Seorang pemuda menemui gurunya dalam keadaan pucat pada suatu pagi.
"Wahai guru, semalam aku telah mengkhatamkan Al-Quran dalam solat malamku", ujar sang pemuda.
"Bagus nak. Nanti malam tolong hadirkann bayangan diriku dihadapanmu saat kau membaca Al-Quran itu. Rasakan seolah-olah aku sedang menyemak bacaanmu."
Keesokkan harinya, sang murid datang dan melaporkan pada gurunya, "Semalam aku hanya sanggup menyelesaikan separuh dari Al-Quran itu."
"Engkau sungguh telah berbuat baik." Sang guru menepuk-nepuk bahu pemuda itu. "Nanti malam kau lakukan lagi, tapi kali ini bayangkan para sahabat Nabi mendengar bacaan Al-Quran mu itu. Bayangkan mereka memeriksa bacaanmu."
Pagi-pagi keesokkannya pemuda itu mengadu, "Aduh.. semalam hanya sepertiga Al-Quran yang dapat ku lafazkan."
"Alhamdulillah, engkau telah berbuat baik." Kata gurunya sambil mengusap lembut kepala pemuda itu. "Nanti malam, bacalah Al-Quran dengan lebih baik. Hadirkanlah rasa bahawa Rasulullah s.a.w yang akan menyemak bacaanmu. Orang yang kepadanya diturunkan Al-Quran itu."
Seusai solat subuh berjemaah keesokkannya, sang guru bertanya, "Bagaimana solatmu semalam?"
"Aku hanya mampu membaca satu juzuk Al-Quran. Itu pun dengan susah payah", keluh sang pemuda.
"MasyaAllah, teruskan kebaikan itu, nak", kata sang guru sambil memeluk muridnya itu. " Dan nanti malam, tolong hadirkan Allah s.w.t dihadapanmu. Sungguh, sebenarnya Allah lah yang mendengar bacaanmu. Allah yang telah menurunkan Al-Quran. DIA selalu hadir dekat denganmu. Jika engkau tidak melihatNya, DIA pasti melihatmu. Ingat baik-baik. Hadirkan Allah, kerana DIA mendengar dan menjawab apa yang kau baca!"
Keesokkannya harinya, ternyata pemuda itu jatuh sakit. Sang guru pun datang menjenguknya. "Ada apa denganmu?", tanya sang guru.
Sang pemuda berlinangan air mata. "Demi Allah.. semalam aku tidak mampu menyelesaikan bacaanku. Hatta cuma Al-Fatihah pun tidak sanggup aku menamatkannya. Ketika sampai pada ayat, 'Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'iin' lidahku kelu. Aku merasa berdusta. Di mulut ku ucap 'KepadaMu ya Allah aku menyembah' tapi jauh di dalam hatiku aku tahu bahawa aku sering memperhatikan selain DIA. Ayat itu tidak mahu keluar dari lisanku. Aku menangis dan tetap saja tidak mampu menyelesaikannya."
:: Petikan buku Dalam Dekapan Ukhuwah::