Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, May 31, 2011

Bismillah

Alhamdulillah. Hari ni dah hari ke 17 program 3P..

Macam dah lama sangat rasanya.. huhu.. Bila nak hari ke 36 ni.. >.<


Tak tahu nak gambarkan perasaan saat ini.. Macam kucing ni kot.. (T.T)

Esok.. InsyaAllah 1 June, 10.30 pagi.. ada exam..

Banyaknya soalan kena buat....


Yosh..

kuat-kuat...

jangan malas-malas...


Malam ni.. tak sabar..

Ada orang janji nak sampaikan hadiah.. hoho..

^^


Moga-moga dikurniakan kekuatan.. InsyaAllah.

p/s: Doakan...

Wallahua'lam.

Monday, May 30, 2011

Barakallah...

Bismillah..

Semalam seorang lagi sahabat telah selamat diijab kabulkan.. Sedih sebab tak dapat pergi majlis walimah mereka..

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan berkat kepada pasangan dan zuriat mereka

InsyaAllah



Sahila dan Ammar

Wallahua'lam.

Sunday, May 22, 2011

Manusia vs Haiwan

Bismillah.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan menikmati nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menikmati hari ini yang sungguh indah dan mendamaikan jiwa-jiwa yang sentiasa mengingatiNya.

Apa khabar iman kita saat ini ?

Apakah masih menggunung rindu pada Rasulullah saw ? Berapa banyak selawat yang meniti dibibir ? Dan adakah sunnah baginda diikuti ?

Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang di antara kita semua. Bukankah kita semua bersaudara selagi kita berpegang pada ‘tali’ yang sama.

Jom belajar memaafkan.

Firman Allah yang mafhumnya,

“Mudah-mudahan Allah menimbulkan kasih sayang diantara kamu dan orang-orang yang pernah kamu musuhi diantara mereka. Allah Maha Kuasa. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(Al-Mumtahanah : 7 )

Manusia VS Haiwan

Firman Allah yang mafhumnya,

“Sesungguhnya penolong kamu hanya Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya serta orang beriman sebagai penolong, merekalah yang akan mendapat kemenangan”

(Al-Maidah: 55-56)

Biarpun manusia merupakan kejadian makhluk yang paling sempurna ciptaan Allah, tetapi manusialah yang paling keterdepan dalam kehilangan sifat-sifat manusiawinya. Sedangkan makhluk-makhluk yang lain masih kekal dengan sifat tabiinya masing-masing dalam meneruskan kehidupan makhluk tersebut mengikut ketetapan Tuhan Pemilik sekalian alam.

Logiknya lembu tidak pernah cuba menjadi singa supaya nampak lebih gagah, malah ia tetap dengan tabiinya memakan rumput, mengeluarkan susu dan sebagainya. Singa pun tidak pernah menabalkan dirinya bebas membaham sesiapa sahaja, hanya sekadar untuk keperluan dan kelangsungan kehidupan spesiesnya sahaja, tidak lebih dari itu.

Namun, manusia yang tidak beriman sanggup melakukan apa sahaja, meredah dan membaham apa jua yang boleh menguntungkan, mencampuradukkan yang hak dan batil, bermuka-muka dengan sesiapa sahaja demi kepentingan diri.

Keyakinan, penghayatan dan pelaksaan tuntutan kalimah tayyibah itu sebenarnya menjadi pengukur untuk mengangkat dan membezakan seseorang itu sebagai manusia sebenarnya atau sebaliknya.

Moga-moga Allah golongkan kita semua dalam golongan hambaNya yang beriman dan mendapat keredhaanNya. Amiin.

Wallahua’lam.

Wednesday, May 11, 2011

Kipas slow

Bismillah.

Alhamdulillah. Tadi dah beli tiket balik Terengganu. Jam 10 malam InsyaAllah. Seat 10A. Nampaknya macam agak belakang tempat duduk yang dapat kali ni. Rasanya macam paling belakang je. Hari tu balik Muar, duduk paling depan. Bukanlah tempat driver tapi belakang driver.

Hari ni pagi-pagi, Cik Ros ke klinik. Anak jagaannya tumpang kejap kat umah ni. Baru nak mesra alam sikit tapi Hakim tu tak berapa nak layan. Mungkin sebab dah lama tak jumpa. Ye ke. Bukan memang tak rapat dengan dia lagi sebelum ni ? Saya lebih suka membuli kakak dia, Yasmin yang lagi comel dan agak petah bercakap. Kalau dia bercakap, saya hanya boleh diam dan sesekali melayan dia cakap apa. Penat juga melayan kanak-kanak ribena ni. Moga mereka menjadi mujahid dan mujahidah yang hidupnya ikhlas keranaMu ya Allah. Amiin.

Alhamdulillah.. hari ni banyak juga helaian Rindu Bau Pohon Tin yang berkesempatan saya baca. Menyelusuri setiap chapter yang tersusun indah dan mempunyai maksud tersendiri yang ingin disampaikan oleh penulisnya. Seakan saya turut bermusafir ke bumi Syam. Adakala terasa juga kata-kata yang terkena batang hidung sendiri.

Jujur terhadap kejayaan dan kesilapan, pencapaian dan kejatuhan. Pada semua itu munculnya ibrah yang matang untuk diteladani oleh mereka yang mahu berfikir. (Ms.40, RBPT)

Seakan tiba-tiba saya menjadi risau tentang kekurangan diri sebelum menjejakkan kedua-dua belah kaki ke dalam lautan masyarakat yang pelbagai ragam. Mengenangkan bekalan diri yang terlalu sedikit, bagaimana untuk terus melangkah.

Duhai hati, tenang dan damailah kerana DIA sentiasa ada bersamamu. Terlalu dekat. Lebih dekat dari urat lehermu. Jangan putus asa. Terus persiapkan diri.

Allah. Cuaca sekarang ni agak panas.

Teringat kenangan kat bilik.

“Kipas ni macam slow sangat je”, kata saya sambil melipat-lipat lengan baju.

“Kipas ni kan baru lap ritu… laju je ni..” Roommate saya memandang semacam. Hehe.

“Tak jadilah nak lap. Nak gi basuh tangan je. Ni tangan dengan kaki dah berpeluh-peluh basah.” Saya senyum tiga.. Memang kipas tu baru lap minggu lepas.

Kat rumah, kipas memang 24 jam dah pasang.

“Bestnya kalau dapat ais…” Kata Aziera, adik saya.

“Gi duduk dalam peti sejuk..”

Tiba-tiba betul-betul dia pergi buka peti sejuk dan berdiri depan tu sambil buat muka gembira. Adeh budak ni, orang cakap je.. dia buat betul-betul plak.

Bicara Tuhan kepada hambaNya.

Ketika selesema, saat itu aku tersedar akan kewujudan hidung. Saat terasa sukarnya bernafas. Masa tu baru rasa bagaimana peritnya kena bernafas melalui mulut. Kalau sekarang memang kita tahu ada hidung tapi kadangnya tidak ingat yang ianya Alhamdulillah masih berfungsi dengan baik.

Begitu juga tatkala musim panas ni melanda, apakah reaksi kita ?

Allah…

Nikmat Tuhanmu yang manakah lagi yang ingin kau dustakan wahai diri ?

Astaghfirullahal a’dzhim.

Wallahua’lam.

Sunday, May 8, 2011

Surat Jausyan

Bismillah

****

"Abah, nak ikut.."

Comel si kecil darjah 5 itu meminta di muka pintu. Ingin mengikuti ayahnya.

"Baqiri duduk rumah, jaga mak.."

Anak yang manja dengan ayahnya itu akur. Manja, dia memang manja.

"Abah, bila nak balik?"

Jausyan Baqiri menelefon ayahnya. Tak dapat ikut, rasa rasa rindu pula.

"Kejap lagi abah balik na.."

"Ok.."

Si kecil itu memutuskan talian.

Sebelum akhirnya dia tahu, rupa-rupanya itulah suara terakhir yang di dengar dari ayahnya. Di muka pintu itu lah kali terakhir dia melihat tatap wajah ayahnya.

****

Owh, exam hari tu kena tulis karangan. (Sila klik gambar untuk besarkan). Dia tulis karangan di atas. Cikgu dia menangis baca. Adeh. Mak baca, apatah lagi. Lagi lah menangis.

Mesti sedih kan jadi dia?

Anak bongsu yang manja.

Yang pasti, si yatim itu kini jadi lebih tabah dari abang-abangnya..

Ahmad Jausyan Baqiri

Sumber : blog Mujahid Sepanjang Zaman

Wallahua'lam

Saturday, May 7, 2011

12 kata "Jangan menunggu " yang perlu dihindari

Bismillah

1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia.

2. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.

3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.

4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan...

5. Jangan menunggu orang memahami kamu baru kamu memahami dia, taÞi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.

6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis. Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.

7. Jangan menunggu projek baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.

8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai,maka kamu akan dicintai.

9. Jangan menunggu banyak duit baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah,. bukan sekadar duit yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.

10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah,maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti.

11. Jangan menunggu dah berjaya baru bersyukur. Tapi bersyukurlah, maka bertambah kejayaanmu.

12. Jangan menunggu diberi peluang baru melakukan, tapi lakukan.

Do it now.....You can !!!

InsyaAllah.. segalanya dengan izinNya..

Wallahua’lam

Wednesday, May 4, 2011

sedekah

Bismillah.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah saw telah bersabda yang mafhumnya:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Secawan Teh Pengubat Letih

Daripada Abu Zarr r.a. :

Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah saw berkata kepada Nabi saw: Wahai Rasulullah. Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka.

Baginda bersabda yang mafhumnya: Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah. Mereka bertanya: Ya Rasulullah. Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnya pun dia beroleh pahala? Baginda bersabda: Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala.

(Hadis riwayat Muslim)

Mudahnya untuk bersedekah. Senyum pun dikira sedekah. Maka senyumlah tanda gembira dan ingin menggembirakan. ^^

Moga Allah redha.

Wallahua’lam.

Monday, May 2, 2011

PELAJARAN DARIPADA SERBUK KULIT ROTI

Ayam sudah siap terhidang.

Lama pula saya mengelamun. Pelbagai perkara mengimbau ingatan saya sambil memasak di dapur. Kebetulan Fatih dan rakan-rakan yang lain sedang sibuk menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir semester. Saya sudah selesai menjalani peperiksaan yang sama di Jordan dua minggu lalu. Kehadiran saya ke Turki sekurang-kurangnya dapat membantu kawan-kawan saya ini belajar dengan lebih baik. Biar soal makan minum, saya bantu seadanya.

“Fatih, Islam, Hassan, Faruk, Osman, marilah makan !”, Saya menjerit memanggil mereka yang khusyuk di meja bacaan masing-masing.

Setiap kali makan, kami akan membentangkan dua keping surat khabar lama. Tujuan utamanya adalah untuk memastikan sisa-sisa makanan tidak jatuh ke karpet. Akan tetapi, malam itu perhatian saya terpaut kepada tindak-tanduk rakan saya ketika makan, terutamanya Islam. Setiap kali beliau mematahkan roti, beliau akan melakukannya di atas mangkuk nasi. Seandainya masih ada serbuk-serbuk dari kulit roti itu bertaburan di atas lapik, Islam akan mengumpulkannya untuk di makan. Tidak ada langsung sisa makanan yang terbuang.

“Islam, saya suka tengok cara awak makan. Tidak ada yang tersisa langsung. Berkat.. berkat..!” Saya memuji Islam.

“Betul Harizal. Ia soal keberkatan. Walaupun macam-macam yang kita makan, kita tidak tahu pada bahagian mana makanan kita yang Allah pilih sebagai asbab untukNya menurunkan barakah”, kata Islam.

Ya, apa yang Islam katakana itu benar. Ia mengingatkan saya kepada sepotong hadis Nabi saw:

Daripada Jabir, beliau mendengar Nabi saw bersabda yang mafhumnya :

“Apabila sesiapa dari kalangan kamu makan, dan jatuh sejemput dari tangan, maka bersihkanlah habuk yang terlekat pada makanan itu dan hendaklah dia memakannya. Jangan tinggalkan bahagian itu untuk syaitan. Dan janganlah dibersihkan tanganmu dengan kain pengelap sehingga dia telah dijilat (jari-jari)nya. Sesungguhnya seseorang itu tidak tahu pada bahagian manakah makanannya yang diberkati Allah”.

Islam telah mengingatkan saya kepada pelajaran yang amat berguna. Pak cik Mehmet juga telah mengingatkan saya tentang ilmu yang berguna. Jangan pandang kecil, selagi ia berupa satu kebajikan dan kebaikan. Penilainya adalah Tuhan, Allah yang menilai amal pada harga sebuah iman. Jangan tangguhkan kebaikan yang kecil semata-mata mahu menunggu peluang amal yang besar.

Sebagaimana kebaikan yang kecil mungkin menjadi punca keberkatan Allah, maka berhati-hati jugalah dengan dosa-dosa yang kita anggap kecil. Ia menjadi punca murka Allah. Dalam setahun, mungkin seorang dua sahaja warga negara kita yang mati dibaham harimau. Namun, jumlah yang mati kerana gigitan seekor nyamuk, jauh berganda. Yang kecil jangan dipandang remeh, yang besar jangan disangka segala-galanya.

Petikan dari buku Secangkir Teh Pengubat Letih.

Hasrizal Abdul Jamil

“Güneşte yanmayan gőlgenin kıymetini bilmez”

Orang yang tdiak pernah dibakar panas mentari, mustahil menghargai rimbun teduhan

(Peribahasa Turki)

Wallahua’lam.