, bukanlah kita berfikir kita hendak kahwin dengan siapa, tetapi kita berfikir bagaimana kita hendak membinanya bermula dengan diri kita.

Kita perlu mulakan dengan diri kita sebenarnya. Keluarga yang diredhai ALLAH tidak akan mampu dibangunkan hanya dengan usaha suami sahaja atau isteri sahaja. Maka, hendak atau tidak, jika kita mahu membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, kita perlu mulakan dengan membina diri kita.Kita perlu nampak bahawa, nanti bila kita hendak berkahwin, kita perlu menjadi contoh kepada pasangan kita. Manusia itu tidak sama. Jadi, perlu ada rasa hendak lengkap melengkapi. Kita perlu nampak bahawa kita hendak menjadi penyokong kepada pasangan kita. Jadi, menjadi tanggungjawab diri kita untuk membina dan memperbaiki diri sedari hari ini.

Emosi, cara pandangan, cara pemikiran, harta, akhlak dan sebagainya, sudah perlu kita fikirkan. Adakah kita mampu membina keluarga yang diredhai ALLAH jika kita seorang panas baran? Adakah kita mampu menyara kehidupan keluarga kita dengan baik tanpa wang yang mencukupi? Adakah kita mampu memandu keluarga kita ke arah yang diredhai ALLAH jika cara pandangan dan cara pandangan kita tidak matang? Adakah kita mampu mendidik anak jika akhlak kita tidak baik?

Semua itu menyebabkan kita perlu bergerak ‘membina' Baitul Muslim semenjak hari ini. Bukanlah membina Baitul Muslim itu adalah dengan mencari pasangan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan. Tetapi, membina Baitul Muslim itu bermula dengan kita membina diri kita sendiri ke arah apa yang ALLAH redha.Itulah maksud membina Baitul Muslim yang sebenarnya. Bermula dengan diri kita. Barulah kita ada kekuatan untuk membina keluarga yang diredhai ALLAH SWT, mendidik pasangan kita ke jalanNya, membimbing anak-anak di atas keredhaanNya, sekaligus menjadikan keluarga kita keluarga yang ALLAH SWT suka.Sebab itulah, kata orang, tarbiyah (pendidikan) anak-anak itu bermula semenjak kita masih belum berkahwin lagi. Sebab, mentarbiyah diri kita juga adalah sebahagian dari perjalanan kita mendidik anak-anak kita. Akhirnya, Baitul Muslim ini, bukanlah satu konsep cinta dua insan. Tetapi, Baitul Muslim ini adalah satu konsep untuk membina ummah. Pembinaan ummah, bermula dari diri kita sendiri.

Maka, apa lagi yang kalian tunggu? Bergeraklah membina diri, persiapkan diri dari hari ini, untuk melakar masa hadapan yang indahnya abadi.

comel la pulak tgk gambar ni..huhu

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."

~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Sunday, June 13, 2010

Melentur Buluh..



Kini...

Hari tu, sekali lagi mak cik minta tolong untuk menjagakan anak jagaannya.Smiley Kebetulan musim cuti ni, adik-adik yang lain ada. Boleh tolong tengok-tengokkan kanak-kanak yang sangat baik dan bersopan santun itu. Smiley(ayat skema)

Nasib sorang lagi kanak-kanak tu tak ada. Namanya Naufal. Umur baru 3 tahun kalau tak silap. Budak ni memang tersangat la pandai berkata-kata dan ‘bersopan santun’. Seringkali saya yang patah semangat nak tanya soalan banyak2 kat dia. Pernah saya bertanya soalan kat dia.
“Naufal dah makan”
“Dah”
“Makan apa ?”. Saya tanya lagi. Mesra alam la kononnya.
“Makan makanan la.” Dengan muka agak selamba, dia menjawab.Emoticon Lepas tu, malas dah nak tanya sebab asyik kena ‘bom’Smiley dengan jawapannya yang menarik. Huhu..

Tapi yang hari tu, ada 3 orang adik-beradik. Salah seorang dari mereka ni perempuan. Dan yang paling penting, banyak cakap. Aduh..Emoticontak larat nak layan dia cakap. Bukan apa, kurang mengerti bahasa kanak-kanak.Smiley Saya lebih suka memerhati gelagat mereka bertiga. Saya perasan dia cuba praktikkan apa yang dia pernah pelajari di sekolah tadikanya. Contoh, masa dia nak tidur atau makan, dia akan cakap “Cikgu kata kita kena baca doa dulu. Nanti syaitan duk dekat dengan kita”. Saya tersenyum melihat reaksi dia. Yang bestnya, siap dia ajak adiknya baca doa juga. Salah seorang adik saya suka menyakat adik dia. Apalagi, dia pun marah. “Janganlah.. berdosa. Allah tak suka la”. Smiley

Dulu.

Renungkan Kisah Ini.

Kisah anak lelaki Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a. Ketika itu adalah hari raya, namun anak Umar mengenakan pakaian lama, tidak seperti kanak-kanak lain yang memakai pakaian baru. Si ayah berlinangan air mata melihatnya.
“Mengapa ayah menangis ?” Tanyanya.
“Anakku, ayah khuatir jika hatimu hancur luluh melihat kanak-kanak lain melihatmu memakai pakaian lama itu.”
Wahai Amirul Mukminin, sesungguhnya tidak akan hancur kecuali hati orang yang tidak mendapat keredhaan Allah atau menderhaka kepada ibu bapanya. Dan saya sangat mengharapkan keredhaan Allah dan keredhaanmu”, jawab si anak.

Jika soalan sebegitu ditanya kepada anak-anak sekarang, entah apa jawapannya itu. Bukan saja kanak-kanak, mungkin jika ditanya pada golongan dewasa.. tidak tahulah jawapan apa yang akan diberikan oleh mereka. Dan mungkin kita juga.Smiley

Adakah kita sebagai ibu bapa atau bakal ibu bapa atau anggota masyarakat telah bermuhasabah mencari kesilapan diri.Smiley Justeru, marilah kita membetulkan keadaan tanpa menyalahkan orang lain.



Sabda Rasulullah s.a.w yang mafhumnya :
“ Wahai anak muda, sesungguhnya saya akan mengajarmu beberapa kalimah. Jagalah Allah, nescaya Dia akan balas menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapati-Nya ada di hadapanmu. Apabila kamu inginkan sesuatu, mintalah pada-Nya. Jika mohon pertolongan, mohonlah pada Allah. Andainya dikumpulkan seluruh umat untuk memberi manfaat kepadamu,. tidak akan memberi manfaat kepadamu kecuali dengan sesuatu yang Allah tetapkan. Dan sekiranya mereka bersatu untuk memudaratkanmu, mereka tidak akan dapat kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Wallahua’lam.

REJAB

PENGERTIAN

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam.

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

sumber : http://www.al-azim.com/masjid/rejab/

DOA APABILA MASUK BULAN REJAB

Maksudnya :
“ Ya Allah ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan rejab dan syaaban dan sampaikan kami ke bulan ramadhan ”
(Riwayat al-Baihaqi)

Thursday, June 10, 2010

Koreksi Diri | Cubaan Untuk Menjadi Tak Normal

Tajuk yang agak pelik. Yelah.. sapa ajelah yang nak jadi tak normal tu. Tapi yang saya cuba maksudkan ialah melakukan sesuatu yang biasanya kita tak buat agar ia menjadi sesuatu yang normal. Hari ni, saya nak mulakan misi untuk menjadi tidak normal. Hmm.. mampukah..
Ya Allah, kuatkan hambaMu ini..

‘Only me can beat me’. Binalah keyakinan kepada Allah, InsyaAllah keyakinan terhadap diri sendiri akan meningkat.

Jom2.. keluar dari zon selesa ini. Jangan risau, kejap je sakitnya. Jangan terlalu takut untuk sakitkan diri sendiri. Jika kita dapat menguasai diri kita, kita akan dapat menguasai dunia. Ye apa lagi. Takkanlah asyik nak salahkan orang lain je.

Dalam bertindak pula, jangan terlalu ikut perasaan. Bahana nanti. Bahaya2. Terlajak perahu boleh diundur (tu pun kalau pandai undur la), terlajak ikut perasaan, menyesal tak sudah nanti. Peribahasa baru tu..Kena ingat ye.

Selalu saja diri ini mungkir janji pada diri sendiri. Lemahnya diri ini. Saya ada terbaca petua untuk menepati janji pada diri sendiri.

::Menfokuskan janji terhadap satu perkara yang mampu kita lakukan dulu. Jangan terlalu tinggi hingga sukar tuk ditepati.
::Kenalah tumpukan perkara yang utama dahulu. Dahulukan urusan kita dengan Allah, InsyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang lain.
:: Maafkan diri kalau dah mencuba
::Jujurlah pada diri sendiri ketika bermuhasabah..Cuma masalah problemnya, jujurkah aku ini terhadap diri sendiri. Oh.. hidup ini penuh dengan perjanjian.

Mampukah aku dalam cubaan untuk menjadi tidak normal ini ??
Kempen “Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul”

“Biarkan aku sederhana pada pandangan orang lain, rendah pada pandangan diri sendiri dan tinggi pada pandangan Allah”
-nukilan dari Kitab Ihya Ulumiddin-

Sabarlah menghadapi hidup. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. =)
Senyumlah dikala gembira kerana itulah sebaik2 utusan menggambarkan keriangan dihati dan senyumlah dikala berduka kerana ia menggambarkan kerelaan hati menempuh ujianNya..
Maka, tersenyumlah.. tapi jangan senyum sorang2, bahaya2..

Macam-macam ragam..

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat gak menjejakkan kaki ke pasar malam. Sepanjang sebulan cuti, baru ni berpeluang menjejakkan kaki ke situ. Sebenarnya hasrat nak pergi beli air soya je. ‘Wajib’ beli kalau pergi pasar malam. Pernah je terjadi kes sampai merajuk sebab abah terlupa beli air soya tu. Huhu.. Apalah masalah problemnya saya ni.

Jadi di kala petang yang indah permai tu, saya dan adik berjalan la kaki ke pasar malam tersebut yang kalau di kira jarak masa perjalanannya dalam 15 minit. Alhamdulillah, selamat perjalanan sebab tak dikejar anjing. Menikmati perjalanan, melewati rumah-rumah yang berderet di taman perumahan yang saya duduk. Kanak-kanak berlari-lari. Ada juga sedang bermain badminton di halaman rumah. Pelbagai ragam. Terkenang zaman kanak-kanak. Zaman yang sangat berani untuk mencuba. Dan juga zaman yang agak kurang sikit sifat malunya. Mana taknya, masa tu dengan semua orang kita berkawan, bermain bersama. Tapi sekarang, nak keluar rumah pun macam kena fikir banyak kali. Kononnya pemalu. Adeh.. Apa nak jadilah saya ni.

Dulu masa sekolah, ada seorang cikgu tu selalu cakap kat saya, “Nanti bila berhadapan dengan masyarakat, awak akan jumpa dengan macam-macam ragam manusia”. Saya pun senyum je setiap kali dengar ayat tu. Balik umah, tanya kat mak pulak. “ Betul ke kita boleh jumpa macam-macam ragam orang. Tengok macam lebih kurang sama je..” Macam budak tadika je saya tanya soalan macam tu saat tu. Mak pun senyum je mendengar pertanyaan anaknya ni. Mungkin ada benda yang berlegar-legar di minda mak masa tu.

Sekarang bila dah bercampur dengan macam-macam orang, baru saya temui pelbagai ragamnya manusia ni. Dan di taman perumahan yang kecil ni pun dah bermacam-macam ragam. Ada tu, perkara yang terkadang saya tak terlintas kat minda ni. Tu baru kes masalah sosial dan kekeluargaan. Isu jiran terlebih amik berat pasal orang satu taman pun ada.Belum masuk lagi isu politik. Boleh buat pecah belah. Baru la saya faham apa yang cikgu saya cakap dulu dan kenapa la mak tak jawab soalan saya. Kadang-kadang rasa kecewa dengan diri sendiri sebab belum mampu berbuat apa-apa.

Berbalik pada kisah pasar malam tadi. Saya dan adik pun meronda-ronda di sekitar pasar malam tu. Mula-mula kena la singgah beli barang-barang dapur sikit. Takut lupa pulak barang-barang yang mak pesan tadi. Mengutip pengalaman berbelanja barang dapur. Pening rupanya. Bagaimanalah selama ni mak dan abah uruskan semua tu. Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka. Destinasi seterusnya, beli air soya. Tersenyum-senyum la saya lepas beli tu. Dah la beli banyak. Tamak betul. Lepas beli banyak-banyak barang, boleh pula kami ronda sekali lagi kat pasar malam tu. Adik pun dah macam senget sebelah je pegang barang. Hehe.. kejam2. Sebelum balik, sempat singgah lagi beli kopok lekor dan kuew tiow goreng. Nasib baik la, bawa duit bape ringgit je tadi. Kalau tak..hm…

Manusia macam-macam ragam. Saya ni pun dah tentu banyak kerenahnya juga. Moga saya mampu bertahan sepertimana mereka cuba bertahan dengan kerenah saya. Maafkanlah diri ini yang serba kekurangan. Kerna ku manusia biasa.

Tuesday, June 8, 2010

Menantu terlebih bagus..

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".

Monday, June 7, 2010

Bush and Powell

Bush dan Powell sedang duduk-duduk di dalam sebuah bar. Seorang lelaki masuk dan bertanya kepada bartender "Bukankah itu Bush dan Powell?".

Bartender menjawab "Iya, itu memang mereka."

Lalu lelaki itu mendekati mereka dan menyapa
"Hello, apa yang sedang anda berdua bincangkan?"

Bush menjawab
"Kami sedang merancang perang dunia ke-3."

Jawab lelaki
"Perang dunia ke-3? apa yang akan terjadi?"

Bush menjawab
"Kami akan membunuh 500 juta orang Islam dan seorang penjual Basikal"

Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut
"Penjual Basikal?"

Bush menoleh ke arah Powell dan berkata
"Lihat, tidak ada siapa yang peduli pasal 500 juta orang Islam tu kan?"

Pengajarannya : Anda lebih bijak berfikir kan...

Nilaian Sebuah Tangisan by Halim

Seluruh dunia hatinya bergetaran
Kerana harga dan nilaian
Setitis air mata

Seringkali kita dihidang
Dengan kisah penderitaan
Saudara yang merana

Seringkali kita abaikan
Tiap seruan
Untuk membantu bebeskan
Mereka dari kekejaman

Seluruh dunia hatinya bergetar
Kerana harga dan nilaian
Setitis air mata

Anak yang tidak berdosa
Tiada pernah kenal bapanya
Yang syahid penuh bermaruah
Demi agamaNya

Friday, June 4, 2010

Akibat Terlalu Dekat

Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur digenggamnya di dalam tangannya.

“Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini ?” kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya.
“Cuba berikan ku bayangan,”pinta penjual telur.
“Benda ini bentuknya seperti telur,” ujar pelanggan.
“Lagi?”
“Warnanya seperti telur”
“Lagi?” rayu penjual telur lagi.
Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya lantas berkata: “Belum cukup lagi? Baiklah, jika dimasak rasanya seperti telur. Ia cair dalam keadaan biasa tetapi bila dipanaskan ia menjadi pepejal.”
Penjual telur masih terpinga-pinga. “Tolong berikan lagi pembayang yang lebih hampir.”
“Di dalamnya ada cecair yang berwarna putih yang mengelilingi warna kuning!”
Setelah berfikir panjang, penjual telur menjerit : “Aku tahu jawapannya, ia sejenis kuih”
Pelanggan menggeleng kepala. Lantas membuka genggamannya. Ya, hanya sebiji telur… Apa lagi ?

Pengajarannya
Manusia sering menjadi buta dengan apa yang terlalu hampir dengan dirinya. Orang yang paling hampir selalu dipinggirkan, tetapi apabila orang itu sudah tiada, baru terasa kehilangannya. Ya, kerapkali sesuatu itu tidak dapat dilihat bukan kerana terlalu jauh, tetapi kerana terlalu dekat.

Thursday, June 3, 2010

Engkau Insan Sempurna

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Terkenal Di Langit Tak Terkenal Di Bumi


Pernah satu hari saya mendapat mesej dari seorang sahabat. Ringkas tapi sangat mendalam meksudnya. “Tiada maknanya kemasyhuran seorang manusia jika penghuni langit tidak mengenalinya”. Tadi semasa berjalan-jalan di alam maya, tiba-tiba terserempak dengan kisah insan ini yang dijelaskan Rasulullah s.a.w sebagai penghuni langit.

Uwais al-Qarni : Terkenal Di Langit Tak Terkenal Di Bumi.

Uwais Al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.
Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnyam, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sebok mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siapmelaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.
Wallahua'lam.

Wednesday, June 2, 2010

Ketemu sama teman lama.

Sabtu lalu, saya menerima undangan majlis walimah dari seorang teman lama. Teman masa sekolah rendah. Tapi masa tu, kakak dia yang kahwin. Ramai juga tetamu yang datang.

Lepas makan, duduk seketika berborak-borak bersama teman saya tadi dan beberapa teman lain. Berbicara mengenai perkembangan masing-masing. Maklumlah, dah lama tak bersua. Ramai juga teman-teman sekolah rendah yang kembali saya temui. Ada tu sampai dah tak ingat nama saya.

Masing-masing dengan perkembangan sendiri. Setiap orang sibuk menceritakan pengalaman di tempat pengajian masing-masing. Saat itu, saya terkenangkan zaman persekolahan yang penuh suka duka. Banyak pengalaman boleh ditimba. Cuma adakala terlepas pandang. Tapi saat itu sudah berlalu. Saya harus berada di tempat saya berada kini iaitu hari ini.

Banyak perbezaan yang amat ketara dari segala aspek yang dapat saya lihat pada mereka. Dan saya sedar saya sendiri juga mengalami terlalu banyak perubahan. Dan masih lagi dalam proses perubahan tanpa henti. Saya harap kami akan sama-sama terus berubah ke arah yang positif dan lebih baik dari semalam.

Hidup umpama roda juga. Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah. Andai sekarang saya bergembira, akan datang jua kesedihan selepas itu. Jangan takut untuk melangkah kerana khuatir apa yang bakal berlaku nanti.

Susunlah jadual hidup harian dan ikuti dengan tenang. Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buju yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikuti tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tetapi jangan dikhuatirkan.

Wallahua’lam.

Tuesday, June 1, 2010

Al-Kisah Semut

Jom baca cerita tentang semut. Saya jumpa dalam blog seorang sahabat ni.. Moga memberi manfaat. InsyaAllah.. =)


Alkisah di zaman dahulu kala, terdapatlah segerombolan semut yang tinggal di sebuah kawasan penempatan semut. Semut ini tersangatlah rajin. Mereka saling bantu-membantu dalam melaksanakan keperluan harian. Ada yang mengangkut makanan, adanya mencari makanan, bahkan terdapat juga semut yang menjaga lalulintas semut-semut lain. Mereka juga amatlah berdisiplin dalam kehidupan harian. Jalannya selalu dalam keadaan berbaris.

Dalam komuniti semut ini, terdapat seekor semut yang bernama Mail(bukan nama sebenar). Beliau merupakan seekor semut biasa, semut awam, bukannya seekor pahlawan, bukan jua seekor panglima semut, tidak daripada golongan pembesar apatah lagi daripada golongan pemerintah. Beliau melalui hari-hari dalam hidupnya seperti semut-semut awam yang lain. Mereka bekerja mencari makanan, membayar cukai, dibayar gaji dan lain-lain lagi. Sama seperti semut-semut lain. Merka diperintah oleh Permaisuri Ahstauiaka(bukan nama sebenar) iaitu pewaris takhta ke-18 dinasti semut wilayah timur.
Pada suatu hari, Mail ditugaskan mencari makanan di sekitar hujung kawasan jajahan takluk pemerintahan Pemaisuri Ahstauiaka, atau kata lainnya di pinggir bandar Xareshgkyia(bandar utama jajahan Pemisuri Ahstauiaka). Mail menuruti arahan itu dengan penuh dedikasi. Di waktu yang sama, penduduk bandar semut tersebut melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa di luar sarang semut. Ada yang berjual beli di pasar, ada yang berada di kedai menggunting sesungut, dan macam-macam lagi.

Ketika dalam perjalanan, Mail terdengar satu bunyi yang amat kuat. Tahulah Mail bahawa itu merupakan bunyi tapak kaki manusia yang sedang menuju ke arah bandar Huatfaoa. Mail cemas! Pada fikirannya beliau membayangkan bagaimana manusia-manusia itu akan memijak rakyat negaranya yang sedang berada di luar sarang mereka. Panglima akan dipijak, pahlawan juga, apatah lagi pembesar, bahkan Pemisuri Ahstauiaka juga akan dipijak oleh manusia-manusia itu!

Lalu dengan cepatnya Mail berlari menuju kembali ke tengah bandar Xareshgkyia. Beberapa kali kaki Mail tertusuk duri, beberapa kali juga Mail terlanggar pokok-pokok kecil, namun tidak Mail endahkan kesakitan yang dialaminya, demi memikirkan keselamatan komuniti semutnya. Dalam masa yang sama, Mail dapat mendengar derupan kaki manusia tersebut semakin kuat, lantas menambakan kerisauannya terhadap nasib komunitinya.

Mail berlari semakin laju. Pabila menghampiri bandar Xareshgkyia, Mail pun menjerit :
" Fgahii sajhhjf htahja agsftyhgjas gasg aa jgyufabnh!! Gakhaufayhj fajjhfa jkfayf fah7v fjahfafh Xareshgkyia fha!! Fgahii!!! Fgahii!!"

(transilasi - Lari ke dalam sarang kamu semua!! Ada manusia sedang menghampiri bandar kita!! Mereka tidak sedar tentang kewujudan bandar Xareshgkyia kita!! Lari!! Lari!!)

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini kisah tahyul, rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ini pula kisah benar, yang pernah berlaku di suatu masa dahulu :

Hingga ketika mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, "Wahai semut-semut! Masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan bala tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari." (Surah An-Naml,27 : 18)

Kita dapat melihat bagaimana seekor semut biasa, begitu bersungguh-sungguh berusaha untuk menyelamatkan kaumnya daripada diinjak oleh Nabi Sulaiman dan tentera-tenteranya.

Begitulah jua hendaknya kita sebagai manusia biasa, biar tidak punya kuasa, wang, pangkat atau apa-apa sekalipun, tetap berusaha untuk menyelamatkan umat kita yang berada dalam keadaan merbahaya sekarang. Kita hendaklah mengambil semangat semut dalam kisah Nabi Sulaiman dan juga semangat Mail, betapa pentingnya tanggungjawab dan usaha kita dalam menyelamatkan umat sekarang. Bagaimana kerdilnya semut itu, namun besar semangatnya untuk melihat kaumnya selamat.

Mungkin kita bukanlah seorang ustaz/ah, bukan juga seorang yang disegani, apatah lagi seorang menteri, namun kita harus menanam perasaan bertangungjawab dan sentiasa berusaha untuk menyelamatkan ummah kita ini lantas membawa mereka kembali kepada cara hidup Islam yang sebenar.

Marilah kita belajar dari alam.. ^^v

Wallahua'lam.

Ya Allah.. Permudahkan urusan mereka.

Masa..

Sepertinya masa berlalu dengan pantasnya meninggalkan kita. Sedangkan jarum jam tak pernah berubah kelajuannya. Cuma kadangnya kita tak sedar perjalanan waktu itu kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan dunia..
Wahai diri, isilah masa lapangmu dengan sebaiknya. Hargailah waktu sihatmu..