Firman Allah yang mafhumnya :

"dan DIA yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada dibumi, nescaya tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, DIA Maha Perkasa, Maha Bijaksana.." (Al-Anfal:63)

Tuesday, July 28, 2009

26 Julai 2009

Semakin bertambah jauh umur...semakin bertambah dekat kematian.. Doakan ku dipermudahkan segala urusan didunia ni dan di akhirat yang abadi..

Terokai Alam

Survival laut...
24 Julai hingga 26 Julai lalu, aku diberi peluang untuk berada di Pulau Bidong, pulau tempat penyelidikan UMT. Semua yang bergelar pelajar UMT diwajibkan ke sana..
Selama 3 hari 2 malam disana pelbagai ilmu yang ku timba.
Melihat betapa indahnya alam ciptaan Tuhan..
Bnyak tul aktiviti termasuklah memancing,water confident,berkayak,snorkeling dan jejak warisan iaitu melihat tinggalkan pelarian Vietnam.
Seronok diberi peluang..
Namun aku lalai dari mengingatiNYA seketika.. aku diuji dengan pelbagai aktiviti yang sepatutnya membuatkan aku ingat padaNYA..namun aku gagal..
aku terleka seketika.. andai nyawaku diceraikan dari jasad ketika itu..??
Ya Allah ampuni hambaMu yang lemah ini...

Thursday, July 23, 2009

KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya
pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut
sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara
pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu
nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa
yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas
sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil
memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput
yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu
bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang
berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang
rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara
yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh
menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh
petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi
yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di
depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi
kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak
lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita
sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan
perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat
perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita
jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan
banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita
mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita
dengan tulus dan ikhlas.

Tuesday, July 14, 2009

pesta konvo



Semalam perasmian pesta konvo UMT. Majlis dimeriahkan dgn persembahan UNIC..

Langkah Tercipta

Hampir 3 minggu ku berada di UMT ni.. perjalananku baru bermula. tanganku masih lagi terkapai mencari arah.. Namun ku sedar Allah sentiasa bersamaku..


detik-detik yg berlalu terlalu cepat. tanpa ku sedar masa telah meninggalkanku.. apakan daya, masa yg berlalu tidak boleh diundur. ku harus hadapi hari ini dengan penuh keyakinan.. andai ku rebah disni..bantulah aku.. Sesungguhnya aku insan yang lemah.. Selalu tersungkur..tidak ku nafikan terkadang terlintas dibenak fikiranku.."haruskah aku bertahan?". namun jiwa ku berbisik..Inilah dugaan.




Di sni langkah ku tercipta