Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Sunday, August 29, 2010

Dah besar kan...

Hadiah birthday untuk dua orang insan tu.. satu dah lepas beberapa hari.. ( maaf lambat). Lagi satu hari ni..
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 20 untuk anda berdua. Moga panjang umur, murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan di dunia n akhirat.. Amiin.. InsyaAllah....
Dah 20 tahun.. dah besar kan... ^^

Thursday, August 26, 2010

Salam Ramadhan | Fuad Latif

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Saudara Nur_Insani yang dirahmati Allah SWT.

Alhamdulillah hari ini kita masuk ke hari 15 berpuasa. Sudah masuk ke separuh bulan kita berlatih di dalam menguatkan diri kita iaitu makhluk bernama roh agar dekat dengan Allah SWT.

Saudari,
Latihan puasa yang ditentukan oleh Allah SWT dengan berbuka apabila terbit fajar meminta kita agar melihat tahap pencapaian kekuatan rohani kita di dalam mengawal nafsu jasad. Setiap hari kita seharusnya melihat pencapaian diri sendiri kerana yang hanya mampu mengetahui pencapaian kekuatan rohani kita adalah kita sendiri.

Saudari ,
Rohani kita sebenarnya tidak bergantung kepada makanan, tidur, rehat dan lain-lain. Namun disebabkan kita termasuk di dalam jasad ini, maka ramai antara kita terikat terus dengan jasadsehingga kerohanian kita tertarik kuat kepada jasad.
Puasa melatih diri agar kita menyekat kehendak jasad agar jasad melemah dan rohani (diri) mampu dibebaskan dari keterikatan jasad yang memiliki pelbagai kehendak. Lalu seharusnya orang yangberpuasa itu, orang yang mampu mengawal nafsu jasadnya kerana ketika berpuasa roh (diri) tidak lagi terikat dengan jasad.
Terikat di sini bermaksud mengikut kehendak. Bukanlah tujuan puasa untuk memisahkan jasad dan roh kerana jika dipisahkan, pastilah kita ini akan mati.
Puasa adalah latihan untuk memastikan kita yang sedar inidapat mengawal jasad ini yang mempunyai fikiran dan emosilalu memiliki pelbagai kehendak.
Saudari,
Pada realitinya untuk mengetahui mana satu diri kita adalah....kita ini adalah yang sedar. Maka kesedaran ini seharusnya meningkat semakin hari semakin tinggi sedar ke Allah SWT. Ketika kita sedar ke Allah SWT kita akan mampu melepaskan diri daripada keterikatan fikiran dan emosi yang sering menjana persepsi buruk kepada sesuatu perkara.

Inilah yang selalu saya katakan...rasa di atas rasa. Ketika kita sedih...kita tidak sedih..tetapi kita melihat bagaimanaAllah sedang menyedihkan kita. Di kala kita ada masalah, jiwa kita tidak sempit, tetapi kita melihat bagaimanaAllah mengaturkan masalah untuk kita.

Hidup di atas rasa akan membuatkan kita seperti keadaan di bawah:
ketika kita sedih.....kita akan berkata "...ooooooh...Allah sedang memberikan aku sedih..begini rupanya cara Allah beri aku sedih...begini rasanya sedih...oooo...begini Allah aturkan kesedihan buat aku..."
ketika jasad ini lapar dan lemah.....kita akan berkata "...ooooooh....begini rupanya rasa lapar yang Allah jadikan...begini rasanya ...oooo...begini Allah lemahkan jasad aku ini...tidak mengapa...jasad aku yang lapar dan lemah..aku tidak.."
ketika kita bahagia.....kita akan berkata "...ooooooh...Allah sedang memberikan aku bahagia..begini rupanya cara Allah beri aku bahagiabegini rasanya bahagia...oooo...begini Allah aturkan kebahagiaan buat aku..."
Saudari
Hidup kita akan sentiasa tenang jika kita sentiasa berada di atas rasa.
Berbakikan 15 hari lagi Ramadhan ini, teruslah kita bersama-samakukuh dan tekad untuk sedar akan Allah SWT.
Apa yang saya lakukan, setiap malam, saya akan duduk diam iaitu ber i'tikaf di dalam rumah. Jika saudara dapat ke masjid...Alhamdulillah.
Saya akan solat sunat tahajud, hajat...dan lain-lain...kemudian saya akan kuatkan kesedaran saya ke Allah SWT.
Di siang harinya, di mana saja saya berada, saya terus kuatkan kesedaran kepada Allah SWT bersama-sama berkomunikasi dengan Allah SWT.
Saya pastikan bahawa saya tidak akan putuskan walau sesaat pun kesedaran saya akan Allah SWT walau di mana dan apa jua keadaan saya.
Saya tetap terus...terus dan terus ke Allah SWT. Kesedaran akan Allah SWT terus kukuh dan di mana saja saya berada, saya akan sentiasa sedar akan Allah SWTdan ia sangat kuat terasa.
Apabila kesedaran meningkat terus, kita akan berada di dalam keadaan khusyuk sentiasa pada Allah SWT. Pasti dalam keadaan khusyuk ini, kita mudah sabar, solatnya khusyuk, kita sentiasa ingin melakukan kebaikan....hidup tenang..bahagia kerana kita sentiasaberada di atas rasa.
Ke mana kita pergi pun, kita melihat segala gerak geri manusia...urusan manusia...kejadian alam dan pelbagai hal lagi yang kita lihat, dengar dan fikirkan..merupakan kerja-kerja yang sedang Allah SWT uruskan.
Saudari,
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang sangat bererti buat kita. Detik perubahan Ramadhan yang tidak pernah terjadi sepanjang hidup kita ini kerana Ramadhan kali ini kita sudah benar-benarmerasakan Jiwa Positif Di Dalam Hidup BerTuhan yang sebenarnya.

Kini kita lebih memahami dan mampu menjalankan syariat agama yang mulia ini dengan lebih baik di dalam kesedaran sehingga kita mampu mencapai hakikat dan makrifat.

Semoga saudari mula ber i'tikaf dan terus kukuh sedar ke Allah SWT. Di suatu ketika nanti apabila malam yang penuh berkat dijanjikan oleh Allah SWT iaitu malam lailatul qadar tiba, saudari pasti akan dapat menangkap kehadirannya.
Salam Ramadhan...terus dekat dengan Allah SWT. Semoga memiliki taqwa dan kembali kepada fitrah iaitu diri kita yang sebenar...sentiasa ingin ke Allah SWT.
Sentuhan Qalbu ,
Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan

Wednesday, August 25, 2010

Maaf

Maaf dan terima kasih tuk segalanya....

Tingkat

Firman Allah yang mafhumnya :

Dan masing-masing ada tingkatannya (sesuai) dengan apa yang mereka kerjakan. Dan Tuhanmu tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan Tuhanmu Maha Kaya, penuh rahmat. Jika Dia menghendaki, Dia akan memusnahkan kamu dan setelah kamu (musnah) akan Dia ganti dengan apa yang Dia kehendaki, sebagaimana Dia menjadikan kamu dari keturunan golongan lain. Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti datang dan kamu tidak mampu menolaknya.

(Al-An’am : 132-134)

Sedarilah.. apa yang telah diberi oleh Allah lebih banyak daripada apa yang kita pinta.

Adakah layak untuk kita terus dan terus melangkah dibumi milikNya dengan mendabik dada ?

Firman Allah yang mafhumnya;

“Katakanlah (Muhammad) ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam. Tidak ada sekutu bagiNya; dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku, dan aku adalah orang yang pertama-tama berserah diri (muslim)”. Katakanlah (Muhammad), “Apakah(patut) aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dialah Tuhan bagi segala sesuatu. Setiap perbuatan dosa seseorang, dirinya sendiri yang bertanggungjawab. Dan seseorang tidak akan memikul beban dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitahukanNya kepadamu apa yang dahulu kamu perselisihkan.”

(Al-An’am: 162-164)

Monday, August 23, 2010

Uzlah di 'Gua' cantik...

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah.. seinfiniti kesyukuran Ya Allah ku panjatkan kerana memberi kami (saya & anda yang membaca) peluang untuk masih menikmati Ramadhan ini.. Mengenang peristiwa Badar yang menyaksikan kemenangan Islam, 17 Ramadhan, Teguhnya iman sahabat berjuang di samping nabi. Namun.. dimanakah ku ??

Dan kini.. kita dah berada di fasa kedua Ramadhan.. Ramadhan, sifat madrasahnya untuk mendidik jiwa sabar, tenang, sedia memaafkan. Cukup bererti untuk mengawal amarah, supaya iman menunggang amarah, memacunya menuju destinasi taqwa, kerana iblis dan syaitan, menurut riwayat telah dibelenggu. Hanya tinggal kini, kuatkah ku mengawal nafsuku sendiri, atau ku akan kecundang di tanganku sendiri?

Hati ini, sentiasa berbolak-balik pada landasan perjuangan, landasan Islam, persis kereta api yang sarat dengan najis-najis, bergegar-gegar keadaannya melanggar batu, ditambah dengan enjinnya yang buruk dan lama, tidak diservis; bimbang benar sekiranya jatuh, tiada siapa yang sudi mendirikan kembali untuk meneruskan perjalanan, kerna baunya yang terlalu menyengat dan busuk.

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami atas jalan agamaMu, dan ketaatan kepadaMu.."

"Ya Allah, aku merayu padaMu, keredhaanMu untuk ke syurga, dan aku merayu Ya Allah, agar dijauhi dari azab seksaMu ya Allah.."

Jom muhasabah kembali apa beza kita dari sebelum Ramadhan dengan hari ni.. Renungkan hari-hari Ramadhan yang telah berlalu.. di manakah tahap amalan kita.. Allahu Rabbi.. betapa ruginya ku membiarkan hari-hari itu berlalu begitu saja.. Telahku zalimi diri ku lagi..

Teringang-ngiang kembali tazkirah ringkas Ustaz Kasyfullah tentang peristiwa ketika Rasulullah menerima wahyu pertama. Dan menfokuskan bahagian uzlah. Ketika baginda s.a.w beruzlah, mengasingkan diri di Gua Hira'.

Ibnu Athaillah dalam Syarah Hikamnya menyebutkan bahawa dalam diri manusia terdapat bahagian yang namanya al-qalbu (hati). Hati ini boleh membuat manusia sejahtera dan boleh juga membuat manusia sakit. Selanjutnya, beliau mengatakan bahwa hati ini pula yang membuat tumbuhnya iman, tempat berseminya makrifat kepada Allah SWT, dan berkembangnya rasa keikhlasan.

Berkembangnya rasa keikhlasan manusia sangat dipengaruhi oleh gersang tidaknya hati manusia. Kegersangan hati manusia hanya akan terubat bila kita mendekatkan diri pada Allah SWT. Bagaimana untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT ?

Hanya ada satu cara, iaitu beruzlah.

Menurut Ibnu Athaillah, yang dimaksud dengan uzlah adalah menghadapkan hati secara terarah khusus kepada Allah SWT. Dengan demikian, menurut beliau, hati akan terbebaskan dari masuknya anasir-anasir lain selain Allah SWT.

Orang yang beruzlah terbagi dalam tiga bagian. Pertama, orang yang beruzlah dengan hatinya saja sementara badannya tidak. Kedua, orang yang beruzlah badannya saja sementara hatinya tidak. Ketiga, orang yang beruzlah baik badan dan juga hatinya.

Orang yang beruzlah menurut kriteria pertama adalah orang yang dapat memelihara hatinya dari keadaan sekitar dia. Meski hidup di tengah kemaksiatan, ia tidak terpengaruh oleh keadaan sekitarnya. Orang yang beruzlah menurut kriteria kedua adalah orang yang terpengaruh oleh keadaan sekitarnya meskipun ia tinggal menyendiri. Sedangkan orang yang beruzlah menurut kriteria ketiga adalah orang yang benar-benar menjauhkan diri dari keadaan sekitarnya baik dari segi fizikal mahupun hatinya.

Uzlah yang terbaik menurut Ibnu Athaillah adalah uzlahnya Ahlun Nihayah atau manusia yang berada pada tingkat sempurna. Berdasar penjelasannya, orang yang berada pada tingkat ini, ciri-cirinya lebih dekat dengan pelaku uzlah yang masuk kelompok pertama. Orang yang masuk kriteria pertama ini hidupnya diibaratkan seekor ikan yang hidup di laut. Ikan laut tidak akan terasa masin walaupun ia hidup di air laut yang begitu masin. Begitulah hidup orang yang beriman, sangat dekat kepada Allah SWT. Ia tidak terpengaruh oleh keadaan sekitarnya yang penuh kemungkaran dan terus melawan kemungkaran itu.

Dakwah baginya merupakan kewajiban dalam rangka mencegah kemungkaran dan menegakkan yang makruf (QS Ali Imran: 104, 110).

Tentu saja dakwah yang dilakukan adalah dakwah yang sesuai dengan perintah Allah SWT dan tuntunan Rasulullah SAW. Dakwah yang mengajak manusia untuk beriman kepada Allah SWT dengan cara memberi hikmah, memberi teladan yang baik, dan memperlakukan manusia dengan rasa kemanusiaan (QS An-Nahl: 125).

Dengan dakwah seperti itu, manusia yang mendapatkan dakwahnya dapat melakukan uzlah untuk mencapai tingkat kesempurnaan (uzlah ahlun nihayah).

Salah satu uzlah yang disentuh oleh ustaz Kasyfullah adalah solat. Ye.. solat..

Sama-samalah la kita mengecas iman kita dengan beruzlah.

Mudah-mudahan, dengan beruzlah memberi impak maksima kepada diri kita dalam usaha menjadi insan bertaqwa. InsyaAllah...

p/s: 'Gua' cantik = Surau Al-Irfan ; Ustz Kasyfullah - ketika tazkirah Solat Terawih..

Wallahua'lam...

Wednesday, August 18, 2010

Sukar tuk ku fahami..


Komitmen

Terdiam seketika apabila Ustazah Rodiah menyebut tentang komitmen. Memikirkan kembali, adakah ku melaksanakan semua tugasan dengan baik ? Atau sekadarnya sahaja.

Menyentuh aspek komitmen, datang pula perkataan amanah singgah di benak fikiranku. Dan datang pula.. keimanan..

"Ya Allah.. adakah apa yang ku lakukan selama ini kerana-MU atau hanya memenuhi permintaan insan semata..??? ", keluh hati.

Adakala dalam kesibukan melaksanakan sesuatu tanggungjawab, kadangnya ku terlupa yang ku juga mempunyai tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan pada masa yang sama. Sungguh.. selalu saja diri ini cuai dalam melaksanakan tanggungjawab.

Bagaimana harus ku jawab bila ditanya kelak akan semua itu..?

Ya Rabbi.. ku dambakan keampunan-Mu...

Allah swt. berfirman yanng mafhumnya:
“Sesungguhnya Kami menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung. Namun mereka menolak dan khawatir untuk memikulnya. Dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim lagi amat bodoh.” (Al-Ahzab 72).

Rasulullah saw bersabda yang mafhumnya, “Jika amanah diabaikan maka tunggulah kiamat.” Sahabat bertanya, “Bagaimanakah amanah itu disia-siakan, wahai Rasulullah?” Rasulullah saw. menjawab, “Jika suatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran.” (Al-Bukhari)


Betapa beratnya satu amanah dimana manusia sendiri yang memilih untuk memikul itu bahkan jika tidak dijalankan dengan baik hukumannya adalah suatu kehancuran. Inilah mengapa pentingnya menjalankan amanah dengan komitmen yang tinggi. Ketika seseorang menerima suatu amanah itu dapat maka orang tersebut memang siap atas segala yang akan ditanggung dan sedia mempertanggungjawabkannya dihadapan Allah nanti.

Tanggung dan jawab...

Allahu Rabbi.. hambaMu ini selalu saja gagal menunaikan amanah yang diberi.

Sunday, August 15, 2010

Dalam Hati ada Taman


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Kesimpulannya : Sayangilah dan hargailah insan-insan yang ada di samping kita sekarang kerana mereka tetap yang terbaik yang Allah kurniakan untuk berada di samping kita.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian yang melengkapi hidupku...

Moga-moga kami semua sentiasa dalam lindungan rahmatMu, Ya Rabbi..

Halaqah Sentuhan Qalbu : Macam Mainan

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5

Akademi Al-Quran 4

JUARA : Ahmad Tarmizi Ali
Bacaan
Komen Juri

NAIB JUARA : Muhammad Ahmad Zahid
Bacaan
Komen Juri

KETIGA : Yahya Ali
Bacaan

KEEMPAT : Husni Ali Hassan
Bacaan

ALUNAN 3 JUARA AQ
Bacaan

Saturday, August 14, 2010

Antara Dua Cinta

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Di minum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang di sangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Di lihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang ku bunuh

(Antara Dua Cinta)

"Ya Allah.. Ku mohon leraikan dunia yang mendiam di dalam hatiku tanpa ku sedari telah menjauh diri ini dariMu... Mulut berkata cinta tapi hatiku belum mampu mengecapinya.. Jarang ku syukuri segala nikmatMu..Seringku mengejar yang tiada dalam genggaman..Ya Rabbi, ku mohon keampunanMu.."

Friday, August 13, 2010

Mengeluh..

“Ramainya… macam tak ada ruang je dah. Nak solat kat mana ni..?”

“Janganlah mengeluh.. Alhamdulillah ramai yang turun malam ni.”

“Bukan mengeluh sebab tu. Tapi mengeluh kat diri sendiri kenapa datang lewat.”

Alhamdulillah..ramai yang turun solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih. Sampai tak cukup-cukup ruang. Moga suasana ini berkekalan hingga akhir Ramadhan. Dan begitu juga selepas Ramadhan. Amiin.. InsyaAllah..

Hari ni.. Alhamdulillah dah hari ke 3 kita berada di Madrasah Tarbiyah Ramadhan. Jom check balik dan muhasabah diri kita. Adakah lebih baik dari sebelum Ramadhan atau sebaliknya ?

Wallahua'lam..

Wednesday, August 11, 2010

Bukan segalanya tentang makan...




“ Hari ni tak payah makan tengahhari la. Petang nanti lepas kelas, baru makan. Ok?”, cadang si A.
“ Mana boleh.. Esok dah puasa. Hari nilah nak makan puas-puas.”, Jawab si B.
Tersenyum seketika mendengar dialog tersebut. Kakiku terus melangkah meninggalkan FST menuju ke kafe baru di asrama. Terasa lapar sebab masih belum makan apa-apa dari pagi.

“Banyaknya nasi ni kak..” Komenku melihat nasi yang membukit.
“Makan banyak sikit. Esok siang dah tak boleh makan.” Kata kakak tu sambil tertawa.
“Nampaknya akak sengaja nak membuli saya. Kekejaman sedang berlaku ni.”
Dan kakak itu masih tidak mengerti yang saya nak kurangkan kebukitan nasi itu. (perasan macam kakak tu boleh baca isi hati saya je..apakah?? )

Suasana petang semalam.. Sepertinya ramai manusia berpusu-pusu ke kedai makan. Mungkin mencari makanan. (yela...mungkin tidak untuk mencari basikal). Best juga duduk seketika di wakaf asrama IM sesambil memerhati pergerakan keluar masuk mahasiswa UMT melalui pagar belakang asrama.

Makan.. makan.. dan makan. Apakah itu yang masih berlegar di mindaku ini ? Bulan Ramadhan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Puasa dalam islam bukan sekadar tidak makan dan tidak minum. Jika itu sahaja caranya,tujuan utama berpuasa tidak akan tercapai. Suruhan berpuasa merangkumi semua dimensi pembinaan individu dan juga masyarakat,pembinaan mental juga fizikal,emosi,kerohanian dan kemasyaratan. Puasa adalah merupakan aktiviti yang melibatkan aspek fizikal,mental dan spritual yang berjalan dengan serentak sekali. Ddengan kata lain, puasa adalah bersifat lahir dan batin,bukan sekadar tidak makan dan minum, malahan hati, perasaan dan pemikiran wajib kita kawal daripada pengaruh hawa nafsu. Matlamat penyucian minda dan jiwa sehingga mencapai kedudukan takwa dengan berpuasa belum tentu mampu mendatangkan natijah yang lebih mendalam jika hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Maksudnya,tidak makan dan minum adalah merupakan sebahagian daripada ciri-ciri puasa dalam Islam. Nmun Rasulullah saw mengajar kita supaya mencari manfaat yang lebih besar dalam puasa iaitu pembersihan hati dan jiwa sehingga lahir kualiti individu dan masyarakat yang cemerlang.



Semalam Ustazah Faizah ada mengingatkan tentang 6 rahsia puasa yang dipetik dari kitab Bimbingan Mukminin, Imam Ghazali.

1.Memejamkan mata dan menahannya daripada memandang perkara tercela dan dibenci agama, mengganggu hati, melalaikan daripada mengingat Allah.


2.Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan sombong.


3.Pelihara pendengaran daripada hal yang dilarang dan dibenci serta ungkapan yang diharamkan.


4.Memelihara seluruh anggota badan seperti tangan, kaki dan perut daripada dosa. Contohnya berpuasa menahan lapar, tetapi berbuka dengan makanan haram.Iman Ghazali memberi perumpamaan seperti seorang yang membina istana yang indah kemudian memusnahkannya. Rasulullah SAW bersabda maksudnya ”Ada ramai yang berpuasa tetapi tidak memperoleh apa-apa dari puasanya kecuali lapar dan dahaga.”


5.Jangan membanyakkan makan waktu berbuka hingga terlampau kenyang dan terlalu mewah engan makanan.Bagaimana mahu melawan syaitan dan nafsu sedangkan perut yang terlalu kenyang itu sebenarnya mengundang syahwat baru? Perbuatan makan sampai terlalu kenyang bertentangan dengan maksud puasa itu sendiri.


6.Hatinya hendaklah bimbang di antara takut dan harapan iaitu sama ada amalannya diterima Allah atau puasanya ditolak hingga digolongkan orang yang jauh dari rahmat Allah. Imam Ghazali menyifatkan perasaan seumpama itu harus sentiasa ada dalam diri seseorang setiap kali menunaikan apa jua ibadat.


Andai ini yang terakhir...

Wallahua'lam.

Tuesday, August 10, 2010

Konvensyen MPP IPTA 2010

Pada 6 hingga 8 Ogos 2010 lalu telah diadakan Konvensyen MPP IPT 2010 di Institut Latihan KWSP (ESSET), Kajang, Selangor anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan kerjasama Majlis Kepimpinan dan Latihan Universiti-Universiti Malaysia (MAKLUM).


Pemandangan dari PICC, Putrajaya


Makan Malam di PICC bersama TPM


Siaran Langsung Akademi Al-Quran 4 Akhir
di PICC, Putrajaya

Bangunan KWSP

Forum

Sesi Perbincangan bersama MPP UPM dan UTeM


Sidang Plano

[MPPK] Hasil dapatan respons mahasiswa terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik menunjukkan 57% bersetuju, 38% tidak bersetuju dan selebihnya kurang pasti. Majoriti perwakilan mahasiswa bersetuju mahasiswa dibenarkan berpolitik tetapi bersyarat dan perlu dibincangkan dengan serius. (video)








PROGRAM SEPANJANG BULAN RAMADHAN UMT

#SOLAT TERAWIH & TAZKIRAH

#TADARUS

#IFTOR (12 & 19 OGOS )
#MOREH ( 10,15 & 26 OGOS)

#11 – 30 OGOS 2010
JOM KERJA JOM KHATAM AL-QURAN

#20 OGOS 2010
KURSUS IMAM & BILAL

#22 OGOS 2010
BUBUR LAMBUK

#26 OGOS 2010
CERAMAH , MUNAJAT PERDANA DAN TADARUS TANPA HENTI

#27 OGOS 2010
*MAJLIS KHATAM AL-QURAN
*KURSUS SEMBELIHAN
*KURSUS ETIKET & SAJIAN
*KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN
*IFTOR JAMI’E UMT

*Program kerjasama Pusat Islam, MPP dan MKK Universiti Malaysia Terengganu.

Thursday, August 5, 2010

Aku Merinduimu..

Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk ku lafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Tuesday, August 3, 2010

Belajarlah...

PUJUKLAH DIRI SENDIRI... <-- KLIK

Belajar pujuk diri. Stay Strong! Bukan mudah hendak memujuk diri sendiri...

Kata dia, "Pejuang tak boleh selalu merajuk. Jangan jadi macam budak-budak. Jangan buang masa insan lain untuk pujuk kita."

Terdiam...

Cuba mencari kekuatan diri. "Pejuangkah aku...??? " Jerit hati..

Masih terkaku. Cuba menerima kata-kata itu..

Monday, August 2, 2010

Belajar Dari Alam





Pandangan Terhadap Alam

1. Pandangan Zahir Semata-mata
-Pandangan kebanyakan manusia
-Melihat dengan pandangan biasa

2. Pandangan Nafsu
- Melihat alam sebagai alat untuk memenuhi kejahatan
- Akal dikuasai nafsu

3. Pandangan Akal
- tercungkil banyak ilmu
- asas ilmu akliah

4. Pandangan Mata Hati
- melihat dan merenung mesej di sebalik ayat manzurah (alam) dan segala ciptaanNya
-bukan sekadar mendapat ilmu tapi memantapkan iman

"Alam ini indah, namun Penciptanya jauh lebih indah. Alam ini sempurna, Allah tentu dan pasti lebih sempurna... Subhanallah.."

"Ketahuilah dengan mengingati Allah hati kan menjadi tenang.."
Mafhum (13:28)

Wallahua'lam.

Sunday, August 1, 2010

Belajar Dari Insan Lain. | Kuantiti or Kualiti

“ Tak pe kot color macam tu je.” Detik dalam hati pada awalnya.

Tekun mengecat bendera Palestin bahagian yang berwarna hitam. Setelah beberapa ketika kemudian, menjeling seorang lagi urusetia sedang mewarnakan bahagian hijau. Sangat khusyuk dan begitu kemas.

“Lambatnya…”, tegurku. Saje ingin menyakat.

“Kualiti yang penting..” Jawabnya sambil tangan masih mengecat kain putih itu.

Tetiba segan pula dengan dia. Saya tengok balik bahagian hitam itu. Masih ada yang putih2. Saya ambil kembali berus, menampal2 kawasan yang masih kelihatan putih.

“Nak berus jap” Tetiba dia meminta berus yang saya pegang.

Berus bertukar tangan. Rupanya, dia tak puas hati dengan bahagian saya. Akhirnya, saya hanya memerhati. Memang sangat teliti kerjanya.

Insan yang agak teliti dalam banyak aspek. Kalau melihat pemakaian dia saja, boleh tahu. Agak menjaga masa. Dan agak kagum bila dia boleh kemas khemah urusetia yang macam kapal karam seorang diri.. Ada beberapa perkara yang saya dapat pelajari dari ‘insan teliti’ itu sepanjang bekerja dengan dia beberapa hari di tapak pesta konvo.

Antara pengajarannya, kenalah jaga kualiti. Bukan hanya melihat kuantiti saja.

Begitu juga dalam amalan sehari kita. Andai sibuk memikirkan kuantiti tapi kualiti terabai.. dimana tahap amalan kita.

Umat akhir zaman sekarang, ramai tapi kurang kualitinya. Bagaikan buih-buih, banyak tapi bila dihempas ombak, berderai.

Ya Allah.. kami mohon keampunan dariMu atas segala kelalaian kami selama ini...

Umat Bagai Buih Di Lautan <-- Klik

Rasulullah s.a.w bersabda yang mafhumnya:

Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. Salah seorang sahabat berkata: Apakah kerana sedikitnya Kami pada waktu itu.? Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allah akan cabut rasa segan yang ada dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. Kata para sahabat: Wahai Rasulullah apa rasa wahn itu? Baginda bersabda: Cinta dunia dan takut mati.

(HR Abu Daud No.4297, Ahmad 5/278, Abu Nuaim dalam al-Hilyah 1/182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shahih).

Hadits ini yang menceritakan apa wahn itu menunjukkan keadaan umat Islam:

Pertama: Musuh-musuh Allah dari kalangan tentara iblis serta pendukung syaithan selalu memata-matai perkembangan umat Islam serta negara mereka. Kerana mereka telah melihat penyakit wahn ini telah merasuki kaum muslimin. Penyakit ini telah menyembelih leher-leher umat Islam. Maka mereka menerkamnya dan masih menyembunyikan sisanya.

Kedua: Negeri-negeri Islam adalah sumber-sumber kebaikan dan berkah. Maka Orang-orang kafir ingin menguasainya.

Ketiga: Orang-orang kafir membuat negeri-negeri Islam menjadi berkelompok-kelompok dan terpecah-pecah

Keempat: Kini, orang kafir tidak segan lagi kepada Kaum Muslimin, kerana mereka (muslimin) sudah kehilangan wibawanya dihadapan umat-umat yang lain, yang mana dulu wibawa itu membuat gemetar lutut dan sendi-sendi orang kafir dan pasukan iblis, karena senjata penghancur milik kaum muslimin tidak lagi ditakuti oleh orang-orang kafir.

Kelima: Unsur-unsur kekuatan umat Islam bukan pada banyaknya jumlah dan kekuatannya, pasukan kavalerinya dan kesombingannya, pasukan infanteri dan para komandannya, tapi pada aqidahnya dan manhajnya.

Keenam: Posisi umat Islam tidak dipertimbangkan sedikitpun diantara umat-umat di muka bumi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :Akan tetapi kalian bagai buih di lautan.

Wallahua’lam..