Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Monday, June 27, 2011

Bersih

Bismillah.

Alhamdulillah masih menikmati nikmat Iman dan Islam. Masih diberi kesempatan menikmati hari ini.

Apa khabar iman kita ?

Allahu..Allah.
Kami mohon jangan Kau palingkan hati kami setelah Kau beri hidayah ya Allah... Allahuma amiin.

Saya suka tengok gambar ini. Superman.. ^^ Sebab superman ini pandai sikit dalam berpakaian.

Masa tengok gambar ni, saya sangat tertarik dengan ayat, 'Being a superman is being someone who always gives benefits to others.'

Terfikir..

"Adakah aku ini seseorang yang bermanfaat pada orang lain ? "

Yup.. perlu direnungkan perkara itu.

Kita hidup didunia ini bukan hanya hidup seorang diri.

Jom BERSIHkan hati.. keBERSIHan itukan sebahagian dari iman.. =)

Wallahua'lam.


Friday, June 24, 2011

Munajat Kasih

Di kala pawana mencium senja

Berangkatlah insaf ke laman taqwa

Menziarahi khilaf di pusara doa

Menguis dosa memadam noda


Belentara malam seindah anugerah

Kelopak tafakur bercambah di pagar pasrah

Mengurai simpul resah di rata sejadah

Munajat kasih bernada tak bertingkah


Bukan mudah melelas rindu

Laskar nafsu selalu memburu

Dinding mujahadah retak seribu

Lorong istiqamah beronak berliku


Mata bersaga menahan lena

Semakin asyik dibuai asmara

Lantera hati bernyala cahaya

Rahmat melimpah di tangan terbuka


Ketika mata menatap pagi

bebunga cinta mekar berseri

harum mewangi di taman syurgawi

Mahligai abadi bahgia hakiki


~ best lagu ni walau liriknya sangat berbunga

:: Boleh dengar di sini... ::


Hari ni saya jalan kat blog seorang senior masa sekolah saya..

Blog Epilog Seorang Mujtahid ,

Student's Life , blog zaujah dia.

Kisah Kasih Kekasih, blog mereka.. =)

Wallahua'lam.



Thursday, June 23, 2011

Peluang

Bismillah.

Alhamdulillah dah sampai rumah.

Malam pertama di rumah. Perasannya macam lama je tak balik rumah sedangkan hanya 5 minggu berada di Bumi Darul Iman.

Hari ni tak mengapa beri mereka peluang bercerita. Jadi pendengar je. :)

Sejak beberapa hari ni saya masih terngiang-ngiang lagi ayat, "Apa yang ada ni pun sudah harapan..."

Syukur.

Bukan hanya di bibir.

Dan saya ?

Wallahua'lam.

Monday, June 20, 2011

700

Bismillah

700.

Menyentap hati bila tengok nombor tu. Tidak tahu mahu digambarkan bagaimana perasaan saat itu.

Lega bila tengok perkataan “Congratulation”.

Syukur sangat-sangat.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Target lebih sebenarnya. Tapi yang dapat ni Alhamdulillah, sangat-sangat melegakan kerana masih ada harapan untuk esok.

Andai tambah lagi satu soalan salah jawab tadi, perkataan FAIL akan terpapar.

Allah.. Luluh hati..

InsyaAllah. Moga Allah permudahkan untuk ku dan sahabat-sahabat lain menempuhkan satu lagi exam esok.. Allahuma amiin..

“Suratan atau kebetulan ?”, tanya seorang sahabat.

Masing-masing tersenyum, tahu jawapannya.

InsyaAllah segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.

Mendidik hambaNya yang selalu lupa ini..

p/s : Terima kasih tak terhingga kepada 3 orang bakal bidadari syurga (Allahuma amiin) yang sentiasa berada disisi sepanjang 5 minggu ni. Terima kasih sudi jadi teman sebilik saya. Terima kasih untuk segalanya. Moga Allah membalas segalanya dengan sebaik-baik balasan. InsyaAllah.

Saya bakal merindui kalian cuti ni.. >.<''

Wallahua'lam .

Thursday, June 16, 2011

Desakan

Bismillah.

Akhirnya dia akur mengikut kata-kata kami si kanak-kanak ribena.

Kesian Cik I kena buli dengan kami. Walaupun kadangkala dia pun buli orang. Saya tak termasuk insan-insan yang dibuli dalam bilik tu sebab.. saya ni seorang pendendam. *muka kejam

Saya seorang je yang ‘kejam’ sebenarnya. Yang lain insyaAllah boleh dah tu jadi calon isteri orang. ^^

“Kadangkala desakan membuahkan perubahan” Kata-kata untuk hari ni ye.

Tiba-tiba terbayang Mesir.

Setelah sekian lama Republik Arab Mesir di bawah pemerintahan rejim Husni Mubarak yang mengamalkan pemerintahan demokrasi sempit dan tertutup serta menyekat hak kebebasan rakyat Mesir, akhirnya mereka menyuarakan hasrat hati mereka dengan tunjuk perasaan dan bantahan. Tindakan tersebut dilihat sebagai satu bentuk protes yang ‘meletup’ akibat terlalu lama memendam kemarahan dan menangung keperitan kerana kesusahan hidup yang mereka kecapi selama ini. Luahan ketidakpuasan hati dan kekecewaan rakyat Mesir terhadap pentadbiran kerajaan Mesir terutama dalam pengurusan negara yang lemah, zalim dan menekan sehingga rakyat mereka tidak mendapat ruang kebebasan dan pembelaan di dalam segenap aspek terutama kebajikan dan pembangunan kehidupan harian.

InsyaAllah hari ni hari terakhir pertapaan kami di Lab yang sejuk dan sangat best ini.

Lagi beberapa hari nak exam .. Tak jumpa dah Cik Trainer kami lepas ni. Dan lagi beberapa hari nak balik.

Dah tak mahu malas-malas atau emo-emo sebab dah kena warning.. >.<”

Perkongsian untuk diriku dan kalian juga..




Firman Allah yang mafhumnya,


"Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. "

(Al-Ankabut:20)

Gerhana


Semalam tunggu gerhana bulan. Tapi cuaca agak mendung, jadi tak nampak pun bulan..


Pukul 2 pagi tadi jengah juga keluar, gelap. Lebih kurang jam 3 lebih dah terlena masa tu, tiba-tiba ada sorang tu kejut ajak tengok bulan.. Dengan mamainya 'meronda' dipagi hari.


Lagi beberapa hari je lagi untuk kami tinggal sebilik. Sekejap tempoh 5 minggu tu terasa. Macam-macam dilakukan bersama.


Pasti akan merinduinya..


Wallahua’lam.







Wednesday, June 15, 2011

Hari emo sedunia.

Bismillah.

Nampaknya kena tunda tiket lagi. Disebabkan cuti ahad ni, InsyaAllah exam yang 19hb tu juga akan ditunda ke hari Isnin 20hb.

Lepas tu exam yang 21hb, mungkin jadi 23hb..

Selalu sangat gembira je bila dengar cuti tapi kali ni betul-betul tak suka cuti. huhu..

Dan tiba-tiba emosi saya menjadi sangat tak stabil... bukan saya je kot, semua orang dalam kelas ni.. mungkin..

Agak-agak berapa haribulan patutnya saya balik ?



Dengar ni plezz..
[Penawar Hati]



InsyaAllah..
Yang Ada Ini Sudah Harapan


Wallahua'lam

Monday, June 13, 2011

Bismillah. InsyaAllah esok next exam jam 9.30 pagi. Takut juga sebenarnya. Kadang-kadang stress diperlukan untuk jadi penguat semangat.. >.<

*best juga bila soalan termasuk-masuk dalam mimpi.

Tadi tengok cerita ni (Children Of Heaven) bersama Cik Lalim, jiran sebelah. Sedih sangat ceritanya. *Tetiba boleh pula tengok cerita masa prep ye..

Tapi antara yang saya belajar dari cerita tu,

"Hargailah apa yang kita ada. Sebab belum tentu semua orang ada apa yang kita ada.."

Masa saya 'melawat' bilik coursemate saya, membuatkan saya fikir banyak perkara. Lebih pada perancangan masa depan juga la. Mereka dalam bilik tu lebih berusia dari saya, lebih kurang beza 4 tahun dari saya.

Mereka berkongsi cerita tentang banyak perkara. Entah.. saya hanya diam dan mengagguk saja. Malu juga. Banyak perkara yang saya terlepas pandang.

Balik bilik, sebelum tidur tu lama juga saya termenung.

Hmm..

Tolong refresh niat dan kemaskini apa yang dah dirancang ye wahai diri.

Walllahua'lam.

Saturday, June 11, 2011

Cermin

Bismillah.

Alhamdulillah… hari ni sinar mentari sangat terik. Subhanallah.. Maha suci Allah Tuhan yang menjadikannya. Bayangkan bagaimana kita tanpa hadirnya sang mentari…

Tak terbayang bagaimana jika Allah membiarkan kita walau kadar sekelip mata..

Allah..Allah..Allah.

Ya Allah, kami mohon kurniakanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tak lagi gentar atau mengharap dari orang lain selain dariMu… Allahuma amiin..

Melihat Cermin.


Apa yang kelihatan..?

*terbayang cerita Snow White..

“Siapakah yang paling cantik di negara ini wahai cermin ajaib”

Melihat cermin, bukan hanya duk belek muka semata.. Cuba kita ‘lihat’ lebih dari itu.

Salah satu cara untuk kita mengenal diri ialah dengan ‘bercermin’, tahu kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Usahlah terpedaya dengan kesombangan diri wahai diriku yang sering perlu diingatkan.


Seandainya setiap insan itu mengetahui dari apa ia diciptakan, untuk apa ia diciptakan dan matlamat sebenar atas penciptaannya, juga sekiranya dia menyedari betapa manusia adalah makhluk yang lemah dan sangat memerlukan kerjasama orang lain dalam memperolehi sesuatu di dunia ini, maka sudah pasti dia akan membuang jauh-jauh kesombongannya itu, diganti dengan kerendahan hati yang sangat disukai Ilahi.

Kenali diri dengan selalu melihat ‘cermin’. Cermin pertama ada pada hatimu, sementara cermin kedua wujud di sekelilingmu.

Wallahua’lam.

Wednesday, June 8, 2011

Prep

Bismillah.

Alhamdulillah.. masih diberi peluang menikmati nikmat Iman dan Islam. Masih berpeluang menjalani hari ni...

Hari ni kat Lab, tak kena taip coding... Prep je.. Menjawab soalan.

Patutnya jawab soalan. Tapi saya duk tengok jawapan baru TERbaca soalan.. huhu.. itu adalah sesuatu yang sangat tidak patut.. Jangan tiru perbuatan yang kurang sihat ni..

Ni antara soalan-soalannya.. Ada lagi beratus soalan sebenarnya.. (T.T)








Terima kasih kepada jiran saya, Miss 'Lalim'.. yang tolong cari coding yang saya salah taip setiap kali ada error. Dan sama-sama 'melukis-lukis' pada soalan bagi kasi menarik untuk diulangkaji.. hehe...

Tak lupa gak, tadi sama-sama jalan kat sini.. ;-)

Saya sangat tertarik dengan post kat LangitIlahi yang tajuk, 'Motivasi: Daripada Kegagalan Kita Belajar'.

Sangat terkena kat batang hidung sendiri bila baca.

"Dah2... tolong usir jauh-jauh perasaan malas tu.. Tolong jangan rasa serik bila sekali terjatuh... Plezz..."

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Wallahua'lam.

8 Jun 2011

Bumi Darul Iman

peniup semangat

Buat insan jauh...

dan juga dekat.. :)





Tika ku kealpaan

Kau bisikkan bicara keinsafan

Kau beri kekuatan,

tika aku Diuji dengan dugaan?

Saat ku kehilangan keyakinan

Kau nyalakan harapan

Saat ku meragukan keampunan Tuhan

Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Tuesday, June 7, 2011

Hari 22

Bismillah.

Alhamdulillah.. kaki yang melecet tu makin best pedihnya. Subhanallah.

Tak sakit pun sebenarnya, sekadar rasa pedih bila ia bergesel dengan stoking. Cara jalan macam la orang patah kaki. Wahai diri, usah la dikau terlalu mengada.

Alhamdulillah. Ada hikmahNya sakit yang terlalu kecil ini. Sekurang-kurangnya saya sedar kewujudan anggota yang bernama kaki ni. Selalu berjalan ke sana ke sini tanpa ingat yang saya ni ada kaki. Apatah lagi mengingati bahawa setiap langkah yang dibuat tu akan dinilai.. Semuanya akan ditanya kelak. Ke manakah diayunkan kakimu..

Astaghfirullahal a’zim.

Sehari sebelum kaki melecet, saya ada terhenti pada satu ayat al-Quran.

Firman Allah yang mafhumnya,
“Dan bersederhanalah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara adalah suara keldai.
(Luqman : 19)

Masa baca tu saya terfikir yang saya selama ni duk jalan laju masa nak pergi kelas. Kadangkala tertinggal orang dibelakang.

“Tolonglah jangan terlalu energetic masa berjalan.” Tegur seorang sahabat.

“Pagi.. jalan kena laju sikit. Ni belum guna gear jalan biawak” Sambil senyum tiga selama beberapa saat.

“Petang pun sama je laju..” Kena tembak lagi. Tak sempat mengelak.

Dan hari ni.. saya lah orang paling belakang. Tarbiyyah. Allah nak didik saya supaya berjalan dalam keadaan bersederhana.

Kesimpulannya, bersederhanalah dalam semua perkara. =)

InsyaAllah. Moga Allah mengampunkan kita semua.

Wallahua’lam.



6 June 2011

Bumi Darul Iman

Sunday, June 5, 2011

Outing

Bismillah.

Subhanallah. Maha suci Allah Pemilik segala kekuasaan, memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia mahu, merampas kekuasaan itu dari sesiapa yang Dia Mahu. Dan Dia juga yang berkuasa memuliakan dan menghinakan sesiapa yang Dia mahu.

Allahu.. Allahu.. Allah..

Jam melewati 9.40 pagi. Kami mula menapak ke bus stop di persimpangan masuk ke pintu belakang asrama. Tiba-tiba bas melintasi masa kami masih di perjalanan. Hampa jugalah sebenarnya. Seorang sahabat kata bas sampai dalam jam 10 pagi. Tak boleh la nak salahkan dia, sebab dia bukanlah pemandu bas tu. Akhirnya, duduk la kami di bus stop tu dengan penuh pengharapan.

1 jam. Memerhati kereta dan segala kenderaan lalu lalang. Penantian tu kan satu proses. Proses agar diri menjadi lebih sabar.

Kenderaan sekarang ni dah jadi satu keperluan dan bukan hanya sebagai memenuhi keinginan. Agak susah nak bergerak tanpa mempunyai kenderaan sendiri. Ada je pengangkutan awam, tapi kita terpaksa mengorbankan masa sedikit untuk menunggu. Kalau yang suka membawa buku ke mana-mana, sekurangnya adalah teman. Bayangkan orang yang malas macam saya ni.. huhu.

Tertekan je kan tengok kereta yang dipandu terlalu laju tanpa menghiraukan pemandu lain. Dah pula tu, siap potong kat jalan yang ada double line lagi. Suka-suka dia je. Orang lain yang terpaksa mengalah dengan dia. Bila nampak polis baru la nak ikut peraturan sebab takut kena saman.

Kadang-kadang kita terlupa yang kita sentiasa diperhatikan. Terlupa setiap tindakan kita akan dicatat tidak kira sama ada kita mengikut peraturan atau pun tidak.

Alhamdulillah, dah beli tiket untuk balik ke Muar. InsyaAllah.. Moga Allah permudahkan segalanya. Amiin.

Masa berhenti solat zohor di surau dekat bustand MBKT, ada beberapa orang kanak-kanak dalam linkungan 4 – 6 tahun turut berada dalam surau tu. Mungkin mereka ni anak-anak penjual kat kedai-kedai yang ada kat situ.

Sambil bersiap-siap selepas solat tu, saya duk perhati 3 orang tu. Sedang solat. Subhanallah. Walau perbuatan hanya ditiru dari orang yang lebih dewasa, tapi saya kagum dengan mereka. Saya hanya memerhati.

Selepas solat, tiba-tiba saya melihat mereka mengeluarkan barangan make-up. Berkerut gak muka saya melihat mereka. Saya hanya senyum saja melihat mereka. Rupanya masa saya duk senyum-senyum tu, ada seorang mak cik perasan. Malunya. >.<

“Persekitaran mereka didik mereka jadi begitu…” Ringkas ayat mak cik tu. Saya hanya mengangguk setuju.

Balik dari membeli barang-barang penting di Mydin, kami belajar mendidik diri menjadi sabar lagi dengan menunggu bas selama sejam lagi. Bertambah lagi dengan tak ada tempat duduk dan kaki yang dah melecet disebabkan kasut yang baru pakai.

Tenanglah duhai jiwa..

Wallahua’lam.

Thursday, June 2, 2011

Chess hidup

Bismillah.
Setiap keputusan yang kita pilih, akan memberi kesan yang berbeza. Macam main chess..


Dan saya masih rasa sangat down sejak semalam.

Setiap yang datang memberi impak sedikit sebanyak kepada diri yang kian lemah.


DIA Maha Mengetahui segalanya.


Wallahua'alam.